CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi , Pelawak, Pelakon-Mark Adam 'Sapu' Semua

15-10-2020 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6892| Komen: 21

Description: Mark Adam tak kisah jika karier nyanyiannya dikatakan kurang menyerlah.
Mark Adam tak kisah jika karier nyanyiannya dikatakan kurang menyerlah.

Mark Adam anggap ia adalah fasa yang perlu dilalui dalam karier sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.


Anak kelahiran Filipina ini menyifatkan pencalonannya sebagai artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 adalah rezeki.


"Jujurnya, saya tiada masalah sekiranya orang lebih mengenali saya sebagai pelawak, penyanyi atau pelakon sekalipun. Apa saja cabang seni yang saya ceburi, saya tetap akan memberikan yang terbaik," katanya kepada BH Online.

Bukan satu kategori, Mark juga dicalonkan di dalam kategori Artis Versatil Popular.


"Saya ingatkan satu kategori saja, rupa-rupanya dua. Alhamdulillah, semua ini saya anggap sebagai penghargaan.

"Kalau bertanya saya soal menang, saya akui kemenangan adalah impian semua orang. Apatah lagi ABPBH adalah antara anugerah penghargaan besar buat anak-anak seni di Malaysia.

"Jadi, sekiranya menang, ia boleh dikatakan sebagai penghargaan buat kami. Tetapi, bagi saya, dicalonkan sahaja sudah cukup besar maknanya."

Foto: IG

Sementara itu Mark mengaku jadual seninya terganggu akibat  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 15-10-2020 03:10 PM
Masih nak buat juga ke ABPH ni. Buat majlis secara online ke nanti?
Quote YomiuriLandMae 15-10-2020 03:30 PM
alah xde maknanya la menang ni..
bersyukur je la dah tercalon..
Quote djzara81 15-10-2020 03:37 PM
Rezeki Mark Adam di bumi Malaysia. First time aku tengok MA live when he was a nobody. Dia diundang menyanyi di majlis perkahwinan member aku. Mmg sedap suara dia, isteri dia ade join skali. Masa tu dia blum jd artis & tak kuar tv lagi. Aritu tgk satu show ni & MA balik Filipina jenguk kampung dia. Nmpk mcm kawasan setinggan. Tapi dia x nmpk awkward walopon hidup mewah kt Malaysia.
Quote kakyungpilah85 15-10-2020 04:14 PM
Xpernah rasa mark ni lawak.. Sebab struggle dia nak menghabiskan cakap bahasa malaysia tu je yg wat orang ketawa kot.. {:shy
Quote MadameOnion 15-10-2020 04:28 PM
Lagi satu Pemilik bubble bee
Pengkawan baik soeb
Quote mamajawie 15-10-2020 04:29 PM
dia ni da lama dok malaysia pun masih xpandai cakap BM..bangla n nepal sampai lagi fasih dari dia ni cuma bab mengeja cm hanat la..ikan masa lemah btul lahhh
Quote makadek 15-10-2020 08:35 PM
Dia lawak ke
Quote LadyCarefree 15-10-2020 09:08 PM
kakyungpilah85: Xpernah rasa mark ni lawak.. Sebab struggle dia nak menghabiskan cakap bahasa malaysia tu je yg wat orang ketawa kot.. {:shy


Macam dibuat2.
Quote TomyamPuteh 15-10-2020 11:52 PM
X lawak pon bg aku dia ni. Tp dia awet muda. X nmpk mcm 40an
Quote MarryPottet 16-10-2020 01:23 AM
Sapu je ke? Ada #cuci sekali tak?
Quote hayrin86 16-10-2020 08:52 AM
Dia sapu semua pun tak memberi apa-apa kesan kepada rakyat Malaysia.. Kalau dunia sukan lagi banyak kesan..
Quote ninnamina 16-10-2020 10:12 AM
Dia saja2 je kot buat2 sengal tak reti cakap BM sebab org suka dia macam tu.
Quote jcja82 16-10-2020 10:51 AM
dia ni suluk ke hape eh??muka iras2 penyanyi suluk nama din bisa..tiberr iolss thu..
Quote prettyuglybabe 16-10-2020 01:18 PM
pada i pun dia tak lawak..
lebih pada selenge or buat-buat selenge..
Quote tupperwarepink 16-10-2020 01:25 PM
mark nyanyi je la, tapi sbb nak cari makan kan terpksalah jadi pelawak
walaupun tak lawak.
Quote biozipstar 16-10-2020 01:40 PM
kalau menang pun xpe. kalau x menang pun xpe... good luck !
Quote RatuDunia94 17-10-2020 11:11 PM
Mark ni kalau percakapan heols x pelik mcm bangla boleh jd hero akasia.. heols quite helok jugak la..
Quote asma87 18-10-2020 07:22 AM
Muka awet muda mamat ni...patut xyah buat style kelakar sbb muka dia bukan utk melawak tapi muka stok hero akasia
Quote MakareyumSuciey 19-10-2020 10:56 AM
Taste tgk MA ni...org nak kata apa katalah...hehehe.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.145910 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top