CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18306|Reply: 2

[Tempatan] Pakai kasut,tolong jangan pakai selipar..Jurugambar Nasihat Lelaki Jaga Penampilan Datang Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 30-9-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-9-2024 11:11 PM

Majlis perkahwinan adalah majlis di mana kita meraikan pasangan pengantin di hari bahagia mereka




Pada masa inilah ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang hadir dalam satu majlis.

Sudah tentu, penampilan harus dijaga apabila datang ke sesebuah majlis perkahwinan, apatah lagi jika ianya terdiri daripada golongan yang berada dan majlis perkahwinan itu mewah.

Tak akanlah pula tak nak jaga penampilan betul tak? Namun, itu bukan bermakna majlis perkahwinan yang biasa membuatkan anda tidak memakai pakaian kemas.

Baru-baru ini, seorang jurugambar menasihatkan kaum lelaki agar memakai pakaian kemas semasa hadir ke majlis perkahwinan

Nasihat kaum lelaki agar pakai lebih kemas, pakai kasut bertutup bukan selipar

Menerusi video tersebut, seorang jurugambar perkahwinan berkongsi sebuah gambar memaparkan penampilan beberapa orang tetamu yang hadir dalam sebuah majlis perkahwinan.

Tidak menunjukkan wajah, jurugambar berkenaan berkongsi pakaian beberapa orang tetamu yang dianggap tidak kemas ketika hadir ke majlis tersebut.

Dapat dilihat sekumpulan lelaki mengenakan baju t-shirt dan memakai selipar ketika bergambar bersama pengantin.

Menurutnya, ia tidak kemas dan patut memakai kasut agar gambar nampak lebih cantik.

"Yang lelaki, tolong pakai kasut pergi wedding, benda ni bukan apa tau dia kadang-kadang pengantin nak masukkan gambar korang dalam album ke dia nampak tak beretikalah, nampak macam spoil dekat situ.

"Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa lelaki asal kena pakai macam ni ye, korang ingat korang pergi mana.

"Pakai baju pakaian bersesuaian dengan majlis, dia bukan pakai selipar macam kau nak pergi pasar, pergi kedai bawah rumah kau," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 04:26 AM | Show all posts
standard ah..t shirt besor sampai ke siku..baju tak tuck-in.. jenis tak reti hormat majlis ni susah..kecik2 mak bapak tak ajar masuk majlis..

mentaliti rempit selekeh ni semak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah pakai selipar? Kecoh la jurugambar ni. Ke just content creator wanabr shid?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033236 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list