CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17: Bila Terpaksa Mengenal Pasti Jenazah Sahabat Sendiri

11-8-2014 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4215| Komen: 0

Description: Sementara Itu, Sokongan Dan Kata-Kata Dorongan Tidak Putus-Putus Diucapkan Di Laman Facebook Milik Dr Shah, Menyatakan Kekaguman Dan Penghargaan Mereka Terhadap Profesionalisme Dan Dedikasi Yang Diton ...
Malaysia Airlines MH17: Bila Terpaksa Mengenal Pasti Jenazah Sahabat Sendiri


Berita terkini MH17: BELIAU adalah pakar forensik yang disegani dan pernah terlibat dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, tempoh hari.

Tahun ini, Dr Shah Mahmood sekali lagi menyumbangkan kepakaran beliau dalam bidang patologi dengan mengemudi pasukan berjumlah 24 orang bagi mengenalpasti identiti mayat mangsa tragedi kapal terbang MH17 yang terhempas itu.

Selalunya beliau profesional dalam mengendalikan tugasnya tanpa melibatkan sebarang hubungan ‘emosi’ dengan ‘objek’ yang beliau kendalikan; Namun kali ini, keadaan itu bakal berubah.

Salah seorang jenazah mangsa nahas kapal terbang itu arwah Mohd Ghaffar Abu Bakar, Ketua Pramugara MAS yang juga rakan baiknya sejak sekian lama.

Dr. Shah memanggil Mohd. Ghafar dengan nama Mogab, sama seperti rakan sekelas mereka yang lain.


Kesugulan jelas terpancar di wajah pakar patologi berusia 54 tahun itu:

    “Saya akui, saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kekuatan emosi untuk melakukan pemeriksaan ke atas jenazah Mogab, seorang yang saya kenal sejak di bangku sekolah dan saya anggap sebagai saudara kandung sendiri,” keluhnya.

    Perkenalan antara Dr. Shah dan Mogab bermula semasa mereka sama-sama menuntut di SM Sains Johor pada tahun 1977.

    ” Jika ada pakar lain dalam pasukan penyelamat ini yang dapat menggantikan tempat saya, rasanya lebih bagus,” tambahnya lagi yang dilihat cukup terpukul dengan tragedi yang menimpa rakan baiknya itu.

    Akhbar New Straits Times telah menemui Dr Shah di fasiliti ketenteraan bersekuriti tinggi di Hilversum, di mana pasukan forensik Malaysia menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa.

    ” Kali terakhir kami berhubung adalah menerusi WhatsApp Group, yang turut disertai oleh rakan-rakan lain,” jelasnya membuka cerita.

Dalam khidmat pesanan ringkas itu, Ghafar telah memaklumkan bahawa beliau bakal berlepas daripada Amsterdam pada lewat tengah hari dan mereka mendoakan perjalanan beliau selamat.

Dua jam kemudian, seluruh tubuh Dr. Shah seolah-olah kaku apabila salah seorang rakannya bertanya kesahihan berita penerbangan Malaysia yang sudah terhempas di Ukraine.

Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lalu.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Sementara itu, sokongan dan kata-kata dorongan tidak putus-putus diucapkan di laman Facebook milik Dr Shah, menyatakan kekaguman dan penghargaan mereka terhadap profesionalisme dan dedikasi yang ditonjolkan.

“Saya rasa letih..terlalu banyak bergerak hari ini di Hilversum,” katanya.

Seorang kenalan persekolahan Dr Shah dan Ghaffar, tampil memberikan kata-kata semangat kepada doktor itu.

” Usaha ini amat berbaloi, Ahli keluarga allahyarham dan rakan-rakan beliau sudag pasti begitu menghargai jasa kalian

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=97
10

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.050022 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top