dexa Publish time 25-6-2008 11:43 PM

25 Jun, 2008
Pelajar Cacat Penglihatan Terima Anugerah Khas Pertandingan Lukisan Malaysia-Jepun
Oleh Siti Jumaayah Abdol Samat

PULAU PINANG, 25 Jun (Bernama) -- Cacat penglihatan tidak menghalang Alfa Nur Aini Erman Efendi daripada menghasilkan lukisan bermutu hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelajar Tingkatan Lima SMK (P) St Georges itu membuktikan bahawa bakat yang dimilikinya itu mampu memenangi hati juri pertandingan dan pameran lukisan sempena program pertukaran lukisan pelajar-pelajar Malaysia-Jepun tahun ini.

Lukisan Alfa bertemakan "Fish", diumumkan sebagai pemenang hadiah khas "Asaka Junior Chamber Incorporation" iaitu satu daripada 11 kategori anugerah khas yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang menyertai pertandingan itu.

Dalam temubual dengan Bernama di sini, Alfa berkata, ini adalah kali ketiga beliau menyertai pertandingan lukisan itu anjuran bersama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang; May Asaka Center, Jepun; dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Katanya, bahan lukisannya itu seperti tulang ikan dan tali diperolehi daripada gurunya.

"Melalui tulang ikan itu, saya menggunakan daya imaginasi untuk melukis apa yang saya sentuh dan rasa ke atas kanvas," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan pameran lukisan berkenaan di Dewan Sri Pinang di sini, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas berkata, pertandingan itu bukan sahaja menonjolkan budaya kedua-dua negara malahan mengasuh pelajar untuk lebih peka kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

Katanya, aktiviti seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat mereka di samping mengukuhkan kerjasama erat kedua-dua negara.

Program "Ikatan Persahabatan Melalui Lukisan" pelajar-pelajar Malaysia-Jepun telah bermula sejak 1987 dan sehingga kini ia melibatkan pertukaran lebih 30,000 karya lukisan pelajar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Konsul Jeneral Jepun ke Pulau Pinang, Hideaki Hoshi, dan Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad.

-- BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------------------

alhamdullillah dan tahniah pada Alfa.. atas pengiktirafan yang
sangat bermakna ini - -

walaupun cacat penglihatan tetapi dia lebih 'nampak' dengan
terang dan dapat conveykan dengan lukisan bermutu -

kadang2 tu.. orang2 yang disabled ni lebih peka dengan sekeliling
depa dari orang yang celik dan normal... -

apa2 pun - semoga kemenangan ni memberi galakkkan dan
motivation pada orang2 lainespecially disabled untuk berjaya
seperti Alfa ini --

Tahniah sekali lagi... walaupun baru Tingkatan 5, tetapi telah
menunjukkan matang dalam lukisan... dan kejayaan yang cemerlang
di peringkat antarabangsa -

dexa Publish time 28-6-2008 09:49 PM

Bakti perlu sokongan program OKU
Oleh Nurhayati Abllah

SUNGAI SIPUT: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) memerlukan sokongan dan komitmen semua pihak termasuk kementerian, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, syarikat korporat dan masyarakat untuk menjayakan program semai bakti yang diusahakannya.

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Jeanne Abdullah, berkata pembabitan mereka penting dalam usaha menyediakan peluang latihan dan kerjaya kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

Jeanne berkata, pada awal program Semai Bakti pada 2006, jumlah pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di kawasan Felda hanya 35 unit, tetapi selepas dua tahun bertambah kepada 62 unit dengan 1,145 pelatih.

"Sehubungan itu, saya berharap skop pelaksanaan program berkenaan diperluaskan bagi memastikan nasib kanak-kanak OKU terjamin melalui pembabitan berterusan NGO, agensi swasta dan kerajaan, sukarelawan serta sektor korporat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian PDK Seri Murni Felda Lasah di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Presiden Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Perak (Baiduri), Datin Seri Kamariah Mokri.

Isteri Perdana Menteri berpuas hati tahap kesedaran di kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat berhubung penjagaan kanak-kanak OKU menerusi peningkatan penghantaran golongan itu di PDK.

-----------------------------------------------------------------------------------------

about time BAKTI nimenolong golongan disabled ni
terutama dari segi beri peluang pada mereka dalam kerjaya
dan latihan2 technical dan juga household -
pada anak2 pula - sediakan program2 yang fun untuk mereka
yang boleh improve mana2 skill yang mereka ada interest -
that would be so helpful - dan dapat bagi anak2 tu self
confidence lagi -

dexa Publish time 28-6-2008 10:05 PM

OKU dibantu dapat kerja sektor awam
Oleh Nor Azma Laila

http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080627233004/mainpix
BANTU OKU: Anthony Siva (dua dari kanan) berbincang
dengan Sapura Ramdhan (dua kiri) sambil diperhatikan,
Siti Nor Baya Ramli dan Gurdip Kaur @ Rina (kiri) pada sidang
media dan majlis penyerahan borang pekerjaan untuk orang
kurang upaya oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat.


Borang khas maklumat, nilai kelayakan disediakan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah proaktif untuk membantu orang kurang upaya (OKU) memperoleh pekerjaan dalam perkhidmatan awam dengan mewujudkan Borang Maklumat Pencarian Kerja OKU.

Ketua Setiausahanya, Datuk Faizah Mohd Tahir, berkata borang itu adalah untuk mengumpul maklumat OKU bagi memudahkan peluang penempatan pekerjaan oleh agensi kerajaan yang dilantik, antaranya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Usaha yang juga membabitkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ini juga selaras dengan Pelaksanaan Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Awam kepada OKU.

Dasar yang diwujudkan sejak 1988 itu bertujuan memastikan OKU yang berpotensi dan berkelayakan tidak dipinggirkan dalam mendapat peluang pekerjaan di sektor awam," katanya pada sidang media penyerahan borang berkenaan kepada beberapa persatuan OKU, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Meme Zainal Rashid dan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yuswan Yunus.

Faizah berkata, melalui maklumat yang diperoleh daripada borang berkenaan, JKM dapat mengenal pasti jumlah OKU yang mempunyai kelayakan dan akan diberi khidmat nasihat mengenai jenis pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan serta jenis kecacatan yang dialami.

