CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dazrin Kamarudin Cerita Kisah Pertunangan

19-9-2013 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30391| Komen: 113

Description: Pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Dazrin Kamaruddin, 25, Sudah Pun Melangsungkan Pertunangan Dengan Gadis Pilihannya Pada Bulan Ogos Yang Lalu. Memandangkan Tiada Hebahan Media Dibuat Sebelum


Pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia, Dazrin Kamaruddin, 25, sudah pun melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya pada bulan Ogos yang lalu. Memandangkan tiada hebahan media dibuat sebelum ini, GUA menghubungi Dazrin untuk mendapatkan komen lanjut tentang pertunangannya itu.

“Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan,” jelas Dazrin memulakan perbualan.

Tunang Dazrin, Amyra Rosli, 22 merupakan salah seorang aktres yang sedang mencipta nama dalam industri hiburan. Gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini pernah membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah’ dan ‘Amyra’ juga pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.

Ketika ditanya mengapakah Dazrin tidak menghebahkan cerita pertunangannya, pelakon drama bersiri ‘Adam dan Hawa’ ini punya penjelasannya yang tersendiri.

“Saya merasakan pertunangan ini sebagai salah satu ikatan antara keluarga saya dan keluarga dia. Saya mengikut adat, jadi kalau boleh saya tidak mahu gembar-gemburkan mengenai berita ini. Mengenai berapa lama ikatan pertunangan kami pun saya belum boleh hebahkan kerana semua masih lagi rahsia. Apabila kami berdua sudah bersedia untuk berkahwin, saya akan beritahu kepada semua,” tutur Dazrin lagi.

Sebagai seorang aktor yang sedang mencipta nama, kemungkinan berita pertunangan Dazrin akan membuatkan peminatnya beralih arah. Ketika ditanya mengenai hal ini, Dazrin menjelaskan dia berpendapat, jika peminat betul-betul menghargai bakatnya, pastinya mereka dapat menerima berita ini.

“Kalau betul mereka meminati saya, mereka akan sokong saya kerana apa yang saya buat ini pun adalah perkara yang baik. Kalau ada peminat yang lari, nak buat macamana, saya tak boleh nak cakap apa. Saya menjalinkan ikatan pertunangan, saya melakukan sesuatu yang mengikut adat dan saya membuat perkara yang baik. Saya harap semua akan faham,” ujar Dazrin lagi.

Bercakap mengenai ciri-ciri yang dimiliki oleh Amyra sehingga membuatkan dirinya terpikat, Dazrin menjelaskan Amyra merupakan seorang gadis yang pandai menjaga hatinya.

“Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’.  Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali,” cerita Dazrin lagi.

Dalam perkembangan lain, Dazrin kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri ‘Dia Suamiku’ terbitan MIG. Drama yang bakal disiarkan di Astro Prima itu menggandingkannya dengan Nabila Huda dan Yana Samsudin. Selain itu, Dazrin juga bakal terlibat dengan drama ‘Cinta Pandang Kedua’ yang bakal disiarkan di TV9.


Kredit foto : Sensasi Selebriti
SUMBER= GUA.COM.MY

5

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 19-9-2013 08:44 AM
gambor tunang kat majalah

Quote bluecrystal 19-9-2013 08:46 AM
MH tu aku ada beli aritu...cantik tunang dazrin...tapi selain Apokalips dia berlakon cerita ape ..tak penah tengok pun
Quote putribatrisya 19-9-2013 08:47 AM
mcm pelakon cite JODOH kat astro tu...lau mata iols tak rabun la..
Quote faiz-za 19-9-2013 08:48 AM
ooooooo..yg muka ala2 nia ramadhani tu ek
ada berlakon dalam jodoh ngan dia jugak kan

Quote miawpink 19-9-2013 08:48 AM
ni tunang nya







Quote suka.suki 19-9-2013 08:50 AM
dlm Jodoh, dia ni kan yg jad finalist..?
Quote yayangmama 19-9-2013 08:51 AM
cumel tunang dia ni....
Quote p.timur3831 19-9-2013 08:53 AM
suka.suki posted on 19-9-2013 08:50 AM
dlm Jodoh, dia ni kan yg jad finalist..?

yup..mmg dia..
Quote aviators 19-9-2013 08:58 AM
Dia antara 3 finalist ka
Dlm jodoh
Katya
Scha (lupe name watak)
Dgn this girl eh?
Quote kikuri 19-9-2013 09:00 AM
kalo tak mekap tebal...comey jah tunang dia ni...nampak sweet2 gituh
Quote puteri 19-9-2013 09:00 AM
ingat yg menang dlm jodoh tu..
Quote maxim 19-9-2013 09:01 AM
miawpink posted on 19-9-2013 08:44 AM
gambor tunang kat majalah

haih..terganggu btol ada lak pic abby
Quote dynaz_zhalia 19-9-2013 09:02 AM
cantik tunang dia... tahniah
Quote miawpink 19-9-2013 09:03 AM
maxim posted on 19-9-2013 09:01 AM
haih..terganggu btol ada lak pic abby

tu je gambo yang jumpa ada gambo dia bertunang
Quote Dia_Yuni 19-9-2013 09:04 AM
Comey oh tunangnye.. Ade sikit iras nia ramadhani
Quote froggy982 19-9-2013 09:11 AM
haa bagusss ni.. cecepat tunang n kawen.. jgn dh tua baru nak kawen...
Harap bakal isteri berubah dgn menutup aurat..
Quote cmf_premierleag 19-9-2013 09:13 AM
aviators posted on 19-9-2013 08:58 AM
Dia antara 3 finalist ka
Dlm jodoh
Katya

3 finalist : Katya, Olly, Ana
last2 ana yg kene buang, tinggal katya dgn olly jah
tp dlm byk2 drama melayu, JODOH us d best for me la


Quote tomet05 19-9-2013 09:13 AM
macam retis endon
Quote hunny_sapik 19-9-2013 09:29 AM
ooo..igt tunang dazrin ni dlm Jodoh. salah satu watak yg mmg diingati.mmg cun.yg berlakon anak bongsu dlm Dewi Lasak tu pun die ke?muka sama.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.230306 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top