CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Anuar Zain Ditipu Lebih Sepuluh Kali

28-4-2015 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10247| Komen: 46

Description: Sementara Itu, Mengenai Majlis Makan Malam Amalnya Anuar Berkata, Ia Diadakan Bagi Mengumpul Dana Yang Sebanyak Rm100,000 Untuk Kegunaan Pelajar Pasukan Electro, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, ...
Anuar Zain Dedah Pernah Ditipu Lebih Sepuluh Kali


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pernah ditipu penganjur konsert lebih daripada sepuluh kali sepanjang dia bergelar penyanyi.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45, berkata, kebanyakan penganjur meminta bayaran rendah daripada dia kononnya mahu membuat majlis amal, namun sebaliknya mereka menjual tiket untuk mengaut keuntungan lebih.

"Memang dari dahulu lagi ada penganjur-penganjur acara yang suka membuat kerja-kerja penipuan ini.

"Bayangkan saya yang masih lagi kanak-kanak sebelum ini pun ada orang yang cuba mengambil kesempatan.

"Kononnya mahu membuat majlis amal dan mereka meminta saya untuk meletakkan harga yang rendah. Tetapi sebenarnya mereka tipu," katanya kepada mStar Online.

Anuar ditemui pada sidang akhbar majlis amal makan malamnya di Zebra Square di sini pada Isnin.

Majlis amal itu akan berlangsung pada 25 Julai depan.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Mungkin ini, dia bersyukur kerana pengurusan peka dengan penganjur yang tidak bertanggungjawab selain peminat yang sentiasa mengambil tahu tentang setiap penganjuran persembahan diadakannya.

Sementara itu, mengenai majlis makan malam amalnya Anuar berkata, ia diadakan bagi mengumpul dana yang sebanyak RM100,000 untuk kegunaan pelajar pasukan Electro, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam dekat sini yang memerlukan wang untuk menyertai pertandingan F1 In Schools Technology Challenge pada September depan di Singapura.

"Apabila melihat kepintaran mereka dalam bidang kejuruteraan pada usia muda, hati saya terus berkata mereka ini adalah masa depan negara dan kita mesti membantu apa-apa yang patut.

"Kerana itu juga saya meletakkan harga minimum (untuk bayaran pemuzik) agar dapat mengumpulkan dana dengan lebih mudah," ujarnya.

Tiket berharga RM885, RM685, RM485 dan RM285 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi talian 03-92228811 dan 019-2414090 Mat Nor).

**CC FOR  Mstar Online

10

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 28-4-2015 12:39 PM
wah harga tiket paling minimum pun RM285.00
Quote fazamania 28-4-2015 12:54 PM
Kelass kau Anuar Zain.

Konsert Ziana Zain pun belum mampu semahal itu
Quote ninjago 28-4-2015 12:55 PM
tu harga tuk 1 meja 10 kepala kan?
Quote sabar_sabariah 28-4-2015 01:04 PM
kalau 1 meja=10 kepala harga camtu, mmg murahlah
Quote bettyboops 28-4-2015 01:11 PM
tabah lah yer bang nuar zen..

yang organizer charity event ni pun satu hal.. tak tau ke bang nuar zen ni exclusive tawww.. haruslah charge dia mahal..

banyak benda dia kena buat beside singing kat event tu..

mana dia nak nyanyi lagi.. nak kena layan orang-orang yang datang ambik gambar lagi.. belum lagi part kena peluk ciom dengan akak-akak adik-adik peminat lagi..

it's hard you know to be ANUAR ZAIN..

Quote espri6006 28-4-2015 01:19 PM
Anuar yang selektif tu pon boleh kena tipu uols apalagi artis artis taraf funfair atau taraf majlis kahwin.
Quote IxoraP 28-4-2015 01:31 PM
i suka lagu anuar zain
Quote buttercake 28-4-2015 01:37 PM
ekceli cara payment artis ni camne eh?
amik deposit dulu kemudian baki settle lepas show?
atau baki settle sebelum start show?

kalau baki settle lepas show memang senang la nak kena tipu...
Quote blackred99 28-4-2015 01:44 PM
lama tak tgk dia nyanyi, nak gi show dia, tiket agak mahal jugak la bg aku yg kerani ni.
Quote chicsee 28-4-2015 01:53 PM
ninjago replied at 28-4-2015 12:55 PM
tu harga tuk 1 meja 10 kepala kan?

Itu harga satu kepala bukan satu meja....
Quote scents 28-4-2015 01:57 PM
kalu harga utk satu kepala minimum Rm285 mahal tu.... pergggggg.....
Quote ninjago 28-4-2015 02:00 PM
chicsee replied at 28-4-2015 12:53 PM
Itu harga satu kepala bukan satu meja....

makk aiii.. mahal tul kalau 1 kepala..celah mana minimum nye bang nuar oiii...

Quote Esmiria 28-4-2015 02:06 PM
mhl ooooo tikettt
Quote doubleA 28-4-2015 02:43 PM
bettyboops replied at 28-4-2015 01:11 PM
tabah lah yer bang nuar zen..

yang organizer charity event ni pun satu hal.. tak tau ke bang nuar ...

setujuk

bertabahlah bung nuar dihimpit2 dek acik2 bayo harga tiket mahal
Quote maharani_gebu 28-4-2015 03:26 PM
ninjago replied at 28-4-2015 02:00 PM
makk aiii.. mahal tul kalau 1 kepala..celah mana minimum nye bang nuar oiii...

ok kot harga tu sbb harga musician sekarang pn blh than
Quote willow12 28-4-2015 03:33 PM
Sekolah anak i tu... mmg dorang pakai banyak duit.. mak pak kena hulur sentiasa..
Quote bunga_lestari 28-4-2015 03:33 PM
memula baca tajuk igtkan kene tipu kes percintaan, sebab tu tak kawin2 lagi..

bila baca intipati, lor, rasanya biasa kot retis kene tipu...

Quote torreto 28-4-2015 03:42 PM
xpe lah. kan ada vip bagi duit pocket abang nuar zain
Quote putehkundor 28-4-2015 04:15 PM
Adibah noor dan nuar ni sebaya rupanya...
Dua2 andartu....harap adalah lelaki2 budiman yg sudi memperisterikan depa dua ni

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top