"Bagaimanapun, tindakan untuk menempatkan OKU mengikut kelayakan dan jenis pekerjaan yang diminati bergantung kepada SPA dan kekosongan di sesebuah organisasi.

"Kita di JKM cuma membantu memudahkan urusan OKU untuk memohon pekerjaan selain memberi cadangan supaya mempertimbangkan permohonan mereka," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod SPA, pembabitan OKU secara keseluruhan dalam perkhidmatan awam sehingga April 2008 hanya 0.22 peratus atau 581 OKU selain 1.77 peratus atau 92 OKU daripada 5,179 orang yang berkhidmat di JKM.

Beliau berkata, bilangan kakitangan OKU di JKM sudah melebihi peratus yang ditetapkan dan pihaknya kini mensasarkan peratusan itu dalam perkhidmatan awam lain dalam tempoh terdekat.

Katanya, borang itu yang antara lain memerlukan OKU mengisi maklumat peribadi, kelayakan akademik dan pengalaman kerja boleh didapati pada laman web kementerian dan agensi berkaitan seperti JKM, Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

"OKU juga boleh mendapatkan borang berkenaan di pejabat JKM negeri dan daerah, LPPKN negeri, klinik LPPKN dan di suruhanjaya terbabit iaitu di SPA, SPP, JPA, dan JTK," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bantuan Haiwan untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Tua, Anthony Siva Balan Thanasayan, berkata usaha itu adalah langkah baik untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan terutama dalam sektor awam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

diharap pada OKU - boleh la dapat kan borang ini dan isikan maklumat
terperinci - dan dengan inimereka juga mendapat peluang dalam
mencari kerjadan bukan tu saja - kemudahan2 asas juga dapat
diberikan di tempat kerja tu.. --   juga ini sebagai satu galakan pada
disabled untuk lebih bersemangat dan berusaha untuk berjaya -
kerana peluang untuk mereka memang terbuka -- dan dengan adanya
bantuan dari kementerian pembangunan ini - semogagolongan OKU
tidak rasa terpencil -

Gemukkkkkkk Publish time 30-6-2008 09:27 AM

Originally posted by Redz-XacK at 12-5-2008 08:23 AM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
http://img247.imageshack.us/img247/5043/image1vl0.jpg
Source : The Sun / 12 May 2008


---------------------------------------------------------------------------------------- ...
.
.
2 minggu lepas, aku tengok sendiri bagaimana kemudahan video call ni amat berguna kepada golongan OKU.seronok tengok diorang berkomunikasi.ceria, kecoh dan gembira sangat diorang dibuatnya.jadi aku terfikir, kemudahan yang ada sekarang ni, kenapa nak denykan golongan OKU untuk menikmatinya?

aku harap kerajaan dan syarikat khidmat telefon dapat sediakan pakej video call khas untuk golongan OKU yang mana subsidinya ditanggung oleh rakyat dan syarikat khidmat telefon (jalankanlah tanggungjawab sosi.al korporat anda).

halize Publish time 30-6-2008 10:39 AM

http://jcs.mohr.gov.my/oku/signon.jsp

ni link utk oku yg nak cari kerje....insyaAllah boleh bantu..
majikan sekarang dah lebih terbuka kpd golongan oku sbb dah didedahkan dlm karnival2 yg jtk
anjurkan....

dexa Publish time 13-7-2008 10:55 PM

OKU perlu banyak latihan kemahiran

LAHAD DATU 12 Julai - Kerajaan Sabah meminta semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan menyediakan latihan kemahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU).Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, golongan OKU perlu diberi latihan kemahiran yang bersesuaian bagi membolehkan mereka turut merebut peluang pekerjaan.

Menurut beliau, kerajaan hari ini berhasrat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada OKU dan sewajarnya pada masa sama mereka menyiapkan diri bagi menyakinkan para majikan.

''Saya berharap kerjasama yang terjalin antara kerajaan dan NGO dalam menyediakan kemudahan latihan kemahiran akan menyerikan lagi hidup mereka yang amat memerlukan sokongan daripada semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2008 peringkat negeri Dewan Masyarakat Tun Mustapha di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datin Asnimar Sukardi dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Ithong Terang.

Azizah berkata, dalam era globalisasi hari ini, permintaan terhadap kebajikan semakin berubah selaras dengan peningkatan standard kehidupan dan pengetahuan masyarakat serta populasi.

Katanya, nasib golongan OKU juga semakin mendapat pembelaan terutama melalui pelaksanaan program dan bantuan kebajikan yang disediakan untuk golongan tersebut.

''Sebelum ini banyak pengumuman telah dibuat oleh kerajaan berhubung kenaikan elaun dan kouta pekerjaan sebanyak satu peratus untuk diisi oleh golongan berkenaan. Kuota ini bermakna terdapat lebih 10,000 peluang jawatan untuk diisi oleh OKU di seluruh negara.

''Usaha tersebut membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan sebaliknya begitu prihatin dengan kebajikan OKU agar mereka mendapat peluang sama rata seperti masyarakat normal," katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

announced bagi kuota tak sama implemented it... yang kita nak biarlah
kata2 tu dikotakan... kerana yang pasti masih ada lagi ramai golongan
disabled yang dipinggirkan terutama dari private sector dalam mendapat
pekerjaan...   not to mention kemudahan asas yang very minimum yang
disediakan...

kalau di negara asing, bukan saje parking pada disabled A(yang ni memang
banyak di malaysia now)tapi untuk line up - queueetc di bank2 or grocery
stores pun ada kemudahan pada mereka juga -

banyakkan latihan2 kemahiran yang specific pada disabled would be very
helpful..such as dalam bidang handycraft, or even in technical stuff i.e
in automotive, computer as well as in engineeringindustries

Redz-XacK Publish time 6-8-2008 08:45 AM

Cacat bukan penghalang kejayaan OKU

Cacat bukan penghalang kejayaan OKU

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kecacatan tidak menghalang seorang bekas pesakit polio untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ng Sheau Lan, 41, yang mengikuti kursus ekonomi secara separuh masa di Universiti Malaya (UMa) berjaya memperoleh Ijazah Sarjana kelas pertama dengan keputusan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.74 mata.

Dia menghidap polio ketika berusia 11 bulan dan bertukar daripada seorang kanak-kanak yang sihat kepada orang kurang upaya (OKU) apabila kakinya menjadi cacat dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Namun begitu, kecacatan itu tidak menghalang Sheau Lan melanjutkan pelajaran walaupun sering dipandang rendah oleh orang ramai.

