CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Solat Subuh Lama Sangat, Imam Nyaris Dibakar Hidup-hidup

15-4-2017 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6300| Komen: 39

Description: Dek terlalu berang imam solat subuh terlalu lama, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dia mencuba untuk membakar imam berkenaan di sebuah masjid di Nablus, Palestin.
Dek terlalu berang imam solat subuh terlalu lama, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dia mencuba untuk membakar imam berkenaan di sebuah masjid di Nablus, Palestin.



Gambar Hiasan: Hiba Magazine

Menurut laporan Harian Metro yang memetik agensi berita tempatan, Maan, lelaki terbabit melempar sebotol minyak tanah pada imam yang masih berada di dalam masjid berkenaan selepas solat Subuh, lalu menyalakan api.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan beberapa jemaah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara masjid itu hanya mengalami kerosakan kecil.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berusia 50 tahun itu.


Menurut sumber, lelaki itu dipercayai sudah berkali-kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat.

Imam itu bagaimanapun langsung tidak mengendahkan amarannya, lalu menimbulkan kemarahan lelaki terbabit. Bagaikan hilang pedoman, lelaki berkenaan bertindak membakar imam itu.

Berdepan dengan pertuduhan cubaan membunuh, lelaki itu juga akan didakwa atas tuduhan menyerang, membakar dan menyebabkan kerosakan tempat ibadah. - CARI
8

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 15-4-2017 10:45 AM
baik imam terbakar minyak tanah daripada terbakar api neraka.
Quote renko 15-4-2017 10:53 AM
xkan la orang palestin wat cmtu
mesti orang israel yang makan mcd menyamar jadi muslim wat cmtu
Quote dodolgemok 15-4-2017 10:58 AM
Cash buat kedua dua! Yg imam tu gegeh sgat semayanh lama2 sgat xsedar ke ada org tua nak merepot sbb berdiri lama2.
Quote susukambingbest 15-4-2017 11:01 AM
Imam pun baca surah pendek dah la. Nk baca pnjng2, solat sorang2 je. Lg sggup nk tggung dosa jmaah yg xkusyuk drpd mmendekkn bacaan. Yg makmum pun jnis xpnyabar ko pegi solat tmpat lain jah la.
Quote ciwi1166 15-4-2017 11:09 AM
imam syok sendiri pon payah gak ni...
Quote febreze 15-4-2017 11:15 AM
semayang la sendiri..takyah imam kalu tau imam tu baca panjang..
Quote hanakikan 15-4-2017 11:43 AM
tunggu ramadhan lah. ramai imam2 yg selfish sampai nak baca 1 juzuk setiap malam solat tarawikh. yg tua2 sakit kaki terpaksa lah berdiri lama
Quote mommymonster82 15-4-2017 12:02 PM
Orang nak pahal solat jemaah.. tapi org pun ada keje.. solat tu jgnla baca lama2...
Quote mommymonster82 15-4-2017 12:03 PM
susukambingbest replied at 15-4-2017 11:01 AM
Imam pun baca surah pendek dah la. Nk baca pnjng2, solat sorang2 je. Lg sggup nk tggung dosa jmaah y ...

Maybe tu je masjid yg ada dekat situ...
Quote Changa 15-4-2017 12:03 PM
hanakikan replied at 15-4-2017 11:43 AM
tunggu ramadhan lah. ramai imam2 yg selfish sampai nak baca 1 juzuk setiap malam solat tarawikh. yg  ...

sebab itu akak dah lama ban mesjid ini.
bagi akak shalat ini very personal, kalau keluar cikcur2 pun mmg tak la akak nak singgah surau ke mesjid nak shalat.
balik rumah baharu akak shalat.

selain privacy, risiko kasut kena curi pun tak ada kalau shalat kat rumah ini.
Quote sebu1 15-4-2017 12:18 PM
Takat diuji mcm tu pun hilang sabar. :zz lenkali solat sendiri le bodoh
Quote bobby2008 15-4-2017 12:19 PM
orang tu nak dapat pahala berjemaah, imam tu pun baca janganlah panjang2 sangat. kalau hari cuti tu boleh lah nak panjang2.
Quote Pajeri_Nenas 15-4-2017 01:13 PM
aku kalau tarawikh BC panjang sgt aku blah.
Quote mjla 15-4-2017 02:16 PM
Bingai. Hal tu pun lu blh ilang akal.
Terjun lombong lg bagus
Quote cmf_premierleag 15-4-2017 02:30 PM
Changa replied at 15-4-2017 12:03 PM
sebab itu akak dah lama ban mesjid ini.
bagi akak shalat ini very personal, kalau keluar cikcur2  ...

Samalah sis
Lagipun kalo surau dan masjid, telekungnya agak kepam
Baik shalat di rumah jah
Quote batmana 15-4-2017 02:43 PM


apela susah sgt.
kan bole mufaraqah.
Quote airfilterkotor 15-4-2017 04:20 PM
Ooo... shalat very the personal mau privasi kekdahnya.
Esok ko mati.... mandi sendiri, bungkus sendiri, guling-guling masuk kubor sendiri. Boleh?
Quote toteng 15-4-2017 04:34 PM
airfilterkotor replied at 15-4-2017 04:20 PM
Ooo... shalat very the personal mau privasi kekdahnya.
Esok ko mati.... mandi sendiri, bungkus send ...

Hahaha..mati pun very personal ya
Quote GigaMom 15-4-2017 04:34 PM
airfilterkotor replied at 15-4-2017 04:20 PM
Ooo... shalat very the personal mau privasi kekdahnya.
Esok ko mati.... mandi sendiri, bungkus send ...

Ada betulnya
:zz

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.067515 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top