CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Pitbull Setuju Berduet Dengan AC Mizal Tetapi Bersyarat!

7-11-2014 04:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17904| Komen: 70

Description: “Namun, Pibtull Berikan Syaratnya Kepada Saya Sebelum Bersetuju Untuk Berkolaborasi Iaitu Saya Perlu Penuhi Syarat Yang Diberikan Iaitu Single Saya Paranoid Perlu Mencecah 1 Juta Download,” Katanya ...
Pitbull Setuju Berduet Dengan AC Mizal Tetapi Bersyarat!


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2014: Impian penyanyi dan pengacara, Dato’ AC Mizal untuk berduet dengan idolanya iaitu Pitbull hampir menjadi kenyataan apabila rapper antarabangsa itu sudah pun memberikan respon terhadap jemputan daripada pihaknya.

AC Mizal gembira apabila pihak Sony Music telah menyuarakan hasratnya kepada Pitbull, namun terpaksa memenuhi syarat rapper dari Amerika Syarikat itu untuk  mencapai sasaran satu juta muat turun untuk single terbarunya iaitu Paranoid.

“Saya teruja apabila dimaklum Sony Music Malaysia mengenai Pitbull sudah tahu tentang hasrat saya yang mahu berkolaborasi dengannya.

“Namun, Pibtull berikan syaratnya kepada saya sebelum bersetuju untuk berkolaborasi iaitu saya perlu penuhi syarat yang diberikan iaitu single saya Paranoid perlu mencecah 1 juta download,” katanya kepada murai.com.my selepas majlis perlantikannya sebagai duta produk perlansingan, L'Rose, semalam.

Pun begitu, AC Mizal yakin bahawa Paranoid iaitu single duetnya bersama bintang Indonesia iaitu Luna Maya akan mencapai sasaran yang ditetapkan memandangkan dia bakal melancarkan single tersebut di negara seberang.

“Setakat ini Alhamdulillah, sambutan lagu Paranoid sangat baik. Saya difahamkan sekarang  ini sudah mencecah ratusan ribu (download). Saya yakin sebelum hujung tahun ini saya dapat capai 1 juta dowlnoad.

“Lagipun pada penghujung November ini saya akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut. Saya kira ini peluang baik kerana dengan kolaborasi saya bersama Luna Maya, penerimaan peminat di sana terhadap lagu itu lebih mudah.

“Jika sambutannya baik ia tak mustahil untuk saya meraih lagi beberapa ratusan ribu download lagi sekaligus saya boleh memenuhi syarat dari Pitbull,” jelasnya lagi.

AC jangka impiannya itu akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2015.

4

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 4-11-2014 07:50 PM
hahaha impian tinggal impian lah..
Quote sepitsiput 4-11-2014 07:52 PM
sony music ni banyak retis2 yang bagus mcm alif satar, misha omar...tp xde inisiatif nak bawak ke peringkat antarabangsa atau at least ke indon...duet dgn artis2 sony mcm judika ke, anggun ke, yovie n nuno  ke, fatin shiqia ke...

bawak si sakai ac mizal ni pulak...
Quote CrowneGlory 4-11-2014 07:59 PM
Dgn harapan siapa yg baca tolongla realisasikn impian dia dgn pitbull...dload la sampai sejuta..

aku rasa baik sesiapa highlight kat pitbull dia ni x byr nafkah anak.. Biar pitbull letak syarat bayar nafkah dr lahir sampai lepas uni... Campur dgn bunga sekali...
Quote enchikfitz 4-11-2014 08:01 PM
AC Mizal? Sony Music dah x de artis lain ke nak bawak ke international?
Quote putehkundor 4-11-2014 08:14 PM
Apa? Heshe budget heshe Marc Anthony/ Christina aguilera kah?

Suka lagu pitbull feat afrojack, ne-yo and sepitsiput...
Give me everything tonight
Quote sepitsiput 4-11-2014 08:28 PM
putehkundor posted on 4-11-2014 08:14 PM
Apa? Heshe budget heshe Marc Anthony/ Christina aguilera kah?

Suka lagu pitbull feat afrojack,  ...

thnxs chuols..x sangka chuols layan kolaborasi meolszahh dgn abam pitbull ...

terimalah video music terbaru meols bersama pitbull... girtuh

[youtube]sPhhZg9v9NU[/youtube]

dior bila nk kolabo dgn pitbull? kalau jlo ada 'on the floor' feat pitbull... dior ada 'onto the floor'
Quote shroom_5 4-11-2014 08:46 PM
sepitsiput posted on 4-11-2014 08:28 PM
thnxs chuols..x sangka chuols layan kolaborasi meolszahh dgn abam pitbull ...

terim ...

boleh tahan gak pompuan ni..dia memang penyanyi ke?

Quote alesandra 4-11-2014 09:51 PM
saka manala yg nak download sampai sejuta itteww
Quote sepitsiput 4-11-2014 09:52 PM
shroom_5 posted on 4-11-2014 08:46 PM
boleh tahan gak pompuan ni..dia memang penyanyi ke?

Eh hello? Pompuan cantik dlm mtv tu meollszahhh hurkeh
Quote bulanbulat 4-11-2014 10:02 PM
duit banyak upah ja la org download
Quote CiliPadiSedap 4-11-2014 10:06 PM
CrowneGlory posted on 4-11-2014 07:59 PM
Dgn harapan siapa yg baca tolongla realisasikn impian dia dgn pitbull...dload la sampai sejuta..

...

akak tag kan pitbull

#$%^pitbull.acmizaldebtpay
Quote jasmeen 4-11-2014 10:17 PM
Walaupun priyanka cantik kat vc tu,n aku ni befikiran terbuka jugak,tapi kali ni malu pulak aku tengok priyanka macam tu...hmmmmmm
Quote alieyrina 4-11-2014 11:20 PM
Adoii sakit perut aku ngn komen hampa tau..aku setuju dgn majoriti..

btw, sony musc dah xdak retis semenggah sikit ka nk amik..jatuh stended kampeni jahh  
Quote alieyrina 4-11-2014 11:22 PM
sepitsiput posted on 4-11-2014 08:28 PM
thnxs chuols..x sangka chuols layan kolaborasi meolszahh dgn abam pitbull ...

terim ...

Nama kak pit pun dah sama ngn abang pit..sepitbull girtuh ...
Quote AcikLijah 4-11-2014 11:22 PM
alieyrina posted on 4-11-2014 11:20 PM
Adoii sakit perut aku ngn komen hampa tau..aku setuju dgn majoriti..

btw, sony musc dah xdak reti ...

ac kau... retis internasional kekdahnyer
Quote alieyrina 4-11-2014 11:32 PM
Aku bukan nk megutuk tau..tp muka tinted mcm joker sudaa  
Quote Kangkung1M 4-11-2014 11:46 PM
AcikLijah posted on 4-11-2014 11:22 AM
ac kau... retis internasional kekdahnyer

hey cuma Dafi sorang jer tau yg pegang title international artist kt M'sia ni
Quote CrowneGlory 4-11-2014 11:54 PM
Tajuk album tu bolehla namakan...

BullShit feat. Pitbull

:lol
Quote CrowneGlory 4-11-2014 11:55 PM
CiliPadiSedap posted on 4-11-2014 10:06 PM
akak tag kan pitbull

#$%^pitbull.acmizaldebtpay

Tima kasih daun keladi..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.205175 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top