CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pagi Tadi

3-10-2013 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37512| Komen: 286

Description: Hebat Juga Nurul Wahab, Baru Pagi Tadi Selamat Bersalin Tengah Hari Ini Sudah Menulis Di Blog Rasmi Beliau Menceritakan Proses Kelahiran Bayi Sulung Beliau Bersama Suami, Eric Depp.


Hebat juga Nurul Wahab, baru pagi tadi selamat bersalin tengah hari ini sudah menulis di blog rasmi beliau menceritakan proses kelahiran bayi sulung beliau bersama suami, Eric Depp.

Nurul Wahab menulis yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.28 pagi tadi secara normal dan memberikan nickname Baby Z kepada anak kedua beliau ini.

“Syukur alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay”

“Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3.00 pagi langsung ke hospital. Syukur alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku,” tulis Nurul Wahab sebentar tadi.

Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 3-10-2013 01:42 PM
beribu ribu tania
Quote kikikiko 3-10-2013 01:45 PM
mn pic nyer.  
Quote mixed 3-10-2013 01:45 PM
Beribu taniah

Hasil makanan barat senang beranak
Quote wangii 3-10-2013 01:47 PM
tahniah....syoknyer....ade pic tak?
Quote kaogi 3-10-2013 01:52 PM
Tahniah...

X sabar nak tgk gambar .
Quote biggirlduncry 3-10-2013 01:52 PM
tahniah..... nurul dan suami
Quote azilamie2 3-10-2013 01:53 PM
tahniah la ye nurul, ada gambar x?
Quote letizia 3-10-2013 01:53 PM
tunggu Pc lagi ke nak umumkan nama anak....hehehehehe
Quote ahlisihircute 3-10-2013 01:54 PM

tahniah....
harap2 nama anak jgn ler kebaratan sgt .....
Quote fida75 3-10-2013 01:55 PM
tahniah... selamat beristirehat...
Quote kukulangau 3-10-2013 01:55 PM
beribu ribu tania
Quote timahterung 3-10-2013 01:56 PM
'Z' tu Zohnny Depp ke??  Nurul kan memang bangga -bangga sangat nama DEpp dia tu, ntah-ntah kalau boley anak dia yang Ayu tu pun dia nak tukar jadi Ayu Depp.
Quote mizmini 3-10-2013 01:57 PM
beso dah anak yg sulong tuh
Quote novlin 3-10-2013 01:57 PM
tahniah la... nak tau nama anak ada unsur2 islamic or kebaratan...
maybe 'baby z' nama dia zakaria... or nk nmpk kebaratan sket ubah la ejaan ke zecharia...
Quote kukulangau 3-10-2013 01:57 PM
"Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.

sumber= roti kaya"

dah namanya artis bila ditulis berita begini mesti penulis nak kaitkan kehidupan lampau dia
kalau orang biasa tak sapa berani nak sebut kehidupan lepas depan2
paling2 kuat orang kata first marriage dulu dia dapat anak pompuan sorang dah 15 tahun dah
Quote melatibiru 3-10-2013 01:59 PM
tahniah nurul n eric...baby z ...zidane?
Quote miracle_forever 3-10-2013 01:59 PM
Congrats Nurul.  Welcome to the world baby Z Depp!
Z tu apa agaknye.., zoel, zoe,
Quote miawpink 3-10-2013 02:00 PM
BABY ‘Z’ IS HERE! SYUKUR ALHAMDULILLAH…
Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay. Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3 pagi langsung ke hospital.  Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku. syukur..syukur..

Di kala ini, keletihan melanda dan aku masih di computer riba menulis entry ini untuk memberitahu semua yang sememangnya menunggu kehadiran baby kedua aku, dan pertama bagi Eric. Aku tak sempat siapkan semuanya sebelum ini utnuk mengumumkan berita gembira ini. Aku tak tahu wajah siapa… baru dua jam.. tapi yang nyata kami sangat  gembira dengan kelahiran ini. Ayu di Johor akan mendapat berita ini selepas waktu sekolah nanti. Hari ini hari kurang stress Ayu kerana paper PMR agak senang padanya iaitu English & Geografi. Namun tetap juga aku risau kerana bimbang dia buat salah dek  terasa mudah. Ayu bakal pulang 11 Oktober dan aku pasti dia tak sabar nak habiskan PMR dan pulang ke KL!

Penuh emosi pagi ni especially dari ibu bapa mertua. Maklumlah kali pertama mendapat cucu. Roland & Germaine sangat bangga menjadi grandy! Soon aku akan letakkan gambar ya. Not today! Baby is here & I have to go.

Terima kasih sekali lagi di atas doa kalian. Aku amat hargainya. Semoga Allah rahmati semua peminat ku! Amin..

p/s : Ina Mohd  a.k.a Pingu ku tak sabar tu nak balik ke KL! I know!


belog nurul http://nurulwahabdepp.wordpress.com/2013/10/03/baby-z-is-here-syukur-alhamdulillah/
Quote kukulangau 3-10-2013 02:00 PM
timahterung posted on 3-10-2013 01:56 PM
'Z' tu Zohnny Depp ke??  Nurul kan memang bangga -bangga sangat nama DEpp dia tu, ntah-ntah kalau b ...

aku rasa Z tu
Zayne?
Zackhery?
Zimbo


Lihat semua komen(286)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.136377 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top