CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Izzue Islam Sudah Beli 2 Rumah

3-12-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16613| Komen: 53

Description: “Bagi Saya, Golongan Artis Patut Menjadi Contoh Yang Baik Kepada Orang Ramai Agar Lebih Bermurah Hati Dan Tenaga Dalam Membantu Insan-Insan Istimewa Yang Memerlukan,” Cerita Izue Yang Turut Ditemani ...
Izzue Islam Dah Beli 2 Rumah


Dalam diam-diam, pelakon dan penyanyi, Izzue Islam rupa-rupanya sudah memiliki dua buah rumah iaitu sebuah di Klang, Selangor, dan sebuah lagi di Perak.

Bagi Izzue, kedua-dua buah rumah tersebut merupakan hadiah buat dirinya sendiri setelah bekerja keras sepanjang tahun 2014 ini.

Ini juga satu pencapaian yang patut dibanggakan bagi seorang individu yang baru berusia 24 tahun. Dalam usia semuda itu, Izzue sudah memiliki dua buah aset yang berguna sebagai tempat untuk berteduh terutamanya di hari tua nanti.

“Ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, banyak juga job yang saya terima dan hasil daripada kerja keras saya ini, saya gunakan untuk membeli kedua-dua rumah ini.

“Saya kenalah mengumpul harta dari sekarang untuk kemudahan keluarga saya suatu hari nanti, ” kata Izzue kepada Mangga Online.


Namun, buat masa ini, Izzue dan isterinya, Awin Nurin masih belum berpindah ke rumah baru mereka. Rumah yang sudah siap proses pembinaannya ini terletak di  Klang.

Sementara sebuah lagi rumah milik Izzue terletak di sebuah daerah di Perak. Rumah kedua milik Izzue ini pula masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Buat masa ini, Izzue dan Awin masih tinggal di Kuala Lumpur. Dia juga masih belum membuat keputusan, sama ada akan berpindah ke Klang atau tidak pada tahun hadapan.

Begitu juga dengan rumahnya di Perak yang masih belum siap pembinaannya. Kedudukannya yang jauh daripada ibu kota yang menjadi pusat kepada kerjaya seni Izzue mungkin menjadikan rumah ini sebagai rumah percutiannya nanti.

Suka Kerja Amal



Sementara itu, Izzue juga mengakui suka melibatkan diri dengan kerja-kerja amal.

Tidak hairanlah dia terus bersetuju ketika dipelawa untuk menyertai program amal 1MKL Saturday Charity Carwash KL Tower – URTV di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi program amal tersebut, Izzue telah mencuci kereta peminat yang telah membuat bidaan tertinggi untuk mendapatkan khidmatnya itu.

Selain Izzue, program amal ini turut disertai oleh beberapa bintang popular lain iaitu Keith Foo, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim, Miera Liyana, Nur Risteena, Julia Zieglar, Aweera, Zoey dan Ziabella.

Mereka mendapat kerjasama para ahli Kelab Wira Aeroback Performance yang turut membantu para artis ini mencuci kereta peminat.

Hasil daripada kutipan amal ini disumbangkan kepada Persatuan Down Syndrome Malaysia.

“Macam mana sibuk sekali pun, saya akan mencari ruang untuk terlibat dengan kerja-kerja amal.

“Saya seronok apabila dapat membantu kembali insan-insan istimewa yang memerlukan. Saya juga cuba untuk menggembirakan mereka.

“Bagi saya, golongan artis patut menjadi contoh yang baik kepada orang ramai agar lebih bermurah hati dan tenaga dalam membantu insan-insan istimewa yang memerlukan,” cerita Izue yang turut ditemani isteri merangkap pengurus peribadinya, Awin.


Pasangan suami isteri ini djiangka pergi ke Seoul, Korea, pada 9 hingga 15 Disember ini. Ia merupakan program percutian bersama sekumpulan peminat Izzue.

Siapa tahu, mungkin percutian ini juga dapat membantu usaha Izzue dan Awin untuk mendapatkan cahayamata nanti.