''Saya tidak menafikan menghadapi pelbagai masalah selama ini. Namun, ia tidak halang saya untuk mengambil kursus kegemaran iaitu ekonomi walaupun dengan keadaan anggota badan yang kurang upaya,'' katanya ketika ditemui selepas menerima Ijazah Sarjana Ekonomi pada majlis Konvokesyen UM di sini hari ini.

Ijazah tersebut disampaikan oleh Tuanku Pro-Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum ini, Sheau Lan berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosiol dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menerima anugerah pelajar cemerlang pada ketika itu.

Beliau yang kini bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat pembangunan perisian di Puchong berkata, kecacatan bukan halangan untuk mendapat pekerjaan asalkan seseorang itu mempunyai kemahiran tertentu.

Sementara itu bagi Mohd. Arshad Maidin, 30, yang mengalami kecacatan penglihatan sehingga menyekatnya untuk membaca, namun ia tidak menghalang beliau untuk memperoleh ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) yang diidamkannya selama ini.

Mohd. Arshad yang kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas di Kota Tinggi, Johor berkata, peluang untuk berjaya ada pada setiap insan tanpa mengira keadaan fizikal mereka.

"Saya selalu mengingatkan anak murid saya bahawa kejayaan itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai semangat yang tidak berputus asa.

"Orang kurang upaya (OKU) seperti saya juga tidak boleh bersikap terlalu rendah diri kerana ia akan menjejaskan perjuangan untuk mencapai kejayaan,'' katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah juga saya ucapkan kepada Ng Sheau Lan dan Mohd. Arshad Maidin yang berjaya dlm misi perjuangan ilmu. Saya begitu bangga dengan kejayaan warga-warga OKU yang begitu cemerlang dlm pelbagai bidang. Semoga warga OKU diinspirasikan dengan kejayaan mereka dlm berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Redz-XacK Publish time 6-8-2008 08:46 AM

Cacat bukan penghalang kejayaan OKU

Cacat bukan penghalang kejayaan OKU

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Kecacatan tidak menghalang seorang bekas pesakit polio untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Ng Sheau Lan, 41, yang mengikuti kursus ekonomi secara separuh masa di Universiti Malaya (UMa) berjaya memperoleh Ijazah Sarjana kelas pertama dengan keputusan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.74 mata.

Dia menghidap polio ketika berusia 11 bulan dan bertukar daripada seorang kanak-kanak yang sihat kepada orang kurang upaya (OKU) apabila kakinya menjadi cacat dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak.

Namun begitu, kecacatan itu tidak menghalang Sheau Lan melanjutkan pelajaran walaupun sering dipandang rendah oleh orang ramai.

''Saya tidak menafikan menghadapi pelbagai masalah selama ini. Namun, ia tidak halang saya untuk mengambil kursus kegemaran iaitu ekonomi walaupun dengan keadaan anggota badan yang kurang upaya,'' katanya ketika ditemui selepas menerima Ijazah Sarjana Ekonomi pada majlis Konvokesyen UM di sini hari ini.

Ijazah tersebut disampaikan oleh Tuanku Pro-Canselor UM, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum ini, Sheau Lan berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Sosiol dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menerima anugerah pelajar cemerlang pada ketika itu.

Beliau yang kini bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat pembangunan perisian di Puchong berkata, kecacatan bukan halangan untuk mendapat pekerjaan asalkan seseorang itu mempunyai kemahiran tertentu.

Sementara itu bagi Mohd. Arshad Maidin, 30, yang mengalami kecacatan penglihatan sehingga menyekatnya untuk membaca, namun ia tidak menghalang beliau untuk memperoleh ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia) yang diidamkannya selama ini.

Mohd. Arshad yang kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas di Kota Tinggi, Johor berkata, peluang untuk berjaya ada pada setiap insan tanpa mengira keadaan fizikal mereka.

"Saya selalu mengingatkan anak murid saya bahawa kejayaan itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja asalkan mereka mempunyai semangat yang tidak berputus asa.

"Orang kurang upaya (OKU) seperti saya juga tidak boleh bersikap terlalu rendah diri kerana ia akan menjejaskan perjuangan untuk mencapai kejayaan,'' katanya.

dexa Publish time 9-8-2008 08:55 PM

- a great article to share -

Disabled Helping The Disabled To Lead A Meaningful Life

By Menaga Selvadurai

KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- There are many organisations in Malaysia to assist the disabled but the Damai Disabled Persons Association of Selangor and Federal Territory (www.damai.org.my) is unique because it is the case of the disabled helping the disabled.

Damai strives to bring the disabled back into the society and don't want them to be seen as a burden to anyone including their own families.

The association set up in 1998 by three disabled persons, V.Murugeswaran, 39, M.Manoharan, 54, and Anthony Arokia, 57, has benefited more than 1,000 disabled persons in Malaysia through its activities. "With the help of the disabled, about 300 disabled people who lacked self confidence and harboured negative outlook in life have been transformed into independent and confident souls.

"Many of the disabled feel that they are leading a meaningless life. Thus the three of us wanted to serve as an example for our counterparts in leading a productive life," added the president, Murugeswaran, who is paralysed below waist.

DAMAI'S SERVICES

In helping the disabled, the association that operates from a house in Petaling Jaya has rolled out a number of programmes especially in enhancing their mobility.

Murugeswaran states that the organisation takes seriously matters concerning mobility for the disabled because it is a serious impediment in leading a meaningful life.

"Due to the lack of mobility many don't want to go to work and often end up confined at home. Even if they want to move about, they may have to seek the assistance of others.

That is why Damai has introduced driving classes using vehicles modified to suit the disabled people.

"While the current rise in fuel prices and inflationary pressure have encouraged the use public transport, but how are we going to use them when they are so unfriendly to us.

"If we are to get into a taxi, we have to pay extra to load the wheelchair into the boot and most of the time taxis would not bother to stop and we can't use bus or LRT which is not disabled friendly," added Murugeswaran.

He said, Damai also offers wheelchair repair services for its members, the public and hospitals, and they would only be charged for the spare parts.

"We also help provide job placement for the disabled in private companies. The companies will contact our association when vacancy arises and we will propose a registered member based on their suitability," he added.

