CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Pernah Makan Mi Segera, Duit Kocek Tinggal RM1

15-10-2020 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5775| Komen: 39

Description: Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui Hafiz Hamidun termasuk makan mi segera, duit kocek tinggal RM1 dan kereta baru beli ditarik bank.
Antara pengalaman pahit yang pernah dilalui Hafiz Hamidun termasuk  makan mi segera, duit kocek tinggal RM1 dan kereta baru beli ditarik bank.

Namun kini semua kepayahan sudah bertukar menajdi kemanisan apabila empayar perniagaan yang dibina sejak 14 tahun lepas kekal bertahan.


"Semua kenangan itu saya lalui pada awal pembabitan nak berniaga untuk buka studio rakaman sendiri sekitar 2006 lalu. Ketika itu, saya pun masih belajar lagi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

"Duduk pula menyewa dengan rakan dan malulah nak minta tolong dengan orang lain kerana pada masa sama, saya juga aktif menyanyi dengan kumpulan UNIC.

"Kiranya, sudah jadi artislah ketika itu yang kebanyakan orang selalu anggap ada ramai peminat dan popular. Tawaran menyanyi pula tak putus, tapi hakikatnya duit tak ada sebab bayaran persembahan belum masuk akaun," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Tambah penyanyi ini dia risau kalau kesusahan yang dialaminya itu diketahui peminat.

"Sebagai manusia biasa, tetap ada malu dan ego. Begitu juga dengan saya, apa yang pernah menjadi rahsia itu disembunyikan kerana tak mahu meraih simpati dan membuatkan ibu bapa risau.

"Bagi saya, selain tak putus berdoa kepada Allah, kena usaha juga. Jadi, saya pilih berusaha sedaya yang mampu dan jika masih tak berjaya, barulah minta pertolongan keluarga.



"Dengan kepayahan dilalui itu, turut mengajar saya mengurus kewangan yang betul. Dahulukan bayaran untuk keperluan dan pastikan membuat simpanan bagi kegunaan kecemasan."

Dalam masa yang sama Hafiz, 36 sempat berpesan bahawa kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha. Cekalkan hati untuk menempuh pelbagai dugaan sebelum berjaya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 15-10-2020 02:11 PM
Yolah wak midonnn..opo.opo jo lah
Quote Themilo 15-10-2020 02:19 PM
gigihnya kau time study buat loan bank beli kereta, buat studio bagai.. walaupun duit show terpaksa bahagi 4  dengan ahli UNIC yang lain..
Quote cikpah27 15-10-2020 02:21 PM
ehh dah ada anak angkat..
Quote aotearoa 15-10-2020 02:29 PM
Hati-hati bila berkata-kata..nnti SPRM carik
Quote Kurex 15-10-2020 03:01 PM
Takutnya tengok kumis dia
Quote husna_amal 15-10-2020 03:16 PM
Harap tak kena scam lah dengan cerita macam ni.
Quote doubleA 15-10-2020 03:19 PM
Iols suka tgk hamdee tu dah la umur baya2 anak iols
Quote sleepandream 15-10-2020 03:25 PM
kira anak orang berada la masa study pun dah bisnes studio beli kereta bagai
Quote mamajawie 15-10-2020 04:30 PM
bila masa plak dia ni ade anak angkat??kawen je la kot ye pun nak ada anak..ke ummah lemari versi yislamik?oppss..
Quote LadyCarefree 16-10-2020 03:00 AM
Berapa value dia ni? Jutawan juga?
Quote dudaberhias 16-10-2020 03:32 AM
Makan mi segera dengan duit tinggal rm1 tu berapa hari? Kalau takat sehari dua tak payah bising lah. Orang lain beras pun takde sampai kena mintak dekat jiran.

Sekarang ni rajin betul orang cerita pasal kesusahan. Padahal hidup susah dua tiga hari je pun. Orang lain lagi lah hari2 hidup susah. Pergi la tengok bersamamu tu.
Quote dudaberhias 16-10-2020 03:35 AM
Nah, ni cerita lagi sedih, iols hari2 menangis teresak2 bila baca pasal cerita anak tiri penyanyi bernombor ni.

Quote pichee 16-10-2020 09:11 AM
dudaberhias replied at 16-10-2020 03:35 AM
Nah, ni cerita lagi sedih, iols hari2 menangis teresak2 bila baca pasal cerita anak tiri penyanyi be ...

yg ni very de propa...

lahir2 mmg ank org kaya, lg2 ank tiri dato siti...alih2, ada rm10..tergelak baca...
Quote imanjannah 16-10-2020 09:24 AM
ramai orang susah dulu piz, kawan aku masa study dulu, duit loan dia, lepas hbis byar semua yuran, beli buku dan keperluan sikit, semuanya dia hantar kat kluarga kat kg, mmg susah sgt family dia masa tu, beli makanan hari2, nasi lauk kuah je, dia bahagi dua, separuh lagi makan masa malam, baru2 ni lepas lama terpisah, jumpa acc fb dia, diuji lagi hidupnya, ada masalah saraf, sudah lumpuh separuh badan
Quote jas7512 16-10-2020 09:29 AM
imanjannah replied at 16-10-2020 09:24 AM
ramai orang susah dulu piz, kawan aku masa study dulu, duit loan dia, lepas hbis byar semua yuran, b ...

Kesiannya kwn u..dia sakit saraf sbb x cukup nutrien ke dulu..dia x dpt biasiswa ke...balik pd hafiz ni.i percaya je cite dia..agaknya sbb tu dia x berkira bayaran bila buat program dgn student
Quote bulalof 16-10-2020 09:38 AM
kira done la menyucikan diri pernah susah sgt camtu sekali?
Quote cikina 16-10-2020 09:53 AM
Tu bukan kesusahan , itu kehidupan yg kita semua lalui
Quote RatuDunia94 16-10-2020 09:59 AM
Standard lah umur awal2 20an tu mmg level2 baru nak naik kan.. duit dlm bank pun sendu.. kerja tetap pun xde.. mostly golongan b40 pun lalui benda yg sama. Lain la kalu lahir2 dh kaya..
Quote ninnamina 16-10-2020 10:02 AM
imanjannah replied at 16-10-2020 09:24 AM
ramai orang susah dulu piz, kawan aku masa study dulu, duit loan dia, lepas hbis byar semua yuran, b ...

Kesiannya kawan u. Harap dia sembuh dan sabar dengan dugaan dia tu

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.057830 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top