|
Santan dan susu adalah bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan harian. Kedua-dua bahan ini hampir sama namun mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
SANTAN
Kelebihan
- Santan memberikan lebih rasa lemak berbanding susu dalam masakan.
- Santan juga sesuai digunakan untuk menggantikan susu dalam masakan untuk mereka yang alahan susu dan tidak toleran laktosa.
- Santan boleh menjadi alternatif terbaik untuk mereka yang vegetarian kerana ia adalah produk yang dihasilkan daripada tumbuhan.
- Selain santan segar yang diperah daripada parutan kelapa, santan kotak dan santan serbuk juga boleh didapati dengan mudah dipasaran. Kedua-dua santan ‘segera’ ini bukan saja senang diperolehi malah memudahkan anda dalam masakan.
- Kandungan tembaga, zat besi dan niasin dalam nutrisi santan lebih tinggi berbanding susu.
Kekurangan
- Santan segar tidak tahan lama dan mudah basi.
- Mengandungi kandungan kalori, lemak dan kolesterol yang tinggi. Santan juga mengandungi lemak tepu yang tidak elok untuk kesihatan.
- Kalsium dalam santan kelapa lebih rendah berbanding susu dan ia tidak dapat membantu menguatkan tulang kita seperti susu.
SUSU
Kelebihan
- Susu lengkap dengan pelbagai nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita. Ia mengandungi pelbagai vitamin, kalsium, karbohidrat, magnesium, fosforus, kalium, dan protein.
- Susu juga boleh digunakan untuk menggantikan santan dalam masakan kerana rasanya yang berlemak tetapi kandungan lemaknya jauh lebih rendah daripada santan.
- Baik untuk mereka yang ingin mengawal berat badan dengan menggunakan susu jenis rendah lemak.
Kekurangan
- Susu tidak tahan lama dan mudah rosak. Bagi menghalang susu rosak, ia perlu disimpan di tempat dingin.
- Susu mengandungi kuantiti laktosa yang tinggi. Tidak sesuai untuk orang yang tidak toleran laktosa.
- Susu juga tidak boleh digunakan oleh orang yang mempunyai alahan susu kerana mereka akan mengalami ruam dan masalah penghadaman jika terambil susu.
SUMBER: SAJIONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk jenis masakan. Ade mknn xseswai guna santan or susu |
|
|
|
|
|
|
| |
|