|
kui kui kui
kesian tgk peguam C.I tak laku tu dok bg pandangan dia, tapi tak ada job |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 311# Manami
kalau orang dah bersalah pun takkan nak mengaku die bersalah kan kan kan....... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by petola at 13-5-2010 22:02
Ha...
Terima kasih maideen...
ini bermakna pihak pendakwa tiada bukti paksaan telah ...
Equalizer Post at 13-5-2010 20:40
tak baik cakap gitu tau...
AG ada kuasa penuh nak dakwa bawah mana...
atau tak dakwa langsung...
tak masuk akal pun tak masuk akallah... janji ada kuasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Ha...
Terima kasih maideen...
ini bermakna pihak pendakwa tiada bukti paksaan telah ...
Equalizer Post at 13-5-2010 20:40
lagipun AG is more concerned of getting anwar the bigger fish...
ikan kecik2 cam sepol hanya umpan jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes liwat Anwar: Karpal mohon sesi soal jawab secara tertutup
13/05/2010 7:59pm
KUALA LUMPUR 13 Mei - Peguam bela utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh, memohon sesi soal jawab seterusnya dijalankan secara tertutup (in camera) kerana ia menjurus kepada kejadian liwat tersebut. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Saiful jelaskan kenapa dia ambil masa buat laporan diliwat
13/05/2010 11:51am
KUALA LUMPUR 13 Mei - Saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu mahkamah, dia mengambil masa dua hari sebelum dia membuat laporan yang dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia satu keputusan yang besar dan melibatkan maruah serta masa depan dirinya. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kan....tangguh lagik.
Kes liwat Anwar ditangguh
13/05/2010 7:55pm
KUALA LUMPUR 13 Mei - Perbicaraan kes liwat membabitkn Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bersambung esok ditangguh sehingga 31 Mei selepas peguam Karpal Singh memaklumkan pihak pembelaan akan memasukkan afidavit berhubung keputusan hakim yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan keterangan bersumpah Mohd Saiful Bukhari di Mahkamah Rayuan esok. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aku agak sedikit condong kearah parti pemerintah, tapi dalam kes ni aku agak sangsi dengan kredibiliti budak tu. Ini tidak bermakna aku kata Anwar tak salah. Cuma aku sangsi dengan budak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saiful jelaskan kenapa dia ambil masa buat laporan diliwat
13/05/2010 11:51am
KUALA LUMPUR 13 Me ...
Anak_Nogori Post at 13-5-2010 23:16
2 hari tu ambik masa .. maklum la yang nak dituduh tu orang yg ada kredebiliti , dia tu hanya coffe boy yg kena buang universiti, masyarakat akan percaya pada siapa berdasarkan perkara atas?? tetapi cuba letakkan diri sendiri dalam situasi yg sama, seorang yg dipandang mulia dan tinggi dalam masyarakat contohnya nik aziz (penyokong pas), najib(peyokong BN) dan lim kit siang (penyokong DAP) , melakukan sesuatu yg tak senonoh kepada contohnya meliwat, selepas kejadian..kepada siapakah yg akan mangsa pergi utk buat aduan, dan siapa yg akan percaya mangsa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi 2 hari la dia tak berak? |
|
|
|
|
|
|
|
Saiful dakwa turut diliwat Anwar di Hong Kong, Singapura dan Bangkok
Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL
Bukan sekali dan bukan saja di dalam negeri tetapi juga di luar negara. Saiful Bukhari Azlan dakwas bahawa juga dia juga pernah diliwat oleh bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mereka di Hong Kong, Singapura dan Bangkok.
Mohd Saiful berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh mengenai pertemuannya dengan SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof yang kini menjawat Ketua Polis Melaka pada 24 Jun 2008.
Katanya dia menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa dia diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.
Karpal telah membangkitkan mengenai satu laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008 yang memetik Saiful sebagai memberitahu ini adalah kali pertama dia diliwat.
Ketua penal peguam Anwar itu memintanya mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.
Mohd Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.
Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.
Bagaimanapun Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".
Kepada soalan Karpal Singh, adakah dia memberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.
Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.
Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.
Dalam soal balas itu Saiful juga memberitahu dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.
Katanya selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata keputusan beliau mengenepikan permohonan bagi mendapatkan kenyataan saksi itu semalam bersifat prosedur dan ia tidak boleh dibuat rayuan.
Katanya selain itu pihak pembelaan gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan diberikan.
Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.
Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".
Karpal : Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?
Mohd Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya bilas sahaja.
Karpal: Anus, anda tidak cuci?
Mohd Saiful: Tidak. Mahu simpan bukti.
Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Mohd Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.
Mohd Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.
Karpal: Nasihat daripada siapa?
Mohd Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.
Kepada persoalan lain, Mohd Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.
Mohd Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.
Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional.
"Ya, saya memang penyokong kuat UMNO tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Mohd Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.
Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?
Mohd Saiful: Tidak setuju.
Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Mohd Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.
Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.
Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Mohd Saiful, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Mohd Saiful juga berkata pada 26 Jun 2008, beliau bertolak daripada pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di Petaling Jaya, pukul 1.30 tengah hari dan tiba ke kondominum, di tempat kejadian pukul 2.45 petang.
Menjawab soalan Karpal Singh mengapa beliau mengambil masa selama sejam lebih, walaupun pejabat PKR ke kondomimium itu jaraknya tidak jauh, Mohd Saiful berkata semasa beliau keluar dari pejabat PKR, ada sebuah motosikal mengekorinya.
"Semasa saya keluar, saya perasan ada sebuah motosikal ikut saya, saya cuba hilangkan diri," katanya.
Beliau berkata semasa tiba ke kondominum itu, pintu tertutup tetapi tidak berkunci.
Mohd Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa semasa tiba di kondominum itu, Anwar berada di dalam bilik.
Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.-14/5/2010 |
|
|
|
|
|
|
| |
|