CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Izzue Islam Buktikan Bukan Lagi Penyanyi Tempelan

6-2-2014 03:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13140| Komen: 56

Description: Izzue Atau Nama Sebenar Muhammad Izzul Islam, 24, Berkata, Setiap Lagu Yang Dicipta Untuk Dinyanyikan Oleh Ahli Kumpulan Tersebut Sebelum Ini Dipilih Mengikut Keistimewaan Vokal Masing-Masing.
Izzue Islam Buktikan Bukan Lagi Penyanyi Tempelan         

 

Izzue menolak tuduhan kononnya ahli kumpulan Forteen tidak mampu menyanyi secara 'live' di depan umum.


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menganggap peluang menjadi vokal utama dalam single baharu kumpulan Forteen berjudul Tidak Pernah Berjumpa  membuktikan dia boleh menyanyi dan bukan sekadar tempelan. Izzue atau nama sebenar Muhammad Izzul Islam, 24, berkata, setiap lagu yang dicipta untuk dinyanyikan oleh ahli kumpulan tersebut sebelum ini dipilih mengikut keistimewaan vokal masing-masing.


"Lagu-lagu sebelum ini lebih sesuai dengan suara anggota kumpulan yang lain, jadi mereka menjadi suara utama untuk lagu tersebut.

"Ia bukan bermakna kehadiran saya dalam kumpulan tersebut hanya sebagai tempelan atau penyanyi suara belakang sahaja, cuma ketika itu suara mereka lebih bersesuaian.

"Selepas lagu Tidak Pernah Berjumpa ini siap, komposer Edry Abdul Halim menganggap suara saya lebih sesuai untuk menjadi suara utama," katanya kepada mStar Online, di sini,  pada Rabu.

Dalam pada itu, Izzue turut menafikan tuduhan ahli kumpulan tersebut tidak mampu menyanyi secara 'live' di depan umum.


        
Anggota kumpulan Forteen.

Tambahnya, Forteen  telah beberapa kali membuktikan keupayaan mereka menyanyi secara langsung dengan baik di beberapa acara hiburan.
"Tiada isu bahawa kami tidak boleh menyanyi kerana Forteen sendiri tidak pernah menyanyi secara 'miming' pada setiap persembahan.
"Bagi saya, sesiapa yang berkata begitu disebabkan mereka tidak pernah melihat kami melakukan persembahan," katanya.

Bagaimanapun, Izzue mengakui mereka perlu sentiasa belajar teknik vokal yang betul bagi meningkatkan prestasi persembahan kumpulan tersebut.
Dalam pada itu, Forteen buat pertama kalinya akan mengadakan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac depan di KL Live, Jalan Sultan Ismail dekat sini.

Tambahnya, konsert tersebut merupakan penghargaan kepada peminat mereka setelah genap tiga tahun berada dalam industri seni tanah air.
"Ini merupakan konsert pertama kami dan banyak kejutan yang dirancang untuk dilakukan pada hari tersebut. "Buat masa ini kami sibuk dengan latihan persediaan dan akan menyanyikan sebanyak 15 buah lagu," katanya.

Tiket menyaksikan persembahan itu dijual dengan harga RM80 boleh didapati dengan menghubungi hotline United Studios di talian 03-8320-1888, KL Live 03-2162-2570 dan di Redbox Ria 03-2145-7788.
         

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xanderz 5-2-2014 07:05 PM
Lagu yang lead vokalnya adalah izzuee. Silalah dengar

[youtube]E-rOH4WKyDE[/youtube]
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 07:10 PM


posing je lebih..lagu dia yg popular satu tu je la..yg ost drama yg tiz zaqyah belakon..

(setakat yg aku dengar la kan)
Quote carly_lah 5-2-2014 07:41 PM
Apesal depa nye fesyen ala2 kpop x jadi jer??
Quote enchikfitz 5-2-2014 07:47 PM
Hari tu dgr izzue nyanyi live lagu ni. X sama dgn recording. X boleh tarik. Belajar vokal lagi ok pokjue.

Sekian,
Peminatmu
Quote damian_lee 5-2-2014 07:52 PM
aku x suke la ngan si "rendang" sekali tu ... sape eh?
sebab nyanyian dia ala "meneran" all the way ....
Quote ex-bantal.B 5-2-2014 08:16 PM
tak suka yang baju hitam tu.. mcm terlalu control jer..
Quote charliestcloud 5-2-2014 08:39 PM
Kadang2 exspresi muka dia ni mcm luculah tengok haha.
Quote prizadane 5-2-2014 08:43 PM
hari tu tengok Nasi Lemak Kopi O.. izzue nyanyi lagu ni live pagi2. ok la kot. ada la part cam susah nak tarik. tapi pagi kot.. baru bangun tidur.haha
Quote miss_ikato 5-2-2014 08:51 PM
wp suara izzue ke laut...xpe la....rezeki kat bidang lakonan plak....harap sila pegi kelas vokal b4 konsert k....
Quote jatiarjuna 5-2-2014 08:52 PM
harapnyer forteen neh leh ler bertahan..jgn sebab muka je lah yer..btw izzue mmg ok kalo berlakon saje..pendapat iols sajer lah..
Quote sepitsiput 5-2-2014 08:55 PM
Ari tu iol tgk drama apa ntah izzue blakon jd anak jiran nasha aziz... dia panggil nasha makcik...ohmaiii...kertu plak nasha dipanggil sebegitu
Quote bedahmulutpuaka 6-2-2014 12:05 AM
Pok jue..
keluar jela dr forteen..
Jadi pelakon sepenuh masa, kompem lagi the boom..

I kalau tgk forteen perform..
mata mesti fokus kat pok jue jerr..walaupun dia hanya menempel je I tengok..
luv u pok jue..
Quote lasagnaklcc 6-2-2014 12:21 AM
Rasanya yg plg menonjol pon izzue la kot...yg lain walau suara sedap tp tak seglamer izzue
Quote tomet05 6-2-2014 12:26 AM
sila insaf sekarang la kan
Quote HannahMontana 6-2-2014 01:15 AM
sungugh celaka lelaki yg pakai rantai

persis kucing jantan berlagak diva.
Quote hanahani 6-2-2014 01:29 AM
Ala2 lagu kru dh
Quote lepapilon 6-2-2014 01:44 AM
dengar yg xlive ni pon dh bnyi xsdp .. xlive pon dh sipi2 hancho bunyi, kalau live sudah pastu persis elite.
Quote membesar 6-2-2014 02:07 AM
Dah macam bukan lagu group. Macam lagu solo si izzue pulak. Huhu.

Btw izzue ni hensem sangat. Suara tak berapa la tapi. Berlakon best.
Quote garnierblue 6-2-2014 03:31 AM
pakwetizzaqyah posted on 5-2-2014 07:10 PM
posing je lebih..lagu dia yg popular satu tu je la..yg ost drama yg tiz zaqyah belakon..

(set ...

eh bykla juge diorg yg popular.start popular dgn lagu berdua bersatu pastu seperti dulu..ni mst kes tau lagu tp xtau pnyanyi kn.hehehe

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.097857 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top