CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Didakwa Cederakan Kucing Jiran Tak Mengaku Salah

15-10-2020 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8009| Komen: 52|Original author: I.am.PH

Description: Warga emas mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan seekor kucing milik jirannya.
Warga emas mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan seekor kucing milik jirannya.

Harian Metro melaporkan, Ab Hamid Ismail, 70, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini dan memohon untuk dibacarakan.



Kredit foto: Harian Metro

Berdasarkan pertuduhan, Ab Hamid didakwa menyebabkan kesakitan terhadap seekor kucing milik Nur Amalin Aishah Ariffin pada 17 Ogos jam 10.30 malam di Lorong Raja Abdullah, Jalan Pintu Gang, Kota Bharu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan sebelum ini menawarkan jaminan RM5,000, namun tertuduh melalui peguamnya, Rozihan Othman memohon jaminan rendah dengan alasan sudah berusia dan tidak bekerja.


Mahkamah kemudian menetapkan RM3,000 sebagai jaminan dengan seorang penjamin dan 22 November bagi proses serahan dokumen. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.am.PH 15-10-2020 01:30 PM
Kes yang sama dari pelaku yang sama...

[fbp]https://www.facebook.com/animalmalaysia/posts/1340626866144510[/fbp]
Quote I.am.PH 15-10-2020 01:33 PM
Warga emas didakwa cederakan kucing jiran
Diterbitkan Hari ini 11:13 am



Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas tuduhan mencederakan seekor kucing milik jirannya.

Tertuduh Ab Hamid Ismail, 70, didakwa menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor kucing milik Nur Amalin Aishah Ariffin pada 17 Ogos lalu di Jalan Pintu Gang, Kota Bharu.

Difahamkan kejadian itu disyaki dilakukan dengan cara menembak menggunakan sepucuk pistol angin dan dipercayai terkena serpihan peluru di bahagian telinga kanan haiwan peliharaan itu.



Pertuduhan dibacakan sendiri oleh Ab Hamid di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shahrul Rizal Majid, manakala pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sharif Sabran.

Mengikut pertuduhan, Ab Hamid didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Sementara itu Mohd Sharif menawarkan tertuduh dijamin dengan nilai RM5,000, namun peguam tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan kos seminima mungkin dengan alasan tertuduh seorang warga emas, tidak bekerja dan tidak dapat mengawal kemarahan ketika kejadian.

Sehubungan itu Shahrul Rizal menetapkan wang jaminan berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 22 November depan bagi proses serahan dokumen.

Quote damian_lee 15-10-2020 01:38 PM
nape dia tembak kucing tu ???

aku kadang pun rasa nak tembak ayam jiran yang suka datang mengirim tahi dia kat rumah ni
kadang rasa nak barbeque je

dah tegur elok2 ke jiran
masih buat bodoh ... kita plak yang disalahkan

lepas tu kucing dia plak suka la manjat kete .... habis calar kereta ...
kadang dicakar2nya tempat duduk motor .....

ishhh geramlah ngan orang2 yang membela haiwan tapi x reti jaga ......

koserrrrr ......
Quote I.am.PH 15-10-2020 01:41 PM
Menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ

Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.

Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya :

لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

Maksudnya : Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah.

Riwayat Al-Bukhari (2365)
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4458-al-kafi-1707-benarkah-rasulullah-s-a-w-pernah-memiliki-kucing-bernama-muezza
Quote noor2 15-10-2020 01:45 PM
Orang kafir pun tahu sayang haiwan
Quote sewinstyle76 15-10-2020 01:50 PM
Dah tua pon bodoh
Quote insulin 15-10-2020 01:53 PM
Dah tanya kepada orang tua ni kenapa dia menembak kucing tu? Jangan pandai mengecam sahaja.
Quote hatikudus 15-10-2020 01:54 PM
Dah tua pun perangai kalah budak baru baligh....mesti panas baran dr muda ni
Quote Modngengade 15-10-2020 02:00 PM
insulin replied at 15-10-2020 01:53 PM
Dah tanya kepada orang tua ni kenapa dia menembak kucing tu? Jangan pandai mengecam sahaja.

byk jenis jiran yg tahu bela kucing tapi tak tahu jaga...hari2 kucing berak merata2 kt rumah orang...so fikir2 kan lah sendiri...mungkin atok ni dh byk bersabar

Quote Megikari 15-10-2020 02:03 PM
Kalau kucing tu buat onar, contohnya berak kat depan pintu rumah jiran berkali2, pastu jiran tu pulak dah sound owner kucing banyak kali tapi owner buat derkkk.. Maka yg menzalimi kucing tu ialah owner kucing tu, bukan jiran dia. Tp dlm kes ni dia x cakap pulak apa yg kucing tu buat sampai dia marah sangat, so aku xnak komen lebih2 dulu
Quote insulin 15-10-2020 02:06 PM
Modngengade replied at 15-10-2020 02:00 PM
byk jenis jiran yg tahu bela kucing tapi tak tahu jaga...hari2 kucing berak merata2 kt rumah orang ...

