CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Penampilan Terbaru Raja Ema Dikecam Ramai Pihak

5-2-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26331| Komen: 115

Description: Dan Disebabkan Kembalinya Beliau, Mungkin Beliau Ingin Lakukan Dengan Sebaiknya. Jadi Penampilannya Menjurus Ke Arah Remaja Dan Generasi Muda. Ramai Juga Yang Mengkritik Penampilannya Yang Dikatakan T ...

‘Jejaka Idaman’ dan ‘Angan-Angan’ adalah antara lagu yang menaikkan nama penyanyi 80-an ini. Gaya comel dan manis Raja Ema sememangnya menjadi pujaan ramai ketika itu. Namun disebabkan beliau tiba-tiba saja menghilangkan diri dari industri seni, ramai yang tertanya apakah yang berlaku kepada beliau.

Di saat beliau dirindui, seorang pendatang baru bernama Lynnzay telah mendendangkan semula lagunya ‘Jejaka Idaman’ kepada versi baru dan sekaligus membuatkan nama Raja Ema semakin disebut ramai. Raja Ema sebenarnya masih aktif dalam bidang lakonan namun beliau tidak mencanangkan publisiti secara meluas sehinggalah kewujudan pendatang baru ini yang menyebarkan semula lagu popular Raja Ema tersebut.

Raja Ema akhirnya telah membuat ‘comeback’ pertama dengan menjadi artis kulit depan majalah terkenal, ‘Nona’ dan mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang kelihatan masih muda remaja dan cantik. Ada juga yang marah dan menaikkan isu tentang Raja Ema telah membuka semula tudungnya untuk mula aktif dalam bidang seni.

Dan disebabkan kembalinya beliau, mungkin beliau ingin lakukan dengan sebaiknya. Jadi penampilannya menjurus ke arah remaja dan generasi muda. Ramai juga yang mengkritik penampilannya yang dikatakan tidak sesuai dengan usianya ini.

Komen Raja Ema sendiri, “Yang paling penting niat kita. Itu hak kita nak jaga penampilan. Kakak tak kacau orang, tapi kita kena ingatlah apa yang perkara yang betul dan apa yang tidak.”

“Bagi kakak mungkin mereka tak faham dan sebab itu mereka komen macam-macam. Biarlah orang nak kata apa, kakak tetap dengan kerja kakak, yang penting fokus pada kerja dan capai cita-cita.”

“Kakak dahulu duduk rumah, besarkan anak-anak. Jadi, sekarang mereka berdua dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Mereka lagi suka sebenarnya.Tapi kakak tetap beri masa kualiti pada mereka. Balik kerja mesti bawa keluar dan tanya apa masalah mereka.”

“Kejayaaan itu kadang-kadang datang cepat, kadang-kadang datang lambat. Tuhan dah takdirkan pada umur kakak macamni baru buat comeback. Mula-mula sekadar nak nyanyi-nyanyi habiskan masa lapang. Tiba-tiba masuk majalah dan ramai penerbit panggil berlakon.”

Sebenarnya boleh saja Raja Ema mahu kembangkan semula karier dan kejar cita-cita walau bertudung atau berpenampilan yang kena pada usia. Namun, tidak mengapalah. Itu hak beliau. Selagi beliau tidak terlibat dalam kontroversi panas yang merosakkan imejnya, ianya sudah cukup bagus.

Pada peminat yang ingin melihat beliau bertudung semula, lebih baik didoakan yang terbaik buat beliau untuk mendapat hidayah daripada anda mengutuk dan mengkritik beliau kan?



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitty_lynne 4-2-2014 12:02 PM
Cantikler plak pic atas tu
Quote annehuda 4-2-2014 12:05 PM
cantik je aku tgk raja ema ni.
Quote myakayina 4-2-2014 12:16 PM
ok jer imej mcm ni asalkan jgn pakai baju yg nampak line bra dia tu..baju skirt kembang setaman tu.. tak sesuai ok..
Quote Syd 4-2-2014 12:20 PM
wan norazlin dah pakai skirt atas lutut skrg

raja ema bila plak?

calling for..

