CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Mabuk Didakwa Lakukan Serangan Lepas Kentut Dalam Kereta

15-10-2020 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2523| Komen: 5

Description: Seorang penumpang Uber yang mabuk didakwa melakukan serangan selepas kentut di dalam kenderaan berkenaan.
Seorang penumpang Uber yang mabuk didakwa melakukan serangan selepas kentut di dalam kenderaan berkenaan.

Mirror melaporkan, James Mallett melepaskan kentut ketika Aleksander Bonchev memandu ke kelab malam Chasers di Kingswood, Bristol.


Bonchev yang stres dengan sikap beberapa penumpangnya sebelum itu akhirnya 'meletup' dan menghalau Mallett keluar dari kenderaannya, lapor Bristol Live.


Gambar hiasan

Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan itu, Mallett menyerang mangsa yang membalas pukulannya untuk mempertahankan diri.

Pendakwa David Scutt berkata, sebelum kejadian, Bonchev menerima panggilan supaya menjemput Mallett dan tiga penumpang lain untuk dibawa ke kelab malam berkenaan.

Bonchev menganggap tindakan Mallett yang 'melepaskan angin' di dalam kenderaannya sebagai melampau sebelum berlaku pergaduhan itu.

Selepas terjatuh akibat ditumbuk pemandu berkenaan, lelaki terbabit dipujuk rakan wanitanya supaya beredar dari situ sebelum ditahan polis bertugas selepas didapati mabuk dan cedera di wajahnya.


Mahkamah dimaklumkan Mallet bertindak agresif terhadap anggota terbabit dan mendakwa diserang pemandu Uber berkenaan.

Difahamkan, Bonchev yang membalas serangan tertuduh patah sebatang jari menyebabkannya hilang rumah kerana tidak boleh meneruskan pekerjaannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-10-2020 05:29 PM
Pening jugak baca pasal ni.. sampai hilang rumah, mungkin dgn kerja uber ni utk dia bayar rumah
Quote Artemesiaa 15-10-2020 05:34 PM
Situasi yang benar2 boleh bawa gaduh oleh sesiapa saja double malang buat pemandu uber
Quote husna_amal 16-10-2020 10:31 AM
Duduk rumah je lah time2 covid ni. Sibuk je nak berjimba kat kelab malam.
Quote tumpanglalu74 15-1-2022 02:06 AM
Ha4..  Funny news.
Quote Decaffeinated 15-1-2022 07:36 AM
Sebab itulah islam mengharamkan arak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051276 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top