Other than that Damai is also working to ensure the disabled are not left out from the developments in cyberspace. Thus it is organising free computer classes twice a week to expose them to the basics of computer.

Murugesan revealed that Damai has donated wheelchairs to more than 250 disabled who could not afford to buy one and helped the disabled to register with the Welfare Department.

Damai has churned out three national athletes, Tanggaraju and Valli who represented Malaysian during Fespic/Asian Paralympic Games in wheelchair tennis with Tanggaraju delivering the bronze medal. The other athlete S.Krishnan will represent the nation during the coming Paralympics.

MEMBER'S TESTIMONY

Meanwhile, Manoharan who is also the co-founder and vice president of the association recalled how he learned to rebuild his life through the organisation and the inspiration he parted with his counterparts.

"One should not lose hope because of disability and should be more open and be willing to help others in the same predicament," said the former waterworks department employee who lost the ability to walk after falling from the roof while doing plumbing works.

A member S. Krishnan, who only has one leg, said by joining the organisation he ventured into sports and learned how to repair wheelchairs.

While another member K. Loganathan, 27, who lost his walking ability following an operation when he was 5 years old, has been a member of the organisation since the last six years and works as the clerk for the organisation.

"Prior to joining this organisation I hardly leave home, I don't even know how to get into a taxi. Now I have learned to live on my own without the need to trouble anyone," added Loganathan.

Another member Abdul Razak Mohd Kassim, 44, who joined the association several months ago now serves as a driving instructor and is working on a guide book to enhance the services of the association.

Abdul Razak is confined to the wheelchair.

Siti Fatimah Badrun, 25, now drives and owns a car and is highly confident of herself.

"I now, with new found self-confidence and independence, find that disability poses no hindrance," said this gusty women who is also wheelchair bound.

Damai Association now has more than 120 registered members from all races and is actively involved in various programmes.

Damai Association hopes that the government, public and the private sector would provide full support for its activities for the benefit of the disabled persons. Damai can be contacted at 03-77823603 or info@damai.org.my.

-- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

what a beautiful people they are -- eventhough they are not as lucky as us
in the sense of normal life etc -- but in more so than othersthey are luckier
to have such a caring heart and humble attitude - and that's so rewarding
regardless their disabilities -

perhaps - lots of inner strength we can learn from them - how they can
be such a helping people without feeling low self esteem - and in fact
are very brave and great self confidence -

hopefully this DAMAI services will help more individuals with this great
character that can reach out many disabled towards them in such a positive
attitude and high self esteem and confidence and lead a more meaningful
life -

dexa Publish time 23-10-2008 06:30 AM

Sut robotik OKU

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1023/Kosmo/Infiniti/in_07.1.jpg
SUT robotik ini dinamakan HAL.


NAMPAKNYA semakin banyak usaha untuk menghasilkan produk-produk yang mampu menjaga kemaslahatan orang kurang upaya (OKU) dihasilkan.

Terbaru, syarikat Cyberdyne Jepun memperkenalkan sejenis sut robotik yang dinamakan HAL atau singkatan kepada hybrid assistive limb (anggota sokongan hibrid).

Beberapa model telah mendemonstrasikan penggunaannya dalan satu sidang media di Tsukuba, Jepun.

HAL yang dapat membantu masalah mobiliti itu boleh membaca signal otak. Produk tersebut sedia untuk disewa di Jepun pada harga AS$2,200 (RM7,747) sebulan bagi kedua-dua kaki dan AS$1,500 (RM5,282) bagi sebelah kaki.

*************************************************************************************

ah.. bagus betul product2 begini yang mana memudahkan pada disabled untuk
bergerak.. - dan beri sokongan... tapi ya allah, mahalnya pulak..
kalau yang berkemampuan memang boleh beli.. pada yang ada MS memang boleh
guna HAL for mobility especially untuk kaki tu --jepun punya technology ni
memang bagus dan boleh menolong ramai disabled -

dexa Publish time 10-11-2008 06:07 AM

Bentuk kerja OKU dikaji semula
Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1110/Kosmo/Negara/ne_13.1.jpg
AFZAM MUSTAFA (kiri) dan Faiq Adnan, juara qariah dan
qari pada Karnival Tilawah Kebangsaan di ILIM, Bangi semalam.

BANGI - Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) merayu pihak kerajaan supaya menimbang dan mengkaji semula bentuk kerja untuk golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Ia bagi memastikan kuota satu peratus kakitangan perkhidmatan awam daripada kalangan OKU yang masih belum dipenuhi ketika ini dapat dicapai.

Yang Dipertua Pertis, Mohamed Ismail berkata, masih terdapat ramai golongan OKU sebenarnya tidak diberi peluang itu biarpun mereka mempunyai kelulusan, sekali gus menjadi punca mengapa kuota tersebut masih belum dipenuhi.

"Kita rayu kerajaan timbang dan kaji semula kerja untuk OKU, contohnya pengendali lif dan pengutip tol boleh diberikan kepada OKU yang menghadapi masalah pendengaran dan kabur penglihatan.

"Kegagalan memenuhi kuota satu peratus ini jugalah mungkin menjadi punca berlakunya masalah golongan OKU yang menjadi pengemis," katanya selepas Majlis Penutup Karnival Tilawah Kebangsaan OKU Penglihatan 2008 anjuran Pertis di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini semalam.

Sementara itu, johan kategori qari dalam Karnival Tilawah Kebangsaan OKU Penglihatan 2008 itu dimenangi oleh Faiq Adnan, 18, yang mewakili Kuala Lumpur manakala kategori qariah diungguli, Afzam Mustafa, 28, yang mewakili Terengganu.


******************************************************************************************

dalam mana2 agensi kerajaan atau swasta pun, memang ada dan banyak kerja2
yang sesuai untuk disabled ni --- cuma yang jadi masalah bukan qualification
(sebab ramai dah disabled people yang qualified in fact some lebih bagus
dari normal people) tapipeluang tu... peluang yang tidak diberi; dan employers
yang discriminate (memang ada yang ni)... diharap dengan campurtangan kerajaan
dapat kurangkan masalah penempatan kerja untuk golongan ini -sebagai contoh
mengadakan kuota tertentu yang membolehkan OKU ini.. mendapat peluang
yang sama seperti orang lain juga.. dan disediakan kemudahan asas pada mereka -

dexa Publish time 14-12-2008 12:35 PM

Kudung tapi cemerlang
Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1214/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
CHEE WAH yang memakai kaki palsu menunjukkan lencana kecemerlangan
pada Konvokesyen Universiti Limkokwing di Cyberjaya semalam.


