CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Kisah Rumah Terbuka Orang Kita

20-7-2017 02:16 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 7682| Komen: 38

Description: Sehingga kini, di penghujung Syawal, majlis rumah terbuka Adilfitri masih diadakan. Sama ada di tempat kerja, rumah sendiri, kediaman bos mahu pun kawan dan segala macam.Hakikatnya kita (orang Melayu ...
Sehingga kini, di penghujung Syawal, majlis rumah terbuka Adilfitri masih diadakan. Sama ada di tempat kerja, rumah sendiri, kediaman bos mahu pun kawan dan segala macam.

Hakikatnya kita  (orang Melayu Islam) suka majlis rumah terbuka.

Agama menganjurkan atau menggalakkan umat Islam menziarahi saudara mara, rakan taulan, sahabat handai pada Hari Raya untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silatulrahim. 

Oleh kerana orang Melayu menganggap “Hari Raya  sebulan” amalan kunjung mengunjung “ dijalankan sepanjang Syawal.

Namun, bayangkan jika anda datang mengunjung tapi orang yang dikunjung tidak ada di rumah. 

Jangan nafi anda akan kecewa.

Foto: Projek Travel

Bayangkan pula jika anda si tuan rumah, sedang bersantai dengan keluarga atau sedang memberes urusan famili. Tiba-tiba munjul pengunjung dengan keluarganya. 

Jangan nafi anda akan, paling tidak, terkejut. 

Dan kelaziman orang Melayu, anda akan merasa “tidak sedap ” jika tidak menghidangkan juadah untuk si tetamu. Walaupun  tidak ada apa-apa di peti sejuk yang boleh dimasak. Takkan nak sajikan mee segera.

Maka anak anda akan di kerah, keluar ikut pintu belakang pergi ke kedai dan beli apa yang patut untuk disajikan kepada tetamu. Tak kiralah bahan mentah untuk dimasak atau makanan yang sedia dimasak.

Si tetamu pula akan juga rasa “tidak sedap hati” kerana telah “menyusahkan” si tuan rumah.

Untuk mengelakkan situasi seperti itu wujudlah konsep rumah terbuka. Yang lahir pada zaman moden dan diamalkan khusus di bandar.

Dulu masa saya kecil, “unexpected guests” datang perkara biasa. Dan mereka diraikan dengan kopi, teh dan makanan simple. Apa yang ada je - tak kisah lah, biskut, pisang atau ubi goreng. Kalau mereka bernasib baik ada mee atau mee hoon di dapur dan rencah dalam fridge. Terhidanglah mee atau mee hoon goreng. 

Foto: Naeltrg Blog
Sekarang orang Melayu akan tetapkan tarikh khas (bila semua orang free) untuk menjemput saudara mara dan kawan-kawan datang ke rumah.

Sekaligus, sekali harung rai semua. Senang cerita. Makanan disiapkan, biasanya lumayan.
Tapi sekarang kos mengadakan rumah terbuka memang tinggi. Seringkas mana pun. Sebab semua benda dah mahal.

Tapi bila kita dah pegi ke rumah terbuka orang, tentu kita pula nak balas “hospitality” mereka. Orang Melayu lah katakan - “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”.

Lantas kita pula buat rumah terbuka dan jemput mereka. Kali ini kita jadi tuan rumah mereka jadi tetamu.

Hadirin lain pun akan ikut mengadakan rumah terbuka masing masing dan menjemput kita pula. 

Most of the time the same people gets invited .

Di pejabat pun ada majlis rumah terbuka. Kalau syarikat besar atau kementerian mahu pun agensi kerajaan biasanya ada majlis terbuka “induk”. Diikuti open house anjuran jabatan atau unit.

Foto: Wanista
Umpamanya hari ini jabatan kewangan, esok rumah terbuka jabatan pentadbiran dan seterusnya .

Sekali lagi orang yang sama akan hadir dan menu yang sama dihidangkan. Atau hampir sama. Mungkin ada satu dua dish yang beza. 

Itu keadaannya secara am, secara rambang.

Orang politik pula menganjurkan open house secara besar-besaran. Malah ada yang buat majlis rumah terbuka  berulang kali. Bukan sahaja di rumah bahkan  di dewan dan sebagainya.

Orang politik memang terpaksa buat majlis rumah terbuka. Tak payahlah ditanya kenapa dan mengapa. 

Foto: BH Online
Kesimpulannya rumah terbuka akan tetap diadakan  sepanjang Syawal. Dan ada juga yang buat open house  walau pun dah masuk Zulkaedah.

Selamat menjamu selera tanpa lupa matlamat sebenar majlis rumah terbuka.
12

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 20-7-2017 02:52 PM
Zaman sekarang org sharing makanan ala potluck gitu..tak kuasa tuan rumah nak keluar duit buat open house.. tetamu makan nak mencekik lepas tu balik gitu saja..

