dexa Publish time 26-4-2008 08:04 AM

Reply #15 Mulan's post

Kesedaran bahawa orang normal juga berkemungkinan menjadi OKU (bukan minta, tapi kuasa Allah SWT di luar jangkaan kita) hampir tiada. Setelah menjadi OKU barulah mereka nak mula berprihatin jadi agak terlewat untuk berjuang mendapatkan hak-hak mereka.


kesedaran tu from slim to zero - sebab tu tak ramai yang ada compassion
terhadap disabled people ni ---

kalau kat banyak company yang tak pandang pun kalau resume tu dari disabled
people -   ada segelintir aje yang mungkin boleh appreciate to have these people
and understand the need of them to work - based on their qualification juga -

banyak yang tak nak buat kerja extra - mungkin merasakan kalau hire disabled
akan tambahkan kerja depa -walhal depa tak terfikir yang ramai disabled people
yang more independent than them even -tak perlu kena pamper sana sini -

and yes - bagi pihak disabled tu sendiri - mereka perlu buktikan mereka juga
boleh membuat kerja2 yang diamanahkan untuk merekawalaupun ada
limitation - dan sentiasa improvekan diri and be more self confident -

dexa Publish time 26-4-2008 09:01 AM

attention : setan_bsd -


* temporary post *

saya harap awak baca notice ni -
please unignore the pm - saya tak dapat
nak replypertanyaan awak itu -

* after you enable the pm- i shall delete
this message

Mulan Publish time 27-4-2008 12:31 PM

Reply #17 dexa's post

Thank you, dexa. Those are my thoughts exactly.

I'd like to mention that my employer saved about RM10K of tax on profit for the last financial year, thanks to my OKU card. I'm truly hopeful that the little bit of saving for the company makes up for the little bit of hassle for my colleague to work with me.

dexa Publish time 27-4-2008 01:07 PM

Reply #19 Mulan's post

i pray and hope that lots more disabled people will
take a look at your successful as well as redz's..
and use it as a motivation and encouragement to be successful
just like both of ya and many others disabled too --

i have lots of respect towards disabled who's hardworking
and at the same time humble and have agreat self motivation
and high self esteem despite his/her disability -

*btw setan_bsd still hasn't enable his/her private message
so that i give the info that he/she needs -

dexa Publish time 9-5-2008 09:03 PM

May 09, 2008

Walaupun Buta, Abdul Majid Mampu Jaga Masjid

ALOR STAR, 9 Mei (Bernama) -- Walaupun dilahirkan pada awalnya dalam keadaan sempurna, Abdul Majid Sahak, 40, seorang bilal masjid di sini, terpaksa akur dengan kehendak Ilahi apabila kehilangan penglihatan ketika usia mencecah 13 tahun.

Sejak itu, keindahan alam semesta dan wajah-wajah setiap ahli keluarga serta sahabat-handai, sudah tidak dapat dilihatnya lagi, lalu beliau mendekatkan diri dengan Allah dengan menjadi siak dan bilal Masjid Ali dekat sini.

Seperti insan lain, beliau mengaku pada awalnya berasa amat sedih dengan nasib yang menimpa dirinya.

"Namun, saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi saya peluang untuk menghirup udara di bumi ini biarpun dalam keadaan buta," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari Jumaat.

Abdul Majid, yang tinggal bersama ibu bapanya di rumah pangsa Seberang Perak di sini, terpaksa berjalan satu kilometer seawal pukul 5.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab beliau sebagai bilal selain untuk membersihkan masjid.

Selepas melaungkan azan pada waktu subuh, beliau mula memegang penyapu untuk membersihkan kawasan masjid termasuk longkang sekitarnya.

Bernama mendapati Abdul Majid mampu membersihkan setiap ruang di masjid termasuk bilik air dengan sempurna walaupun tanpa deria penglihatan.

Abdul Majid berkata beliau melakukan tugasan itu dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan dan hanya menyara hidupnya dengan bantuan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 setiap bulan.