5

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
9

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote deanswify 3-12-2014 10:01 AM
tahniah..
Quote enchikfitz 3-12-2014 10:04 AM
Makin gemok dia ni. Harap Jaga badan ye. Muda lagi dia ni
Quote fizamn 3-12-2014 10:04 AM
check in... bagus la izzue.. keep it up ..
Quote brown_pupil 3-12-2014 10:11 AM
ok le tu.. mula kumpul harta masa masih popular ni..
Quote chinta89 3-12-2014 10:15 AM
entah kenapa ak tak suke izzue ni lps kes bini dia cemburu tak bertempat tu..

nt ade yg ckp "kalau awak kat tmpt bini dia awak pun mcm tu jgk"...

setiap org ade pendapat msg2. so, peminat izzue jgn mrh!
Quote kelip2_07 3-12-2014 10:16 AM
bgs la..beli umah ms tgh muda..sementara job tgh kencang..nati dh sendu nk isi minyak keta pn pikir byk kali..
Quote j3m4h 3-12-2014 10:20 AM
Awin kertu ni minah andalas klang..tp aku respek la kt izzu ni..dia mmg kenang budi..sbb zaman heol susah ni awin kertu yg byk tlg dia..lepas heol ngetop pon xdela lupe daratan..cume mslhnye si awin ni plak over x bertempat..mmg kelaut la izzu ni kalo awin jd PA..pastu letak syarat mcm2..kalo muke x seberapa..biar la perangai tu semenggah sket..
Quote Dia_Yuni 3-12-2014 10:21 AM
Memang nampak kat IG die antara artis yg sentiasa ade job. baik berlakon, bidang nyanyian, duta produk.
Quote ellynorman 3-12-2014 10:23 AM
alaaaa... takyah la letak tajuk laki awin... izzue islam pon orang kenal.dahh...
Quote budakmanentah 3-12-2014 10:29 AM
ellynorman posted on 3-12-2014 10:23 AM
alaaaa... takyah la letak tajuk laki awin... izzue islam pon orang kenal.dahh...

lg best...xyah la letak gambo posing ngn awin...awin tu xsemenggah mana pon
Quote puteri_impian 3-12-2014 10:31 AM
kesah pulak haku

pasaipa aku rasa siawin ni byk kontrol die
Quote Ascii 3-12-2014 10:38 AM
bagus izzue, beli kelate so hihihi
Quote leenaz 3-12-2014 10:39 AM
enchikfitz posted on 3-12-2014 10:04 AM
Makin gemok dia ni. Harap Jaga badan ye. Muda lagi dia ni

baik berenti nyanyi
berlakon je la

sakit telinga dgr masa semi final ajl aritu

Quote kaklehot 3-12-2014 10:49 AM
moga cpt2 dpt anak..x le sunyi rumah 2 buah yg dibeli tu..
Quote makton 3-12-2014 11:18 AM
tajuk tak hagak2...

Izzue Islam (Laki awin) --> perlu ke nak mention laki si jenab, laki si senah, laki si bedah or laki sape-sape lah..

Awin tu kalau tak kawin dgn izzue, tak de sape pun yg kenal dia.
Quote supersudoku 3-12-2014 11:20 AM
pandai izzue buat investment..
rumah akan jadi asset later on...
bijak dia ni...

setengah2 retis baru blakon 1 drama ,watak extra,feeling diva,terus beli BMW..xleh byr bank,kene tarik,ckp kat wartawan kete hilang kene curikk..
wakakakakka
Quote azrinaziz 3-12-2014 11:23 AM
Mohon Izzue tetap rembes walaupun umur semakin meningkat, jangan nak mengandung kalah isteri ok....
Quote Dadadi 3-12-2014 11:46 AM
bagus izzue..ada aset dihari tua....
setengah tu tau enjoy je...
Quote kintan 3-12-2014 11:50 AM
bini dia pun pandai niaga gak.. ada biz sndiri walaupun keja mkn gaji

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.148286 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top