Tak kuasa dik oiii melainkan ko kaya ada duit.
Quote chinta89 20-7-2017 03:11 PM
#RayaKanSebulan
Quote AbukRokok 20-7-2017 03:26 PM
mencekik semahunya
lepastu blahhhhhh

makan free oi
Quote alieyrina 20-7-2017 03:28 PM
Baru sudah share2 buat jamuan utk kwn opis..aku x p pon sbb aku merajuk..aku sumbang duit tp cdgn aku depa buat xtau..tanya sikit sentap kuar emel berjela2..

sudahnya aku x atend pun jamuan..makanan belambak2 tak habis..membazir sgt aku rasa..ee terasa payahnya keja dgn malays mcm nii..besederhana x bolehka..aku pun tak rasa beban kuar duit..ni byr dahla mahal..tp keputusan syok sendiri..
Quote CardiGans85 20-7-2017 03:43 PM
Da org jemput,pi jela..tp me klu yg rapat2 bole la tlg2 kt dapur like cuci2 cwn n pinggan even yg ade maid pun,at least tlg2 refill mknn.
Quote RatuDunia94 20-7-2017 03:44 PM
Ingat lg masa iols kecik, tetamu dtg rumah mengejut.. Kt dapur xde brang basah nk dimasak.. Gigih mak iols g petik pucuk ubi, nangka etc buat lauk.. Even iols pon terikut2 didikan mak iols utk meraikan tetamu walopun terpaksa kena sembelih ayam terakhir yg dlm reban..
Quote WajibulGhunah 20-7-2017 03:56 PM
Open house slalu dtg bwk potluck je
Quote pusak_lanji 20-7-2017 04:08 PM
open house di ofis..ok la..kutip duit....pegi beraya ambik makanan dari unit tingkat empat ke aras bawah...hahhahaha..jenuh naik turun lif..skrg dah buat kat lobbi..makin la senang nak ambil makanan..tak habis...tapau bawa balik umah..alhamdulillah..xmembazir
Quote haryatie 20-7-2017 04:16 PM
Edited by haryatie at 20-7-2017 04:19 PM

x rajin la nk gi open house ni..bukan sombong atau memutuskan sillatrurahim
tp  tengok kesesuaian dgn keadaan, masa dn tempat nk yg dituju..
x harap sgt org menjemput, sbb nnti rasa serba salah kalau  x dpat hadir
sendiri pun mmg x suka nak terjah2 rumah org
konsep beraya sebulan ni mmg xde la dlm kepala otak
so ada atau xde open house ni x kisah pun
sendiri pun x pernah lagik buat open house
selalu bwk jerk dtg ofis bila ada jamuan raya kat ofis
x raya pun mmg selalu jamu kawan ofis
Quote krustykrab 20-7-2017 05:26 PM
opis aku senang, semua tunggu co yg bayar buat open house raya...

takde maknanya nak buat pakai duit sendiri
Quote uda 20-7-2017 06:23 PM
Minggu ni, setiap hari ada open hse dr setiap unit. Ada tu satu hari ada 5 jemputan.
pelik betul orang2 ni, suka sgt makan2 dan ada yg boleh attend 2-jemputan.
I malas nak pergi, malas nak berebut makanan
Quote bottombikini 20-7-2017 06:30 PM
ofis aku lagi best
korang ingat dia heran nak buat open house ni sume
membazir katanye
pandai2 la staff buat pot luck
Quote Madel 20-7-2017 10:46 PM
Minggu lepas buat open house utk kekawan abg aku..sekali dgn jemput jiran2 terdekat..
Bengang nya aku dgn sorg makcik ni dgn anak dia..ada ke spagetti aglio olio tu depa kuis2 amik udang dgn sotong ja..hanatt betul perangai...pastu makan tak habis:
Dtg open house tu cuba la jaga kelaku..org lain pun nak makan juga:
Quote gigahertz 21-7-2017 12:05 AM
AbukRokok replied at 20-7-2017 07:26 AM
mencekik semahunya
lepastu blahhhhhh


Aku gi open house aku tgk tandas dulu.
Quote kakigebang 21-7-2017 02:25 AM
mcm dah kurang  perangai ramah tamah org melayu ...dijemput pon sengaja takmau dtg, orang dtg rumah pulak dikutuk2 ... tak mcm melayu dulu, tetamu yg dtg rumah ni umpama rezeki...mungkin ni ialah tanda bangsa melayu makin maju mengikut peredaran zaman..
Quote ctsueraya 21-7-2017 10:05 AM
kakigebang replied at 21-7-2017 02:25 AM
mcm dah kurang  perangai ramah tamah org melayu ...dijemput pon sengaja takmau dtg, orang dtg rumah  ...

erm harap budaya dan peel macam ni tak berterusan
iols kalau yang jemput dlm group kdg tak dapat dtg iols minta maap sesiap kat tuan umah
tapi kalau yang gegeh sampai buat undangan through personal wassap
seboleh boleh iols cuba hadirkan diri
lepas tu buat gak potluck raya
yelah kadnag tak semua tuan umah yang mewah nak sponsor serba serbi kan
tapi sedih bila tengok open house opis
dalam plastik smpah tgk lemang tak makan sampai dua ketul
tak salah amik sikit, nak tambah lagi ye dak
Quote redapple10 21-7-2017 11:07 AM
Dulu yg buat open hse ni org kaya je.. skrg kqlo xde open hse,org xnqk dtg ke umah.. apa kaaaa..
Quote asmimie 21-7-2017 10:13 PM
Paling benci kalau kita jemput open house aka makan2..dorg tanya " menu apa ko masak.."
Amboii dh org jemput..ko dtg jela mkn apa yg ada..takyah la nk tnya2 menu.nak compare umah A dgn umah B..org dh jemput,kalau taknak dtg.tak payah dtg..simple as that
Quote kakigebang 22-7-2017 10:39 AM
ctsueraya replied at 21-7-2017 10:05 AM
erm harap budaya dan peel macam ni tak berterusan
iols kalau yang jemput dlm group kdg tak dapat  ...

Tu la cikct ooi, dlm forum mcm kurang dah sopan santun melayu nye, harap2 real life tak ramai mcm ni perangai la...ramai jemputan byk la peelnya, berlapang dada ikhlas hati..buatpe nak kutuk2 blkg, hilang berkat sedekah..takmo masalah jgn jemput org dtg, dudukla sorang2 jadi kera sumbang

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048643 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top