"Setiap hari saya akan berulang alik dari masjid untuk makan di rumah. Duit RM100 itu diberikan kepada ibu bapa saya yang telah uzur," katanya.

Bapa beliau, Sahak Osman, 78, adalah pesara Jabatan Kerja Raya.

"Saya tenang dapat membersihkan rumah Allah di samping dapat mengazankan waktu sembahyang walaupun keadaan saya tidak sempurna seperti insan lain," katanya.

--BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------

alhamdullilah ada juga insan yang humble begini .. walaupun seorang
yang disabled.. tapi masih mampu berkhidmat dan membanting tulang
bukan dok meminta ke sinimeminta ke sana... - malah buat kerja tu
dengan ikhlas hati.. bagus betul dia ni.. semoga Allah saja yang
akan membalas budi baik dia juga -

hopefully jadi satu pelajaran pada kita yang normal or satu motivatisi
pada orang2 oku yang lain --

dexa Publish time 10-5-2008 03:21 PM

7,090 OKU berjaya diberi pekerjaan
Oleh Amin Ridzuan Ishak


http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080510105944/mainpix
INGIN TAHU: Noraini bersama Khatijah (tengah)
dan Vivian Chuah (kanan) melihat komputer yang
digunakan oleh penghuni di Rumah Amal Cheshire Selangor.

Ada firma tak daftar dengan JKSM: Noraini

SELAYANG: Seramai 7,090 orang kurang upaya (OKU) berjaya ditempatkan di pasaran kerja melalui mekanisme diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia yang dilaksanakan agensinya, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), sejak 1990 hingga April lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, jumlah itu menunjukkan hampir 75 peratus daripada 9,846 OKU berdaftar secara manual dan elektronik menerusi Sistem Penempatan OKU (SPOku) yang dilancarkan Mei 2005 lalu, berjaya memperoleh kerja.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan OKU yang berdaftar itu, seramai 1,666 OKU mendaftar di SPOku, iaitu antara kemudahan disediakan dalam perkhidmatan Bursa Buruh Elektronik (ELX) di bawah kementeriannya dengan 482 OKU diambil bekerja.

揗ajoriti daripadanya diambil bekerja di sektor pembuatan. Kementerian melihat jumlah OKU diterima bekerja sangat positif terutama dalam usaha kerajaan membina modal insan berjaya serta berdikari seperti disaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

揔ami yakin jumlahnya akan meningkat pada masa depan dan untuk menggandakan angka ini, lebih ramai OKU mempunyai kemahiran digesa tampil menyertai program kementerian terutama ELX yang sudah terbukti mampu mencari kerja sesuai untuk mereka,

Redz-XacK Publish time 12-5-2008 08:23 AM

http://img247.imageshack.us/img247/5043/image1vl0.jpg
By jedy_hierro
Source : The Sun / 12 May 2008


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel ini memberi gambaran tentang kewujudan pelbagai teknologi baru spt video call, sms, webcam, kerusi roda bermotor etc yg mampu membantu meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya baik dari segi komunikasi, pendidikan dan pekerjaan etc serta pada masa teknologi membantu meningkatkan peluang warga OKU untuk hidup bermasyarakat dengan masyarakat normal. Penggunaan teknologi tersebut juga mampu mengurangkan pergantungan orang OKU kepada masyarakat spt komunikasi digital (bahasa isyarat) dan pendidikan (akses info internet) dan juga memperbaiki peluang OKU dlm meningkatkan mutu kerja / peluang mencari pekerjaan.