CYBERJAYA - Walaupun kurang selesa kerana menggunakan kaki palsu untuk bergerak, namun ia tidak menjadi halangan kepada Chaw Chee Wah, 22, untuk meraih Anugerah Kecemerlangan Industri pada Majlis Konvokesyen Kali Kelima, Universiti Limkokwing di sini semalam.

Beliau yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Profesional (Kepujian) menerima anugerah tersebut kerana kecemerlangannya melaksanakan kempen pengiklanan ketika membuat latihan industri di Nestle Malaysia.

"Memang sedih kerana kudung kedua-dua belah kaki pada paras lutut ke bawah ketika umur 17 tahun kerana kemalangan jalan raya.

"Paling menyedihkan apabila saya minta kerja sementara menunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), semua tak mahu ambil kerana saya pakai kaki palsu.

"Tapi syukurlah ketika di kampus ramai kawan sekuliah yang memberi sokongan dan tampil membantu," katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Justeru, Chee Wah yang kini menjawat jawatan Eksekutif Pengiklanan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur sedar melalui pendidikan tinggi sahajalah dapat mengubah nasibnya.


**********************************************************************************

tahniah pada chee wah.. walaupun disabled - tapi lebih berjaya dari orang yang cukup segala
berkat sikap tabah dan determination -
insya'allah boleh jadi satu motivasi pada kita semua -

Redz-XacK Publish time 14-12-2008 01:39 PM

syukur.. alhamdulillah.... i'm feel motivated when there is more visionary disability student create stunning inspiration in order to achieve bright future by successful education ...congratulation to Chaw Chee Wah ...hopeful there is more successful OKU citizien to come ...:)

[ Last edited byRedz-XacK at 14-12-2008 01:41 PM ]

dexa Publish time 11-1-2009 09:50 AM

20 tahun gigih ajar tulisan braille
Oleh Wan Kemat

http://www.bharian.com.my/Sunday/Nasional/20090111084031/mainpix1.jpg
HASSAN (kiri) mengajar braille kepada dua pelatih
di Pusat Latihan Harian Orang Buta Taman Harapan, Temerloh.

TEMERLOH: Kegigihan serta semangat kental seorang guru orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan Hassan Amah, 50, mengajar tulisan braille kepada pelatih senasib dengannya di Pusat Latihan Harian Orang Buta Taman Harapan, dekat sini sejak 20 tahun lalu, amat dikagumi.

Hassan yang berasal dari Terengganu berupaya meningkatkan pengetahuan dalam bidang tulisan braille bagi memudahkannya melaksanakan pengajaran supaya lebih bersistematik.

Katanya, mengajar braille selama 20 tahun bukanlah perkara mudah kerana terpaksa menghadapi pelbagai cabaran serta masalah terutama dari kalangan pelatih.

揔emahiran menulis menggunakan mesin braille memerlukan kecekapan kerana tulisan berkenaan jauh berbeza dengan huruf yang sering digunakan dalam penulisan seharian.

揚elatih memerlukan masa yang panjang untuk menguasai kemahiran menggunakan mesin braille sebelum dapat menulis dengan lancar.

揙leh itu, latihan yang bersistematik perlu dijalankan agar pelatih tidak berasa jemu serta bosan ketika menghadapi pengajaran dalam bilik darjah,

Redz-XacK Publish time 16-1-2009 09:59 AM

Valerie belajar bahasa Arab sebelum kenali Islam

Susunan ZUARIDA MOHYIN


HIJRAH akidah Islamiah Valerie Wright pada hakikatnya telah bermula lebih awal sebelum beliau sendiri menyedarinya. Dilahirkan dengan masalah pendengaran yang teruk dan cuma disedari ibunya sewaktu dia berusia empat tahun. Semenjak itu, Valerie menerima alat bantuan pendengaran dan memulakan persekolahan khas untuk kanak-kanak pekak yang dicampurkan dengan kanak-kanak normal.

Ikuti kisahnya yang dikongsi menerusi laman web IslamOnline.net bagaimana Islam hadir dalam kamus hidupnya serta beberapa pengalaman rohaniah yang dikira pelik dan unik.

"Pada peringkat awal persekolahan, saya diletakkan sekelas dengan kanak-kanak pekak namun kemudiannya dimasukkan ke kelas kanak-kanak normal. Di situ, saya dibantu menyesuaikan diri oleh seorang guru. Saya terasa seperti di rumah sedangkan tanpa saya sedari perancangan pihak sekolah untuk menukarkan saya ke sekolah awam aliran utama.

"Sebaik berada di sekolah tersebut, saya menghadapi kesukaran menyesuaikan diri, apatah lagi kekerapan saya berpindah rumah menambah burukkan keadaan. Akhirnya, di kelas pertengahan, saya berjaya temui kestabilan.

"Saya tinggal di sebuah pekan kecil di Texas, Amerika Syarikat yang dipanggil Wylie. Pada usia kira-kira 12 tahun, saya mempunyai seorang guru Bahasa Inggeris yang begitu istimewa. Dia berasal dari Turki.

"Guru itu datang ke pekan kami melalui program pertukaran. Sungguhpun dia tidak pernah bercerita tentang agama dalam kelas kami namun mengenalinya sudah mencukupi. Dia memperkenalkan kami dengan projek rakan pena dengan pelajar dari Turki.

"Nama rakan pena saya ialah Yasemin. Sehingga kini, saya masih menyimpan kad yang dihantar kepada saya. Di atas kad itu tergambar lukisan masjid dan gereja sebelah-menyebelah. Signifikan daripadanya tidak jelas pada saya ketika itu tetapi ia adalah satu daripada banyak petanda yang Allah telah memilih saya untuk menerima hidayah-Nya.

"Ditambah pula, pada saat itu saya terlalu ingin hampir dengan Tuhan, mengakui-Nya dan menerima kasih sayang daripada-Nya. Saya mula melibatkan diri secara serius di gereja milik datuk saya. Datuk dan adik-beradiknya yang lain dibesarkan sebagai Pentekosta (Christianity) dan bapa datuk dan abangnya adalah paderi.

