CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Gaji Mb Selangor Dipotong

15-4-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7336| Komen: 20

Description: Kerajaan Selangor Memutuskan Untuk Memotong Gaji Menteri Besar, Exco, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dan Timbalan Speaker Selepas Menerima Kenaikan Pada Awal 2014, Kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrah ...



Apalah punya perangai Dato' Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim ni...

Buat keputusan sampai gajinya lebih kecil dan sedikit dari seorang Exco dan Speaker Negeri Selangor  .. banyak sikit dari ADUN dan Timbalan Speaker.

Itu hari bsing gegak gempita riuh rendah macam nak runtuh langit bila buat pengumuman yang gaji MB, Exco, Speaker dan ADUN negeri Selangor dinaikkan ..

Nah nak tengok .. komen2 mereka yang menentang sebelum ni... jangan senyap pula ya...


Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.

Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.

Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.

Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.

“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini.

7

Bagus
4

Marah
16

Terkejut
7

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohid 14-4-2014 04:25 PM
kan elok klu menteri sanggup bergaji ciput !!!
yg melebelkan MB melampau mesti gang2 yg selalu belanja mewah dr kemampuan atau yg byk hutang utk projek mega...sbb peluang gaji d skala kecil akan d aktifkan!!!

mana bole kakitgn berduit lebih dr mb.....x patut x patut
Quote Al-Patih 14-4-2014 04:32 PM
MB: Gaji saya dalam GLC dikembalikan kepada Kerajaan Negeri


[youtube]13falW80jes[/youtube]


masak ...siapo yang jadi MB baru nanti ...


Quote Al-Patih 14-4-2014 04:45 PM
Sebahagian besar gaji MB, pimpinan Selangor disalur ke Tabung MES

SHAH ALAM, 14 APRIL: Sebahagian besar gaji dan elaun Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker akan disalurkan kepada Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, berkata langkah pemotongan itu dibuat selaras dengan keputusan yang dicapai melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). “Gaji lama Menteri Besar RM14,175.15, gaji baru RM29,250 membabitkan pemotongan RM15,074.85 dan gaji selepas dikemaskini adalah RM14, 175.15.“Gaji lama anggota Exco RM6,109.29, gaji baru 20,250, pemotongan RM5,250 dan gaji selepas dikemaskini RM15, 000. Gaji lama Speaker RM6,109.29, gaji baru RM 22,500, pemotongan RM7,500, gaji dikemaskini RM 5, 000. “Gaji lama Timbalan Speaker RM3,327.50, gaji baru RM15,750, pemotongan RM3,750 dan gaji dikemaskini RM12,000,” katanya.


http://bm.selangorku.com/


Quote Al-Patih 15-4-2014 05:50 AM
MB: ‘Saya tidak kisah gaji lama, yang penting rakyat’

SHAH ALAM 14 APRIL : Walaupun tidak dapat menikmati kenaikan gaji baru sepertimana dinikmati Adun-adun lain, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap perkara itu bukan persoalan penting. Kata Abdul Khalid, beliau bersetuju dengan langkah pemotongan gaji berkenaan kerana merasakan bertanggungjawab atas kenaikan diputuskan di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November lepas.



http://bm.selangorku.com/
Quote Nadim 15-4-2014 11:46 AM
Aku fikir sebaliknya... Pertama, untuk membeli jiwa dan raga macai-macai dalam PR, nak menunjukkan betapa dia seorang MB yang prihatin dan baik hati, walhal cuma kembali balik kpd jumlah gaji yang asal.

Kedua, kerusi MB mungkin dikosongkan dan bakal MB baru akan menikmati gaji yang sudah diturunkan ini, Khalid Ibrahim nanti kata padan muka hangpa...nak sangat jawatan MB aku !!
Quote leni 15-4-2014 09:24 PM
Ini hanya transfer of account ..supaya rekod kewangan cantek...gali lubang tutup lobang
Quote plainjane 19-4-2014 07:16 PM
kahkahkah,, dengki la korang.. umngok sungguh
Quote sahamboi 20-4-2014 12:15 PM
mohid posted on 14-4-2014 04:25 PM
kan elok klu menteri sanggup bergaji ciput !!!
yg melebelkan MB melampau mesti gang2 yg selalu bela ...

Baru je diri sendiri umum naik gaji, lepas tu umum turunkan lepas tu jaja kerajaan terbaik...

Ni namanya orang gila jadi kerajaan...
Quote bangcak 21-4-2014 03:11 PM
Nadim posted on 15-4-2014 11:46 AM
Aku fikir sebaliknya... Pertama, untuk membeli jiwa dan raga macai-macai dalam PR, nak menunjukkan b ...

.....kalu dah nama macai.

gaji beso salah, potong jadik kecik pon salah.
asalkan 'dari pr' salah belaka.
ntah bila la yg betulnya
Quote Nadim 22-4-2014 11:27 AM
bangcak posted on 21-4-2014 03:11 PM
.....kalu dah nama macai.

gaji beso salah, potong jadik kecik pon salah.

