CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ana Dahlia Cuba Berdolak Dalih?

29-5-2014 04:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16153| Komen: 55

Description: Dalam Pada Itu, Menurut Pelakon Drama 'Cinta Yang Satu' Ini, Dia Dan Teman Lelakinya Yang Berusia 24 Tahun Itu Sebetulnya Sudah Lama Saling Mengenali Memandangkan Mereka Berasal Dari Satu Kampung Iait ...


Ana Dahlia yang hadir bersama ibunya serta kekasihnya, Ubaidullah di majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia di hotel Royal KL, pada Rabu. Kredit foto Selebriti online.

Berita pelakon Ana Dahlia, kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Ubaidullah bukanlah lagi rahsia. Sebelum ini kecoh apabila beberapa foto pasangan kekasih ini bercuti di Bangkok, Thailand bulan lalu.

Bahkan pernah sebelum ini kecoh apabila bekas menantu kepada Chef Selebriti, Datuk Chef Wan ini dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Hal itu timbul apabila seorang pereka fesyen terkenal memuat naik gambarnya bersama Ana dan kekasihnya.


Gambar tersebut menunjukkan mereka bertiga seperti sedang berbincang, apa lagi kalau bukan perbincangan tentang busana perkahwinan. Bagaimanapun Ana menerusi kenyataannya kepada media menafikan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.

Namun sewaktu majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam tadi, kami pihak media terkejut apabila tertera di lampiran kenyataan media bahwa Ana hadir bersama bukan saja ibunya malah turut serta ialah tunangnya, Ubaidullah.

"Okay macam ni, sebelum ni ada ura-ura mengatakan yang saya akan berkahwin lah, bertunang lah dalam bulan Mei ini. Padahal semua itu tidak benar. Tapi saya tak nafikan perancangan ke arah itu memang ada. Setiap pasangan yang bercinta mahu berkahwin. Kita hanya merancang dan berusaha. Jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.

"Memang keluarga dia (Ubaidullah) ada berjumpa dengan keluarga saya, baru-baru ini. Hanya merisik tapi tidaklah sampai bertunang. Dengan status saya dan pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan sebelum saya betul-betul bersedia untuk bergelar isteri semula.

"Ibu bapa saya juga tidak memaksa saya untuk buat apa-apa keputusan. Mereka sangat memahami saya. Malah semasa merisik pun keluarga kami pun tidak menentapkan apa-apa tarikh baik tarikh bertunang atau berkahwin," katanya sambil tersenyum.



Pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengesahkan sejauh mana kebenaran status antara dia dan kekasihnya itu seperti yang dinyatakan pihak penganjur majlis di dalam lampiran kenyataan media sekaligus benarkah mereka akan bernikah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menurut pelakon drama 'Cinta Yang Satu' ini, dia dan teman lelakinya yang berusia 24 tahun itu sebetulnya sudah lama saling mengenali memandangkan mereka berasal dari satu kampung iaitu di Taiping Perak. Namun mereka mula menjadi teman rapat sejak setahun lalu.

Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan jejaka itu, Ana berkata Ubaidullah seorang yang sangat mengambil berat dan berfikiran matang meskipun jarak umur mereka berbeza tujuh tahun.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 29-5-2014 11:16 AM
bowwringgg
Quote BebeQ 29-5-2014 11:19 AM
ada eh gambar dia bercuti dengan bf tu? i tak penah tengok.
Quote beatgirlX 29-5-2014 11:22 AM
muda lagi lelaki tu...


semoga berbahagia la yer
Quote ex-bantal.B 29-5-2014 11:24 AM
cantik dia.. aku suka tengok muka dia ni..piur sangat. sebab artis kita sekarang banyak mix kokusen dan mamak
Quote sekel 29-5-2014 11:35 AM
tepek gambo dia bercuti tu
Quote reenz013 29-5-2014 11:38 AM
kalau kawin ni kira kali ke 4 kan
Quote annehuda 29-5-2014 11:38 AM
mmg ternyata tudung fareeda ni cuma makcik2 je yg sesuai pakai. kalau org muda pakai mempercepatkan proses penuaan je
Quote rayna_raynes 29-5-2014 11:40 AM
hadek2nya muka bf sheol
Quote amyainsamad 29-5-2014 11:45 AM
adek2 sgt bg uols
Quote CiliPadiSedap 29-5-2014 11:52 AM
akak syak dia pakai bra palsu.

sebab dulu masa berlaku dengan shah faszlee kalau tak silap akak.

dada dia kembang semangkuk.

bila jumpa depan2 kt wangsa walk, dada kempis .

Quote ad_hoc79 29-5-2014 12:02 PM
muda jugak ....
doa semoga ini yang terbaik
Quote blairchuck 29-5-2014 12:04 PM
bf sheols ke tu. macam baru tgh final year kat uni
Quote Ferr_Remy 29-5-2014 12:11 PM
Bf jambu.. mcm geiboi je.. jgn kapel sbb nak upkan name nak jadi retis sudeh...
Quote arira_arora 29-5-2014 12:12 PM
tk minat....
Quote ainie_1008 29-5-2014 12:14 PM
"Memang keluarga dia (Ubaidullah) ada berjumpa dengan keluarga saya, baru-baru ini. Hanya merisik tapi tidaklah sampai bertunang. Dengan status saya dan pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan sebelum saya betul-betul bersedia untuk bergelar isteri semula.

Berapa kali mau berhati-hatilah.. Dia nie jenis yg kwen cerai kwen cerai je.. Nasib tak de anak.
Quote kokocrunch 29-5-2014 12:20 PM
moga bertemu jodoh yg terbaik
Quote redliner 29-5-2014 12:47 PM
dari diyana mastura terus ke ana dahlia.
jauhnya...
Quote makton 29-5-2014 12:59 PM
CiliPadiSedap posted on 29-5-2014 11:52 AM
akak syak dia pakai bra palsu.

sebab dulu masa berlaku dengan shah faszlee kalau tak silap akak.
...

amboiiii.. sempat lagi skodeng dada dia ye....
Quote CrowneGlory 29-5-2014 01:07 PM
Laku betul macik ni... Hot stuff bersilih ganti lelaki nk buat bini...

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.258549 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top