-- ReDz-XaCk @ 12 Mei 2008 --

[ Last edited byRedz-XacK at 12-5-2008 08:26 AM ]

PutraMarhaen Publish time 12-5-2008 08:30 AM

Jangan peluang belajar terbuka utk OKU tapi peluang kerja disempitkan utk mereka.
aku puji la kompeni besar besar yg sudi amek OKU..termasukla pasaraya giant.

fantaghero1818 Publish time 12-5-2008 08:37 AM

tp kan..tuk makluman semua...ada sowang hamba Allah ni..ada ijazah dr ipta tempatan...dah nanggur 3 taun..n kene tanggung hutang ptptn lak tu..keluarga miskin lak tu...langsung tak dapat bantuan dr jabatan kebajikan masyarakat...g interview pun kene hina....:L ada sape2 leh bantu tak?

[ Last edited byfantaghero1818 at 12-5-2008 08:38 AM ]

Redz-XacK Publish time 12-5-2008 08:45 AM

salam PutraMarhaen ..

yup... ramai jugak OKU yg berkelulusan tinggi ... tapi dinafikan hak untuk mendapat pekerjaan yg setaraf dgn kelulusan ... salute to company2 yg sudi memberi peluang pada OKU utk memberi sumbangan ekonomi ..

Redz-XacK Publish time 12-5-2008 08:48 AM

salam fantaghero1818 ..


betapa hepat dugaan hamba Allah lalui ... sy cadangkan hamba Allah yg cik maksudkan tu jumpa dgn wakil rakyat di kawasan dia utk memastikan nasib hamba Allah dibela dan diberi perhatian ......

fantaghero1818 Publish time 12-5-2008 04:02 PM

Reply #27 Redz-XacK's post

wakil rakyat???? :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:masuk poket sendiri adalah.....time ngundi turun la...abis2 dia cakp..keje bukan sy yang ambil..surat sokongan leh la sy wat....hahahah...."kenyataan seorg menteri y penah sy mintak tulun" wakil rakyat nak tulun ape?

dexa Publish time 17-5-2008 05:41 PM

May 17, 2008
Jangan Bezakan Atlet Kurang Upaya

NILAI, 17 Mei (Bernama) -- Penaja, penyumbang dan penderma diminta tidak mengetepikan atlet kurang upaya dalam memberi sumbangan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek.

Beliau berkata sekiranya pelbagai insentif dan kemudahan disalurkan kepada atlet biasa, sumbangan serupa juga harus diagihkan kepada atlet kurang upaya.

"Tidak harus ada perbezaan antara kedua-duanya kerana misinya adalah serupa iaitu demi menyinarkan imej kesukanan negara, sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

"Kita harus akui bahawa atlet kurang upaya juga kini mempunyai peluang bersaing di peringkat tinggi, baik di rantau ini mahu pun di peringkat dunia," katanya ketika merasmikan Karnival Sukan Anak-Anak Yatim dan Miskin peringkat Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia, di sini malam tadi.

Seramai 350 peserta menyertai karnival dua hari itu anjuran Badan Gabungan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan.

Ia antara lain bertujuan memilih atlet Negeri Sembilan ke kejohanan yang sama di peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan di Universiti Utara Malaysia pada Ogos depan.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------

actually kalau kita baca news masa paralimpik a couple of weeks ago
kita mesti surprised tengok... how determined disabled athletes in
competing in the games...

they were very inspiring and showed a great sportsmanship .. and in fact
lots of them managed to set time even faster than normal person -

hopefully - banyaklah lagi kemudahan pada mereka dan insentif yang boleh
motivate kan mereka untuk beraksi dengan lebih determination -
dan berdaya saing - syabas pada athlete2ini -

dexa Publish time 20-5-2008 07:50 AM

Graduan kerdil sukar dapat kerja
Oleh Suhana Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang graduan kerdil berumur 26 tahun yang sudah menghadiri 50 temu duga dalam tempoh setahun gagal mendapat pekerjaan walaupun mempunyai ijazah Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Darul Iman (UDM) .

Muhamad Fadhly Mustaffa memperoleh ijazah pada Jun 2006 selepas menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pengajian Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendakwa diketepikan kerana keadaan fizikalnya tidak sempurna.

