CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Muhammad V Tuanku Canselor UiTM Ke-5

15-4-2017 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2868| Komen: 7

Description: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kelima, hari ini (Sabtu).
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) kelima, hari ini (Sabtu).


Foto: BH Online

Istiadat pemasyhuran berlangsung pada Istiadat Konvokesyen ke-86 UiTM di kampus induk Shah Alam, sekali gus menyaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mempersembahkan watikah pemasyhuran kepada baginda.

Memetik BH Online, baginda melahirkan rasa gembiranya dapat bersama dengan warga UiTM.

"Beta berasa amat gembira, kerana dapat bersama warga UiTM, ketika universiti sedang melangkah ke arah merealisasikan hasrat, untuk menjadi sebuah universiti unggul, bertaraf dunia menjelang 2020. 


"Hasrat ini perlu disokong dan diterjemahkan, agar ia menjadi kenyataan yang lebih relevan dan bermakna setelah UiTM melalui 60 tahun penubuhannya," titah baginda.


Foto: mStar Online

Sultan Muhammad V juga berbangga serta bersyukur diberi kesempatan menabur bakti kepada UiTM, sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai sejarah perjuangan cukup panjang.

"Perjuangan dan peranan yang telah dan sedang dilaksanakan UiTM dalam melakukan transformasi sosial amat menakjubkan. 

"Beta berbangga dengan peranan besar yang dimainkan UiTM dalam melahirkan modal insan Bumiputera berkualiti, cemerlang dan terbilang. 

"Beta percaya, jika suatu bangsa ingin mengubah atau berhadapan dengan cabaran, mahu mengatasi cabaran dengan jayanya, maka aset yang paling penting adalah sumber manusia berilmu pengetahuan," titah baginda. - CARI

5

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 15-4-2017 03:28 PM
tahniah..uitm juga ambil lngkah y sgt proaktif untuk terus memartabatkn pendidikan..
Quote susukambingbest 15-4-2017 03:49 PM
Wahhh tahniah, uitm mndunia, jgn jeles hokeh

p/s:bkn alumni uitm
Quote samisfar 15-4-2017 10:13 PM
Tahniah besssstttt happy
Quote mirandanicky1 16-4-2017 11:59 AM
Alhamdulillah. Tahniah Tuanku.
Quote mimzat 17-4-2017 09:49 AM
Tahniah.  Allahuakbar
Quote Lalalili66778 1-8-2019 06:01 PM
{:spot{:spot
Quote tikusmontok 1-8-2019 06:04 PM
Hidup moskow! Eh tetba

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.216582 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top