Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Pengat Pisang Tanduk Sagu, Pencuci Mulut Paling Lazat Dan Mudah

Oleh: Diba S.|11-6-2018 11:10 AM Komen: 14
Pengat pisang ni kalau dah siap dan anda letak dalam peti ais, sangat sesuai dijamah ketika berbuka. Lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas seperti sekarang. 

Ia akan mencair di dalam mulut dan menyejukkan tekak anda. Tak percaya, cubalah! 

Foto: Facebook Viral Media Malaya
Bahan- Bahan
3 biji pisang tanduk
1/2 cawan sagu biji- cuci dan rendamkan dalam 3 minit
Air secukupnya untuk merebus pisang dan sagu

Bahan Kuah
1 cawan santan pekat
2 cawan air
3 sudu besar gula merah +1/2 cawan air, gaul rata dan tapiskan
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan- di simpulkan


Cara-Cara
1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. Rebus pisang tanduk sehingga separuh masak.. Bila dah empuk, angkat dan toskan. 

2. Jangan rebus lama sangat, nanti tak cantik pisangnya. Sementara tu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah di rendamkan tadi. 

3. Masak hingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan dulu.

4. Di dalam periuk lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yang sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih. 

Foto: iresipi.com
5. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan dan gaul sebati.Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah dan biarkan mendidih. 

6. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Sedap sangat! Jom cuba untuk berbuka hari ini! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
4
Terkejut
8
Sedih
13
Lawak
5
Bosan
20
0
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kaklong32 14-1-2019 10:48 AM
sedapnyaaaa adoi
ai suka letak jagung sket hehe

Lain-lain Komen

Quote dewi_rina 11-6-2018 11:23 AM
Kalau opah buat sedap sgt.. klu kita buat sendiri, rasa tu tak sama mcm opah buat
Quote Catpaw 11-6-2018 11:53 AM
Sedapnye pengat pisang ni.
Quote vanillaninja 11-6-2018 02:44 PM
I paling suka pengat pisang. Sedap!
Quote drivethru 11-6-2018 11:22 PM
Pengat pisang tanduk dan pisang nangka paling sedap. Rasa masam2 pisang tu yg umppppp.....
Quote mitblive 12-6-2018 02:02 AM
Nice article..

WWE MITB Live Streaming
Quote syue86 12-6-2018 08:56 AM
punyalah teringin pengat ni start bulan pose aritu
akhirnya jmpe gak wpn kuah cair tp hadapkan juga
Quote friedfishsoup 12-6-2018 10:28 AM
Sedap. suka makan ini
Quote juanitaperea3 11-12-2018 10:32 PM
the peacock system gets got the proper to suit it <a href="https://www.bloglovin.com/@juanita897/how-to-watch-golden-globes-2019-live-stream">golden globes stream</a> even which makes suggestions from networks that a proposal.
Quote juanitaperea3 11-12-2018 10:33 PM
dewi_rina replied at 11-6-2018 11:23 AM
Kalau opah buat sedap sgt.. klu kita buat sendiri, rasa tu tak sama mcm opah buat

the peacock system gets got the proper to suit it golden globes stream even which makes suggestions from networks that a proposal.


Quote Sakurahana 22-12-2018 01:27 AM
Esok boleh buat ni. Ada pisang tanduk sebijik tu.
Quote jazaa100 22-12-2018 06:50 PM
Aku suka guna pisang montel....
Lebih sedal
Quote wallame 7-1-2019 01:55 PM

boleh cuba ni.. thanks
Quote kaklong32 14-1-2019 10:48 AM
sedapnyaaaa adoi
ai suka letak jagung sket hehe

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top