CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Beyonce Hampir Jatuh Pentas

20-9-2013 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3844| Komen: 2

Description: Sebelum Ini, Pelakon The Golden Compass, Nicole Kidman Menjadi Mangsa Perlanggaran Paparazi Yang Obses Untuk Mendapatkan Gambarnya, Kali Ini Giliran Beyonce Knowles Pula.
Sebelum ini, pelakon The Golden Compass, Nicole Kidman menjadi mangsa perlanggaran paparazi yang obses untuk mendapatkan gambarnya, kali ini giliran Beyonce Knowles pula.

Namun, bukan oleh paparazi, sebaliknya oleh peminat lelaki yang menonton konsertnya di Sao Paolo, Brazil pada malam Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, Beyonce yang ligat membuat persembahan tiba-tiba ditarik oleh peminat lelaki yang tidak berbaju itu sehingga hampir jatuh dari pentas.

Ia terjadi apabila penyanyi itu merendahkan tubuhnya sekali gus berada terlalu hampir pada peminat yang berada di bawah.

Namun, tindakan pantas beberapa pengawal keselamatan berjaya menarik Beyonce untuk kembali semula ke pentas berkenaan.

Cukup profesional sekali apabila penyanyi ini meneruskan nyanyiannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum itu.

“Tidak mengapa, tidak mengapa,” katanya sambil merujuk kepada peminat lelaki yang obses itu.


Beyonce hampir jatuh dari pentas.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 22-9-2013 04:58 PM
wooho. kalo jatuh mesti gempar
Quote munchkin 23-9-2013 02:54 AM
pandai kawalan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037007 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top