"Setiap tengah hari sebaik balik dari sekolah saya akan bermain piano. Saya bermain untuk Tuhan dan demi mencari kedamaian diri. Pernah suatu ketika, ketika asyik memainkan piano, saya terasa seperti Tuhan hadir dalam bilik kecil itu, saya terhenti menyanyi dan jari jemari saya kaku seketika. Saya mula menggigil dan terpaku kaku. Kemudian, naluri saya seakan menyuruh saya berpaling daripada piano dan meniarap.

"Saya mengakui saya tidak mungkin menjadi sempurna tetapi perasaan saya masih tidak tenteram. Kesunyian dan gementar menyelubungi jiwa ini. Saya hanya berharap agar Tuhan menjadikan saya istimewa dan mengabdikan diri kepada-Nya. Beberapa minit kemudian, barulah saya mampu menarik nafas panjang, berdiri dan meneruskan aktiviti seperti biasa," ceritanya.

Keanehan

Satu lagi keanehan yang dialami iaitu di mana ibu bapa dan murid-murid berkumpul pada majlis penyampaian hadiah akademik di sekolah. Selepas habis acara, ibu memberitahu bahawa ada seorang perempuan tua yang tidak dikenalinya menghampirinya sewaktu saya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah.

Kata ibu, perempuan tua itu memberitahu bahawa sebaik sahaja dia melihat saya, dia mengetahui bahawa Tuhan mempunyai perancangan untuk saya. Sejak itu, saya selalu terfikir apakah mungkin perancangan-Nya untuk saya.

";Pada masa yang sama, saya tertekan dengan banyak sangat larangan di Gereja Pentekosta. Saya tidak berapa memahami begitu jelas tujuan mereka. Saya juga sedikit keliru dengan apa yang terdapat di Injil dan apabila diminta penjelasan, selalu mengecewakan. Malah persoalan yang diujarkan itu sentiasa dibantah. Maka ibu dan saya bertukar ke gereja lain.

"Sekali lagi dalam dua majlis, ibu dihampiri dua orang yang tidak dikenali memberitahu perkara yang sama seperti perempuan tua tadi.

"Saya masih ingat di mana saya meminta untuk bersemuka dengan paderi untuk membincangkan sesuatu. Salah satu soalan saya ialah, "Adakah saya akan ke syurga. Paderi itu bertanya: "Adakah saya mempercayai Nabi Isa? Saya menjawab: Ya. "Jadi anda akan ke syurga," jawabnya.

Jauh di sudut hati saya saya tidak berpuas hati dengan jawapannya. Saya meraguinya. Musim panas kembali lagi dan saya mengikuti perkhemahan gereja, di mana dua insiden penting berlaku.

Pertama, seorang paderi menyuruh kami yang berharap untuk lebih hampir dengan Tuhan agar ke hadapan. Kerana katanya dia akan membantu mendoakan bagi pihak kami. Maka saya adalah salah seorang daripada mereka itu. Lantas paderi itu, meletakkan tapak tangannya di atas ubun-ubun kepala kami seorang demi seorang sambil membuat rayuan. Tiba-tiba sesuatu yang ganjil berlaku. Semua daripada kami jatuh seperti sebuah domino. Paderi itu datang kepada saya dan menepuk ubun kepala saya dan menolak saya sedikit. Sebahagian daripada kami sahaja yang mampu berdiri semula. Perkara pelik ini benar-benar membingungkan.

Selain itu, semasa kami mendengar ceramah penuh emosi daripada seorang paderi tiba-tiba dia datang ke hadapan saya dan memanggil nama saya lalu memberitahu bahawa Tuhan mahu memulihkan pendengaran saya. Lantas, dia meletakkan tangannya di telinga saya sambil berdoa. Tidak ada apa yang berlaku dan saya rasa sungguh malu.

Pada keesokannya, seorang pelajar bertanya adakah kemungkinan Nabi Isa tidak menjawab doa kita. Katanya: "Tuhan menjawab segala doa. Tetapi ada ketikanya kita tidak mempunyai kepercayaan yang mencukupi untuk menerimanya," sambungnya. Ibu saya dan saya begitu berduka cita dan kami meninggalkan gereja itu pula.

"Saya hanyut seketika dengan tidak menghadiri mana-mana aktiviti gereja. Saya rasa seperti kehilangan dan terus jatuh. Walau bagaimanapun, saya silap.

Pada usia 15 tahun, saya tinggal dengan bapa selama lebih kurang dua setengah tahun lamanya. Sepanjang tinggal dengan bapa saya terlibat pula dengan Gereja Methodist. Kadang kala saya mengikuti ibu tiri ke Gereja Baptist.

"Setiap kali berada di kedua-dua gereja ini saya merasakan sesuatu kehilangan walaupun semua orang di situ menerima saya. Saya selalu merasakan tidak ada keserasian di situ. Pun begitu, tidak terlintas untuk mencari ke dalam agama lain.

"Apabila saya mencecah 17 tahun, saya bermimpi berdiri bersebelahan dengan rimbunan pohon hijau yang berdaun kecil serta berbunga kuning. Saya melihat bidadari mengambil sejambak bunga-bungaan itu dan memberikannya kepada saya. Bunga itu bersinar. Kemudian, bidadari itu membawa saya terbang ke satu tempat yang istimewa.

"Di situ, terdapat ramai orang dewasa dan kanak-kanak, mereka dalam keadaan gembira. Mereka keluar apabila kami (saya dan bidadari) masuk ke dalam demi memberi kami privasi. Seorang tua yang muncul dalam mimpi saya itu memberitahu bahawa saya perlu terlebih dahulu membuat perubahan di dalam hidup. Kata-katanya begitu menakutkan memandangkan tidak mengetahui kemampuan dan kekuatan diri.

Bidadari

Saya berpaling kepada bidadari tadi lalu berkata: "Saya tidak tahu adakah saya mampu melakukannya". Bidadari terus mengangkat dan mencampakkan saya ke udara dan di situlah mimpi saya berakhir.

Menghampiri hari terakhir persekolahan, saya menghadiri majlis perpisahan seorang teman warga asing yang mengikuti program pertukaran pelajar. Seorang ibu kepada kenalan saya memberitahu apabila anak perempuannya bercerita tentang saya dia sudah dapat merasai bahawa Tuhan sudah perancangan-Nya untuk saya.

