CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Organ Bekas Kekasih, Lelaki Meringkuk Seumur Hidup Dalam Penjara

14-10-2020 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2025| Komen: 15

Description: Lelaki dipenjara seumur hidup kerana membunuh bekas kekasihnya.
Lelaki dipenjara seumur hidup kerana membunuh bekas kekasihnya.

Joseph Oberhansley, 36, yang memecah masuk ke rumah Tammy Jo Blanton, 46, di Indiana pada 11 September 2014 memakan sebahagian tubuh termasuk otak, paru-paru dan jantung mangsa.



Kredit foto: Daily Star

Oberhansley yang dijatuhkan hukuman pada 18 September lalu bagaimanapun membuat rayuan menukar pengakuan kepada tidak bersalah walaupun sebelumnya mengaku melakukan perbuatan itu.

Dia mendakwa terdapat dua lelaki berkulit hitam apabila tiba di rumah mangsa sekitar jam 4 pagi pada hari kejadian.

Katanya, dua lelaki terbabit memukulnya hingga tidak sedarkan diri dan bertanggungjawab menyebabkan kematian mangsa.

Oberhansley terbangun ketika polis mengetuk pintu mencari mangsa yang kemudian ditemui dalam keadaan mengerikan dengan lebih 25 kecederaan akibat senjata tajam dan beberapa kesan hentakan benda tumpul.


Pada hari mahkamah menjatuhkan hukuman, ibu mangsa meminta  Oberhansley memandang ke dalam matanya dan berkata dia (tertuduh) tidak melakukannya (membunuh mangsa) serta menghamburkan kata-kata makian.

Polis sebelum itu mendakwa tertuduh mengaku bersalah melakukan jenayah itu termasuk 'memasak' sebahagian otak mangsa sebelum memakannya.

Saksi termasuk dua anggota polis yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada mangsa mengenai Oberhansley yang cuba memecah masuk ke dalam rumahnya.


Kredit foto: Daily Star

Anggota yang menahan lelaki itu memaklumkan mahkamah, mereka menemui pisau dan senjata buku lima di dalam poketnya yang terdapat kesan darah dan helaian rambut perang muda.

Oberhansley juga pernah membunuh kekasihnya, Sabrina Elder, 17, akibat cemburu pada 1998 dan menembak ibunya di belakang serta melepaskan tembakan ke arah kakaknya.

Mahkamah hanya membenarkan Oberhansley dibicarakan selepas mendapat pengesahan bahawa dia waras dan layak untuk dibacarakan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-10-2020 06:37 PM
Mendadih ka mamat ni?
Quote sarah82 14-10-2020 06:44 PM
jap aku nak cari kisah Mamat ni... Something fishy... Dia dah bunuh seorg awek dia sebelum ni...
Quote sarah82 14-10-2020 06:49 PM
mak Mamat bni kata problem mental dia bermula lepas kematian bapa dan abg/adik tiri dia1997...dia start mula ambik dadah ...ada sejarah pernah bunuh diri... Dan tahun 1999 dia bunuh gf dia... B] gf dia baru saja sehari lahirkan anak depa... Gila la.. Mcm mana Mamat ni boleh terlepas dgn manusia awam
Quote mdhelmi 15-10-2020 08:31 AM
teringat pernah borak dgn sorg foreigner ni dari manatah tp belah2 europe
saje tanya dia malaysia ni ok x?
dia kata ok semua org baik2
kat negara dia kalo gaduh je dan xcepat leraikan konfem salah sorg akan mati kene tembak
xkirala benda tu berlaku siang atau malam
sbb negara dia senang dpt senjata seludup
Quote tipah89 15-10-2020 09:49 AM
dah pernah membunuh tapi awat bebas berkeliaran? now satu lagi nyawa melayang.
Quote insulin 15-10-2020 09:52 AM
sarah82 replied at 14-10-2020 06:49 PM
mak Mamat bni kata problem mental dia bermula lepas kematian bapa dan abg/adik tiri dia1997...dia st ...

Mental rupanya. Patutlah.
Quote Tinot7 15-10-2020 10:02 AM
Camne la boleh terlepas ni? Dah pernah membunuh...
Quote husna_amal 15-10-2020 10:05 AM
Ni lah padahnya simpan pembunuh. Patut awal2 dah hukum mati je.
Quote scilover 15-10-2020 10:19 AM
its weird how he already killed his girlfriend, shot his mom and sister, and he still thought he has the right to say anything about how he is innocent??? He don't deserve any chances.
Quote sarah82 15-10-2020 10:34 AM
insulin replied at 15-10-2020 09:52 AM
Mental rupanya. Patutlah.

mental sebab dadah... Dia pernah cuba bunuh diri.. Tapi tak berjaya...
Quote amyainsamad 15-10-2020 11:12 AM
glerla.....
Quote Scheherazade 15-10-2020 11:13 AM
sarah82 replied at 15-10-2020 10:34 AM
mental sebab dadah... Dia pernah cuba bunuh diri.. Tapi tak berjaya...

Patutla ada member ckp, org jahat ni susah nk mati
Quote sarah82 15-10-2020 11:16 AM
Scheherazade replied at 15-10-2020 11:13 AM
Patutla ada member ckp, org jahat ni susah nk mati

aku baca dia punya kes..aku rasa stress..mak dia bukan main back up
Quote Artemesiaa 15-10-2020 11:34 AM
Moga kali ni dia tak terlepas dari hukuman
Quote namr 15-10-2020 11:45 AM
Dh kenapa pembunuh berkeliaran

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063882 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top