Aku pulangkan ayat paku buah keras ni dekat hang ye...cuma tukar nama dari PR kepada BN....
Quote bangcak 22-4-2014 11:37 AM
Nadim posted on 22-4-2014 11:27 AM
Aku pulangkan ayat paku buah keras ni dekat hang ye...cuma tukar nama dari PR kepada BN.... : ...

pernah terjadi ke dlm sejarah umno 'ikut' teguran rakyat ubah apa2 keputusan yg diorang dah buat?
rasanya pernah sekali je dlm sejarah 'bekas pemimpin umno' turunkan semula harga minyak yg dinaikkan.

Quote Nadim 22-4-2014 11:49 AM
Jadi hang harap harga minyak akan terus turun sebagaimana cakap-cakap ANUwar ? Andaikata hang setuju pendapatan bulanan hang dikaji setiap beberapa bulan sekali untuk diturunkan...aku rasa impian hang untuk melihat harga minyak pun turun sama mungkin tercapai...!!

Kalau negara Islam yang di canang seantero Malaya untuk meraih undi, tetiba menjadi Negara Berkebajikan dan statement Manifesto bukan janji boleh suka-suka boleh ditukar ikut sesuka rasa...bagaimana rakyat nak mengharap teguran mereka boleh didengar oleh pemimpin PR ??
Quote bangcak 22-4-2014 12:01 PM
dulu geng umno pernah kata MUSTAHIL tarif air bleh diturunkan
tapi perkara mustahil tu dah pr laksanakan

so pasal 'mustahilnya' harga minyak diturunkan takperlu la kita pikirkan
biar yg bijak uruskan.

nak 1000 daya, takmau 1000 dalih.

... ... ...
biasanya bila citer pasal 'air percuma' komfom geng umno
dok persoal pasal catuan.
itu bleh tanya kroni sendiri (syabas) ye.

pada i pengurusan air patut diserah pada kerajaan
dari diurus syarikat lembik.
Quote Nadim 22-4-2014 01:34 PM
Ayat tak boleh blah...standard la,,,mesti ada orang dan sesuatu yang akan dipersalahkan...kronisme , konspirasi, rancangan jahat, dansebagainya...itu je modal yang mampu dizahirkan oleh pecacai PR... aku rasa SYABAS dah buat yang terbaik, cuma planning pemerintah dari PR je yang terlalu nak tunjuk baik,  kononya telus dari tidak terlalu mengikut cara pemerintahan BN...akhirnya menyusahkan rakyat.
Quote bangcak 22-4-2014 04:34 PM
Nadim posted on 22-4-2014 01:34 PM
Ayat tak boleh blah...standard la,,,mesti ada orang dan sesuatu yang akan dipersalahkan...kronisme , ...

bila tang faedah utk rakyat, banyak je yg mustahilnya.
takde benda yg mustahil disisi allah.
nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.

sejak dulu rakyat dah nasehat (pada pm terdahulu, tp dia degil).
tanggungjawab kerajaan (elektrik, air) jgn diswastakan.

bila dah terbukti syarikat lembik menjejaskan rakyat, baru terhegeh2
nak ambik alih semula syarikat2 air.

hari nih kuasa allah plak nak diketepikan.
konon musim hujan masih takdpt menampung tadahan air selangor.
hari nih DIA bg banjir.

...masih nak nipu tadahan tak meningkat atau nak akui sendiri
taknak proses air, terpulang la.

jgn sampai satu masa putrajaya/pejabat syabas/ stesen tv3 plak yg banjir.
kene ingat, doa org teraniaya biasanya makbul.

Quote clepetpro88 23-4-2014 01:18 PM
menunjuk kuat betul lah MB selangor .. potong gaji tu senyap je la. takyah nak btau sumbang mane2 , pandai fikir. dah tahu orang akan dengki bila ckp mcm ni. haish. tarik perhatian betul
Quote BelovedTaeyeon 23-4-2014 03:06 PM
bangcak posted on 22-4-2014 04:34 PM
bila tang faedah utk rakyat, banyak je yg mustahilnya.
takde benda yg mustahil disisi allah.
nak ...

Kat mana banjir?
Quote Nadim 23-4-2014 03:44 PM
kene ingat, doa org teraniaya biasanya makbul.


Aku suke ayat ni.... dah bertahun-tahun pacal-pacal dari pembangkang terutamanya PAS mengadakan solat hajat kononnya kerajaan UMNO/BN zalim dan menganiaya rakyat.... tapi aku tengok UMNO/BN steady je hingga ke hari ini... aku tak salahkan kemerosotan undi dan sokongan rakyat sejak PRU 12 tahun 2008 yang lalu kerana depa dah kena tipu dan diperbodohkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanji bulan dan bintang... banyak yang kembali kejalan yang asal kecuali majoriti bangsa CINA je... tapi ramai lagi rakyat yang masih kekal menyokong pemerintah sekarang kerana depa tahu gabungan pemerintahan  PR akan merosakkan agama , bangsa dan negara !!!
Quote bangcak 23-4-2014 03:47 PM
BelovedTaeyeon posted on 23-4-2014 03:06 PM
Kat mana banjir?

Semalam kawasan serdang banjir
IMG-20140421-WA0026.jpg IMG-20140421-WA0019.jpg IMG-20140421-WA0018.jpg IMG-20140421-WA0017.jpg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.086080 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top