Masa berlalu dan saya hampir menamatkan pengajian sekolah tinggi. Pada ketika itulah saya bertemu dengan beberapa Muslim dan mempunyai hubungan begitu rapat dengan mereka. Sejak itu saya mula berminat mengetahui tentang agama dan bahasa mereka.

Satu-satunya kelas yang dirasakan sesuai dengan jadual harian saya ialah yang dibuat di sebuah masjid tempatan. Jadi saya ke sana. Saya tidak mempelajari tentang bahasa Arab tetapi seorang rakan wanita di situ mengajar saya tentang agama Islam. Mereka menyediakan saya dengan jawapan yang begitu ringkas dan amat logikal. Akhirnya, saya mengakui bahawa Islam adalah agama yang saya cari-cari selama ini.

Jadi pada ulang tahun kelahiran yang ke 19 saya secara sah melakukan syahadah. Sebaik mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah saya melonjak gembira dan serasa seakan saya terbang di udara.

Setelah bergelar Muslim, saya rasa lebih aman dan tenang. Papa peringkat permulaannya, keluarga agak kecewa dengan keputusan saya namun kasih sayang mereka tidak pernah surut. Ada di antara mereka sudah mula memahami tentang agama Islam, sekali gus menerima pilihan saya itu. Syukur kepada Allah SWT.

Sumber : Bicara Agama : UTUSAN MALAYSIA @15.1.2009

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam forumers,

Kisah hidup Valerie sedikit sebanyak ada persamaan dengan hidup saya dari segi pendidikan sekolah rendah dan menengah di dalam serba kekurangan, iaitu menimba ilmu dengan kecacatan pendengaran yg dihadapi. Tapi perkara paling utama, kegigihan Valerie dalam mencari kebenaran di sebalik kehidupan terutamanya kebenaran agama yg di cari2.... akhirnya ditemui oleh Valerie... walaupun beliau cacat pendengaran, tapi saya kagum dengan semangat beliau mencari hidayah yang paling besar dalam hidup beliau .... Ini kan saya dah lama memeluk agama Islam yang unggul masih mencari hidayah dr-Nya yang diharapkan selama ini ... Semoga hidup Valerie terus bersinar di sebalik keindahan Islam ....:)

[ Last edited byRedz-XacK at 16-1-2009 10:02 AM ]

dexa Publish time 18-2-2009 06:15 AM

MPAJ tambah kemudahan OKU

AMPANG 17 Feb.

dexa Publish time 14-4-2009 06:02 AM

Kemudahan awam mesra OKU

Oleh YANG CHIN MEE


http://www.utusan.com.my/pix/2009/0414/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_15.1.jpg
MOHAMMED Hanif Omar (tiga dari kiri) menerima buah tangan
daripada orang kurang upaya, Nurul Ain Abdul Rashid pada Majlis
Perasmian Pembukaan Kelab Kecergasan Ampang Jaya khas untuk
golongan orang kurang upaya sambil disaksikan Ong Tee Keat
(kanan) di Ampang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Kementerian Pengangkutan menggesa pengusaha pengangkutan awam supaya menyediakan kemudahan awam yang lebih mesra golongan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau mendapati kebanyakan pengusaha tidak memandang serius keperluan itu dan usaha penambahbaikan harus disegerakan.

"Pengusaha-pengusaha telah berjaya menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan orang awam, tetapi malangnya kebanyakannya tidak mengambil kira keperluan golongan OKU.

"Seperti sedia maklum, perkhidmatan pengangkutan awam masih dikuasai pelbagai agensi dan kementerian.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan pengusaha-pengusaha terbabit mempercepatkan proses penambahbaikan kemudahan mesra OKU ini bagi mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Vokasional Kelab Kecemerlangan Ampang Jaya (KKAJ) khas untuk OKU dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Resorts World Bhd. (RWB), Tun Mohammed Hanif Omar; Pengarah Eksekutif RWB, Tan Sri Alwi Jantan; Presiden KKAJ, Kapten K. Bala dan Setiausaha KKAJ, Md. Rodzi Saad.

Menurut Tee Keat, beliau telah mengarahkan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) supaya mengambil kira semua aspek penting dalam menyediakan kemudahan mesra OKU misalnya dari segi reka reka bentuk yang meliputi ruang antara gerabak kereta api dan platform.

"Kita sedar ia satu cabaran kepada pengusaha memenuhi spesifikasi yang diperlukan OKU lebih-lebih lagi kebanyakan stesen dibina oleh pemaju yang berlainan.

"Bagaimanapun, kita akan tingkatkan pemantauan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam sama ada di bawah kuasa tadbir demi tujuan menaikkan taraf kemudahan yang lebih mesra OKU," katanya.

****************************************************************************************

bagus kalau KTMB buat satu coach yang khas untuk disabled -
memudahkan mereka pergi sana sini dalam tu dan bigger washroom
dan tempat duduk yg sesuai untuk mereka (terutama yang dalam
wheelchair) -

dexa Publish time 14-4-2009 06:03 AM

Pusat Vokasional khas bantu OKU berdikari

KUALA LUMPUR 13 April - Resorts World Berhad (RWB) dengan kerjasama Kelab Kecergasan Ampang Jaya (KKAJ) telah menubuhkan sebuah Pusat Vokasional khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Pusat itu menawarkan latihan kemahiran hidup kepada OKU bagi membantu mereka berdikari.

Timbalan Pengerusinya, Tun Mohammed Hanif Omar berkata, golongan OKU seharusnya diberi peluang sama rata untuk meningkatkan pendapatan untuk diri sendiri.

Kata beliau, golongan OKU sering dianggap beban kepada masyarakat dan tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk mempelajari sesuatu kemahiran, apatah lagi meningkatkan kemampuan diri.

"Seandainya kita mengambil langkah pertama untuk membantu golongan ini serta membekalkan pembelajaran dan kemahiran yang relevan, sudah tentu mereka dapat berdikari dan berupaya menjaga diri sendiri.

"Berbekalkan latihan vokasional seumpama ini, mereka bukan sahaja dapat membiayai diri sendiri, malah juga dapat menyara ahli keluarga lain melalui kemahiran yang dipelajari," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Vokasional KKAJ untuk OKU dekat sini hari ini.