Katanya, temu duga yang dihadiri adalah dengan syarikat swasta yang menyiarkan iklan jawatan kosong di internet dan akhbar, selain mengisi borang permohonan kerja menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

揔etika ditemu duga saya boleh menjawab soalan penemuduga dengan betul tetapi mungkin mereka rasa keadaan saya yang tidak boleh bergerak aktif menyebabkan mereka tidak berminat mengambil saya.

揔alau mereka tidak memberi peluang, sia-sia saya belajar sehingga mendapat ijazah kerana keperitan menjadi pelajar dalam keadaan tidak normal hanya Allah yang tahu azabnya,

Mulan Publish time 20-5-2008 08:29 AM

Originally posted by fantaghero1818 at 12-5-2008 08:37 AM http://forum5.cari.com.my/images/common/back.gif
tp kan..tuk makluman semua...ada sowang hamba Allah ni..ada ijazah dr ipta tempatan...dah nanggur 3 taun..n kene tanggung hutang ptptn lak tu..keluarga miskin lak tu...langsung tak dapat bantuan...


take it from me ... i strongly suggest kawan u tu kerja sendiri... buatla apapun guna tulang 4 kerat + akal sendiri... mula la dgn kerja2 yg xde perlu modal besar... jgn tunggu dpt peluang kerja dari org... kita OKU, nak compete dgn orang sempurna...ssssuuuusaaaaahhhhh sgt ... sedangkan org normal sesama sendiri compete pun dah susah...

tapi rezeki tu dari Allah SWT... teruskan berdoa...tapi jgn la duk tgu yg 'jauh'... usahakan yg dkt dulu, ye...

i doakan kwn u berjaya

dexa Publish time 22-5-2008 06:16 AM

Bas komuniti OKU percuma
Oleh Farah Mar#a Abdul Patah

http://www.bharian.com.my/Thursday/EdisiWilayah/20080515083404/mainpix
MENCUBA: Mohamad Roslan (kiri) meninjau warga OKU,
Arokia (kerusi roda), menaiki kenderaan khas selepas sidang
media promosi perkhidmatan bas komuniti dan transit OKU
di pejabat MBPJ, kelmarin.

MBPJ sedia kemudahan dalam tiga fasa bermula sekitar PJS, Petaling Jaya Old Town dan New Town

KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan golongan orang kurang upaya (OKU) bukan simpati yang diharapkan daripada masyarakat serta pihak berkuasa atas kekurangan menimpa diri, tetapi sebaliknya keprihatinan dalam membantu mereka menjalani kehidupan seharian.

Mereka sedar akan kekurangan diri dan ia tidak pernah dijadikan alasan untuk mereka meminta-minta kerana bagi mereka hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaannya.

Cuma yang diminta adalah supaya pihak tertentu sedar mengenai masalah mereka dan sekurang-kurangnya melakukan sesuatu untuk memudahkan pergerakan mereka yang kadang-kadang terganggu kerana prasarana bersesuaian tidak ada.

Ia menyebabkan mereka kadang-kadang merintih, bukan kerana kekurangan diri, tetapi disebabkan usaha mereka untuk hidup seperti insan normal tidak mendapat sokongan apabila kemudahan untuk mereka bergerak tidak dilengkap kemudahan sewajarnya.

Sudah banyak kali perkara ini disuarakan tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi. Hanya sebahagian agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan prihatin bersedia menghulurkan bantuan.

Antaranya adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Menyedari kepentingan pengangkutan awam kepada golongan kurang berkemampuan dan kurang upaya ini mendorong pihak berkuasa tempatan itu menyediakan perkhidmatan bas komuniti dan transit OKU demi menjaga kebajikan golongan berkenaan

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata MBPJ menawarkan perkhidmatan itu bagi memudahkan golongan kurang berkemampuan dan warga emas terutama yang ingin ke destinasi tertentu seperti hospital, pasar dan perpustakaan.

揇ua bas diperuntukkan MBPJ untuk perkara ini dan segala urusan pengendalian dan penyelenggaraan bas serta transit juga akan dilakukan kami.