Atok ni mungkin tak larat nak bersihkan najis kucing yang ada di laman rumah dia. Atau ada harta-benda dia yang dirosakkan oleh kucing. Tambah pula panas baran. Hmmmm......
Quote myoujin 15-10-2020 02:08 PM
damian_lee replied at 15-10-2020 01:38 PM
nape dia tembak kucing tu ???

aku kadang pun rasa nak tembak ayam jiran yang suka datang mengirim ...

Ko print besar2 banner...
“Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Demi Allah, dia tidak beriman.

Sahabat lalu ditanya: “Siapakah dia Ya Rasulullah?

Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman dengan kejahatannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tak paham gak tangkap dan buang je jauh2.. biar haiwan peliharaan dia tak balik rumah
Quote myoujin 15-10-2020 02:09 PM
insulin replied at 15-10-2020 01:53 PM
Dah tanya kepada orang tua ni kenapa dia menembak kucing tu? Jangan pandai mengecam sahaja.

Tapi takboleh lak cederakan haiwan tu... Dia takde akal fikiran.. tangkap dan buang jauh2 tempat selamat..
Quote damian_lee 15-10-2020 02:18 PM
myoujin replied at 15-10-2020 06:08 AM
Ko print besar2 banner...
“Demi Allah, dia tidak beriman, demi Allah dia tidak beriman. Demi Al ...

Boleh ke kalau kita tangkap dan buang jauh2 ...... ?
xsalah ke?

sebb my mom ni sensitip sikit kalau bab2 cederakan haiwan ....
kalau ikut hati dah lama jadi rendang ayam2 tu .....

dah bagi tau owner
dah tegur ...
kita plak salah .....
bila kita duk cuci halaman rumah sebb bersepah najis ayam dia
boleh plak dia kata kita membazir air ....

koserr tauuu
Quote insulin 15-10-2020 02:19 PM
myoujin replied at 15-10-2020 02:09 PM
Tapi takboleh lak cederakan haiwan tu... Dia takde akal fikiran.. tangkap dan buang jauh2 tempat s ...

Biasanya tak sempat dihalau pun. Tiba2 ada bau busuk dari luar rumah. Atau nak buka pintu kereta terpandang bonet kereta calar-balar. Tuan kucing yang ada akal fikiran sepatutnya kurung kucing dalam kawasan rumah mereka.
Quote myoujin 15-10-2020 02:28 PM
insulin replied at 15-10-2020 02:19 PM
Biasanya tak sempat dihalau pun. Tiba2 ada bau busuk dari luar rumah. Atau nak buka pintu kereta t ...

Tu la pasal... Kene letak perangkap kot.. kadi ajar tuan dia.. perangkap tikus yang masuk dlm pintu tertutup tu.. tapi kene besar la hahha
Quote myoujin 15-10-2020 02:31 PM
damian_lee replied at 15-10-2020 02:18 PM
Boleh ke kalau kita tangkap dan buang jauh2 ...... ?
xsalah ke?


Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain," katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.

Boleh jer kata dr maza
Quote lavendernovella 15-10-2020 02:33 PM
Edited by lavendernovella at 15-10-2020 02:45 PM

Haiwan tu xder akal lah tok. Semua haiwan pun memang takder akal. Allah jadikan haiwan sebagai iktibar kepada manusia yg "membaca" apa yg Allah sampaikan. Kalau kucing berak2 lalu cepat2 dibersihkan itulah tamsilan perangai manusia (termasuklah aku) yang sentiasa berbuat salah dan dosa dan harus cepat2 mohon ampun dan taubat.
Sekian. {:smile
(Share dari ceramah agama)

Pernah gak berdepan dengan spicis macam atuk ni. So mmg aku tak pandang pun apa baju ko pakai..  sebb kalau pandang luaran orang mmg byk kali kali frustrated because "you are not what you preach"

Sama2 muhasabah diri. Dunia ni sementara.
Quote bungamelurindah 15-10-2020 02:33 PM
Dah tua pun BODOHHHH!!!, aku bab kucing2 nie mmg takbole nak bertolenrasi, bia meringkup dalam penjara org tua kutuk nie

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.059730 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top