@dino
Quote nazadiyah 4-2-2014 12:22 PM
cantinya kak ema...gebu ja
Quote dino 4-2-2014 12:23 PM
Syd posted on 4-2-2014 12:20 PM
wan norazlin dah pakai skirt atas lutut skrg

raja ema bila plak?

perhaps... perhaps....
Quote fiezameysekali 4-2-2014 12:24 PM
Syd posted on 4-2-2014 12:20 PM
wan norazlin dah pakai skirt atas lutut skrg

raja ema bila plak?

betol kee?????
Quote AshkieLa 4-2-2014 12:25 PM
x nmpak gmbr.. leh tepek kasik nmpak x..? heeee
Quote Syd 4-2-2014 12:25 PM
fiezameysekali posted on 4-2-2014 12:24 PM
betol kee?????

paper ahad kalau tak silap

lupa kosmo ke ataupun media prima punyer

Quote saGOO_Return 4-2-2014 12:25 PM
nape d kecam? elok je tgk dia berbaju segale...
Quote wookiehoney 4-2-2014 12:27 PM
saGOO_Return posted on 4-2-2014 12:25 PM
nape d kecam? elok je tgk dia berbaju segale...

mike sebok dah kenape?
Quote saGOO_Return 4-2-2014 12:28 PM
wookiehoney posted on 4-2-2014 12:27 PM
mike sebok dah kenape?

dah org kecam2 dia kenapewww?....kan dia elok je x menyeksi mcm mike!
Quote wookiehoney 4-2-2014 12:29 PM
saGOO_Return posted on 4-2-2014 12:28 PM
dah org kecam2 dia kenapewww?....kan dia elok je x menyeksi mcm mike!

sebab dia dah kertu pakai cmtu tak bape sesuai hokehhh
Quote amyainsamad 4-2-2014 12:30 PM
lawa plak gambo yg ni
Quote wanitajelita 4-2-2014 12:30 PM
Tak sedar ke ko tu dah tua??? Annoying sangat bila ternampak penampilan ko dlm TV... sama mcm ZZ dressing mcm 30an feeling2 menten...nak muntah
Quote saGOO_Return 4-2-2014 12:31 PM
wookiehoney posted on 4-2-2014 12:29 PM
sebab dia dah kertu pakai cmtu tak bape sesuai hokehhh

biar la dia nk pakai mcm tu!! sebok appee hal!!!
kubor asing2 kan?..eeeeeeeee sebok jewwww
Quote rospinki 4-2-2014 12:33 PM
diorg lebih suka kalau raja ema ni jadi makcik2 mcm jual kepek tepi jalan tu kot...barula timbul isu kesian nasib bla2...bila org tu menongkah arus nk jadi mula balik dikecam jahat tak sedar diri apa2 la..tapi bagi aku biarla bersederhana Raja Ema oiii...tiba2 melompat balik jadi org muda stok2 mcm birahh ..mintak dipuji gitu

umo 40an ni la ujian..kdg2 tuhan bgi kita muda begetah jadi muda (diberi laluan elok je nk muda) rasa cantik rasa diminati...tu semua dugaan agar kita lalai dikala usia mula menjengah diawal senja...fikir2kan..
Quote fiezameysekali 4-2-2014 12:33 PM
Syd posted on 4-2-2014 12:25 PM
paper ahad kalau tak silap

lupa kosmo ke ataupun media prima punyer

yeke.. ade gambo x..huhuhuh
maknenye tudung da melayang2 la ye

dulu berlakon xkai tudung sbb tuntutan skrip katenyee
kalo da berskirt pendek..mmg da melayang laa
Last edited by fiezameysekali on 4-2-2014 12:36 PM

Quote Syd 4-2-2014 12:34 PM
fiezameysekali posted on 4-2-2014 12:33 PM
yeke.. ade gambo x..huhuhuh
maknenye tudung da melayang2 la ye

dah lama rasanya dia dah tak bertudung kan



Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.166212 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top