Sumber: FB N9stickfactory
Peminat-peminat kafe hipster boleh serbu N9 Stick Factory Negeri Sembilan sekarang sebab tempat ini menawarkan pengalaman makan dan suasana yang hebat.
Kafe ini sangat unik kerana bertemakan kilang dan diperbuat daripada kontena. Paling popular dan wajib cuba di sini ialah steamboat yang hanya berharga RM1 secucuk. Antara tarikannya yang lain ialah minuman yang dipanggil Apple Polluted kerana dikatakan sangat sedap dan lain berbeza dari yang ditawarkan oleh kafe-kafe lain.
Sumber: IG N9stickfactory
Sumber: IG N9stickfactory
N9 Stick Factory memang sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan, juga bagi mereka yang datang bersama kekasih kerana suasana yang tenang dan mendamaikan. Ada alunan irama dan muzik yang romantik menemani pengunjung sepanjang berada di sini.
Hiasan dalamannya banyak menggunakan palet-palet kayu dan tumbuh-tumbuhan hijau dan bila bergabung menjadikan ianya tampak hipster, moden dan seperti berada dalam taman.
Sumber: missdae.blogspot.my
Sumber: missdae.blogspot.my
Alamat N9 Stick Factory:
No 99, 2, Persiaran S2 B1, Seremban, Malaysia
Dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan apa yang tambah menarik ialah kafe ini turut menyediakan perkhidmatan pengendalian semua majlis termasuk perkahwinan, dan sambutan hari lahir. -CARI
|