Peserta program latihan vokasional itu akan menerima elaun RM200 sebulan untuk membiayai kos perbelanjaan makanan dan pengangkutan.

Barangan yang dihasilkan seperti buku nota, makanan ringan dan sebagainya akan diedarkan kepada rangkaian perniagaan yang telah dikenalpasti untuk dijual.

Sebahagian hasil jualan akan dikongsi bersama, manakala yang selebihnya akan disalurkan kembali untuk membiayai kos pelaksanaan program tersebut.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pusat tersebut boleh menghubungi Md. Rodzi Saad di talian 019-6648443.

Sementara itu, Tee Keat berkata, berbanding dengan bantuan kebajikan dari segi kewangan, golongan OKU sebenarnya lebih memerlukan peluang daya saing yang sama rata dengan manusia biasa.

"Kita seharusnya memastikan bahawa mereka diberi peluang untuk mendapatkan latihan yang sewajarnya serta membekalkan peluang berdaya saing yang sama rata kepada mereka. Ini lebih bermakna," katanya.

journey7148 Publish time 14-4-2009 06:34 AM

thx...good info

dexa Publish time 14-4-2009 07:02 AM

13 April, 2009

'Petak' Parkir Ini Untuk Orang Cacat

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 April(Bernama) -- Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan pengalaman seorang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda ketika berkunjung ke sebuah bank di Subang Jaya dekat sini.

Menurut laporan itu OKU berkenaan terpaksa menunggu selama 45 minit di luar bank sebelum mendapat bantuan kerana tiada kemudahan bagi orang berkerusi roda untuk memasuki premis itu.

"Tak payah pergi bank lah, minta saja isteri tolong," kata seorang rakan kepada penulis bila diceritakan kepadanya mengenai insiden itu.

"Sejauh mana berkesannya Akta Orang Kurang Upaya 2008"? tanya pendidik Fatimah Mansur.

Baginya walaupun Akta Orang Kurang Upaya berkuatkuasa Julai tahun lepas, undang-undang ini belum dapat mencerminkan sama ada ia efektif untuk melindungi hak OKU di negara ini.

Kata Fatimah: "Adakah adil bagi orang kurang upaya bila tempat parkir yang dikhaskan untuk mereka pun disalahguna. Adakah ini sikap lepas tangan orang ramai?"

Tinjauan di beberapa tempat awam mendapati pandangan pendidik ini benar.

Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Buloh, terdapat tiga petak parkir untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain.

Keadaan yang sama juga kerap berlaku di beberapa kompleks membeli belah di ibukota di mana petak parkir untuk OKU dipenuhi kenderaan mereka yang tidak cacat.

LAYANAN KELAS PERTAMA

Masih dibelenggu oleh pengalaman yang sama dalam satu kejadian pada tahun 2006, penulis ini, yang memakai kaki palsu teragak-agak bila masuk ke sebuah bank di Petaling Jaya untuk menunaikan urusan perbankan baru-baru ini.

Angka giliran di papan elektronik menunjukkan '5041' dan penulis sugul bila melihat kertas di tangan beliau menunjukkan giliran beliau ialah selepas 60 pelanggan lagi.

Kemudian sesuatu yang menarik berlaku.

"Boleh saya tolong encik?" Seorang pegawai bank tiba-tiba muncul.

Hari itu merupakan antara hari yang paling menggembirakan bagi penulis ini kerana layanan istimewa bagi OKU juga diterima di Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Selangor dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Shah Alam, Selangor.

Di pejabat KWSP, penulis ini dijemput ke satu kaunter dan dilayani seorang pegawai. Dengan hanya beberapa minit, permohonan beliau untuk beberapa dokumen penting diselesaikan.

Di pejabat LHDN, penulis menikmati kemudahan 'laluan hijau' dan tanpa perlu mengambil nombor giliran beliau dilayani segera, berkenaan permohonan pembayaran balik cukai.

Itulah layanan istimewa yang diterima OKU.

AKTA ORANG KURANG UPAYA

Akta Orang Kurang Upaya mula dikuatkuasa pada 7 Julai 2008. Ini ialah perundangan pertama yang berlandaskan hak bagi OKU.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen dilaporkan media sebagai berkata melalui penguatkuasaan undang-undang ini, OKU boleh menikmati kemudahan yang lebih baik dalam sektor antara lain pengangkutan dan perkhidmatan.

Mereka juga akan mendapat peluang yang sama dalam bidang kesihatan, pelajaran, komunikasi teknologi maklumat serta juga sukan, riadah dan kebudayaan.

Akta ini memberikan hak untuk pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan serta kebajikan OKU dengan terbentuknya Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya.

Bagaimanapun menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan (ketika Akta itu mula dikuatkasakan), tiada peruntukan untuk sebarang penalti bagi pihak yang memilih mengingkari apa yang dikehendaki Akta berkenaaan.

Menurut Ambiga, walaupun Akta itu menyatakan OKU berhak untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan awam, perumahan, pelajaran, pekerjaan serta penjagaan kesihatan, tiada apa yang boleh dilakukan jika mereka ini didiskriminasi.

-- BERNAMA


******************************************************************

memang OKU patut dilayan istimewa kerana mereka orang istimewa -
kalau dari segi manners dan pekerti - bila kita menolong dengan ikhlas
orang2 yang tidak bernasib baik ni - insyaallah urusan kita diredhai

pada saya it is not even funny or a joke jika ada parking space yang
diperuntukkan untuk disabled ni - diambil oleh orang2 biasa -- kerana
kemudahan2 ni hanya untuk depa -- untuk memudahkan keperluan
depa hari ke hari -- pada kita yang tak ada masalah nak drive, berjalan
kenalah mengalah dan bagi priority pada disabled -

sangat harap LRT pun buat kemudahan untuk disabled -- depa boleh
guna wheelchair untuk naik LRT - jadi - kena buat elevator untuk
memudahkan mereka menggunakan sistem pengangkutan ini - juga
spacious untuk mereka di dalam LRT tu sendiri -
kalau monorail - memang jangan harap la mesra OKU - dah la sempit
kecil aje tempatnya --bila buat benda2 ni kena fikir juga untuk
semua pengguna dan tak semua kita bernasib baik -
Pages: 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 [15] 16
View full version: Masalah OKU - peluang mencari kerja dan kemudahan asas -


ADVERTISEMENT