Redz-XacK Publish time 18-6-2008 08:43 PM

http://thestar.com.my/archives/2008/6/12/southneast/ms_pg05batik.jpg

Teamwork: Tengku Arman and his wife are proud owners of two outlets in Subang Jaya.


Tengku Arman and his wife Azizah have big plans in batik
By TUAN AZAM JOHAN and and EO PEE SEE

KUALA TERENGGANU: Being deaf was no obstacle for 36-year-old Tengku Arman Harris Tengku Ismail to succeed as an entrepreneur.

He is among Terengganu抯 rare breed of disabled (OKU) entrepreneurs in the batik industry.

Looking back at his experiences, Tengku Arman, the eldest of six siblings, said he ventured into the batik industry 10 years ago.

He started work as a welder at a workshop in Kuala Lumpur in 1990, after completing his education at Sekolah Menengah Pendidikan Khas in Pulau Pinang and Sekolah Menengah Vokasional in Shah Alam, Selangor.

After a year in Kuala Lumpur, he returned home due to his father抯 demise in a road crash.

Tengku Arman, who communicated via sign language through his 59-year-old mother Wan Zaitun Wan Mansur, said he started work at the Romi Batik production facility in Chendering here in 1991, and later at a batik house in Batu Burok for several years before setting up his own enterprise.

He learnt batik-making until 1996 before setting up the Arman Batik business at his house in Kampung Tebauk here.

Initially, he operated from a hut near his family home and produced batik on a small scale.

Later, the Social Welfare Department provided him a grant of RM2,000 to expand his business.

Realising he was on his way to success, Tengku Arman applied for RM20,000 loan from Majlis Amanah Rakyat (Mara) and the returns from his venture allowed him make full repayment within a short period.

揑 was happy when Tengku Arman settled his loan quickly, and this gave Mara the confidence to assist people like him,

Redz-XacK Publish time 20-6-2008 03:11 PM

Kelayakan elaun OKU naik RM1,200
( 17 Jun 2008 : Berita Harian )

BANGI: Had kelayakan penerima elaun bantuan orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini ditetapkan kepada mereka yang berpendapatan sekitar RM750 sebulan, kini dinaikkan kepada RM1,200 sebulan, bagi membolehkan lebih ramai golongan itu menerima bantuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beban ditanggung golongan itu ekoran kenaikan harga minyak dan barangan keperluan lain.

Beliau berkata, elaun bantuan RM300 buat semua penerima mengikut had kelayakan baru itu sudah disampaikan bulan lalu, dan menurutnya ia diharap bukan sahaja dapat mengurangkan beban mereka, malah membolehkan mereka berdikari di samping tidak berasa tertekan dengan keadaan dihadapi sekarang.

揗ereka perlu berdaftar dengan kementerian dan mengemukakan bukti seperti slip gaji bagi membolehkan mereka menerima elaun bantuan itu,

Redz-XacK Publish time 21-6-2008 07:10 PM

10,000 peluang pekerjaan diwujudkan untuk OKU dalam sektor awam

KUALA LUMPUR 20 Jun

dexa Publish time 21-6-2008 08:02 PM

a very inspiring article for us to ponder -

Saturday June 21, 2008
Overflowing with compassion
By MEERA VIJAYAN

WHEN he started a childcare centre 18 years ago, little did V. Rajamanikam realise that a young disabled girl abandoned in his care would lead him to his true calling in life.

While lodging police reports and tracking down the child抯 father, Rajamanikam found himself brimming with compassion for the unfortunate child, Lee Suin Tein, who was then eight years old.

http://thestar.com.my/archives/2008/6/21/southneast/se_06residents.jpg
Happy time: Rajamanikam singing along with
residents at the home in Saleng, Johor.

At that time, I did not know what to do with her, but I realised I could not abandon her,
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16
View full version: Masalah OKU - peluang mencari kerja dan kemudahan asas -


ADVERTISEMENT