Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Tikam-Tikam Ganti Pemberian Duit Raya - Ada Yang Bantah Sebab Macam Judi?

Oleh: Azza |8-6-2018 05:11 PM Komen: 9
Foto : FB The Bikers Rangers

Tradisi menyambut raya sangat meriah dengan kepulangan semua ahli keluarga. Yang paling seronok mestilah kanak-kanak kerana akan mendapat duit raya daripada sanak saudara yang lebih tua. Maklumlah, jika banyak rumah yang dikunjungi, maka banyak juga RM yang diperoleh.

Namun, satu post di Facebook mengenai pemberian kreatif duit raya menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang tidak kisah tetapi ada pula yang menyatakan ia cara yang salah.

Melihat duit sebegini pastinya mengingatkan kanak-kanak zaman 80an dan awal 90an dengan permainan tikam-tikam. Namun, ia berbeza kerana tiada pertaruhan wang diperlukan, sebaliknya ia mirip kepada cabutan bertuah.


Namun begitu, tidak semua yang bersetuju kerana menganggap ia akan mendedahkan kanak-kanak kepada judi.


Maklumlah, apabila jumlah duit raya yang diperoleh tidak sama, maka akan menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan kanak-kanak sendiri.



Walaupun ada yang merasakan pemberian duit raya seperti ini tidak adil, namun ada sahaja yang sudah melakukannya bertahun-tahun.


Walau apapun, diharapkan ibu bapa dapat mendidik anak-anak bersabar serta tidak merungut dengan pemberian duit raya sama ada sikit atau banyak. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
17
Marah
3
Terkejut
28
Sedih
4
Lawak
14
Bosan
17
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 15-6-2018 09:45 PM
Kalau bagi elok2 macam biasa naper...kena penyakit berjangkit ke?

Lain-lain Komen

Quote munchkin 8-6-2018 05:19 PM
Mcm mcm hal
Quote besarkecik 8-6-2018 06:12 PM
La.. To = tu ke??
Quote harkktuih 8-6-2018 06:50 PM
Nk bertikam plak..nak bagi, bagi jelah..toksah nk menyulitkan..
Quote damian_lee 8-6-2018 09:53 PM
Dah penat melantok macam hapo time puasa
Time rayo kita berjudi plakkj

Pastu salahkan orang lain yg dengki nak menjatuhkan islam


Koseeeee
Quote LautBiru52 8-6-2018 11:28 PM
Tak rasa benda ni mcm tikam pun sbb kita tak pertaruhkan duit utk dptkan hadiah tu
Quote sapeka 10-6-2018 05:21 AM
pemberian duit raya bukan wajib
so klu nak bagi,bagi je
tak nak bagi diam2 sudah

tak payah nak buat konsep tikam ntah pape ni
Quote pooh~key 10-6-2018 05:36 PM
besarkecik: La.. To = tu ke??

Kan dek? Motif ummah sekarang keliru antara huruf o dengan u. Koserrrrr....
Quote iloveselangor 10-6-2018 08:18 PM
Dah macam game perayaan Yahudi...sorok2 kepingan biskut la..game dadu la
Quote mohdcrow 15-6-2018 09:45 PM
Kalau bagi elok2 macam biasa naper...kena penyakit berjangkit ke?

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top