CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2258|Reply: 3

Nak Berseronok Di Kathmandu Nepal? Tips Ini Bantu Semuanya Berjalan Lancar

[Copy link]
Post time 6-2-2018 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Foto - The Vocket



Kathmandu merupakan ibu negara Nepal yang mana menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berbasikal keliling pekan serta panjat gunung. Jangan tidak tahu gunung tertinggi Gunung Everest di Banjaran Himalaya juga di sini.

Jadi bagi memudahkan anda yang merancang untuk ke Kathmandu Nepal ini kami kongsikan lima tips yang ditulis dalam laman The Vocket buat rujukan anda.


1) Visa dan Airport



Airport Kathmandu

Foto - The Vocket



Perkara paling utama adalah Visa. Untuk buat Visa anda boleh buat di Kedutaan Nepal di Malaysia yang terletak di Jalan Ampang, KL. Siap dalam 24 jam hari bekerja. Harganya pula 15 hari RM95 dan 30 hari RM155. Jadi pilih betul-betul berapa lama anda nak bercuti di sana.


Kalau anda jenis yang suka buat saat akhir boleh juga buat Visa on Arrival di Airport Kathmandu dan ia siap serta merta. Cuma masalahnya adalan kena beratur panjang. Harga pula 15 hari USD25, 30 hari USD40 atau 90 hari USD100.


Bila anda turun dari pesawat di Airport Kathmandu tunggu untuk naik shuttle bus, kemudian pergilah ambil beg anda di bahagia bagage. Selepas keluar sahaja dari balai ketibaan akan ada orang tawarkan untuk bawa beg anda, namun sebaiknya elakkan sebab nanti kena bayar tips. Kadang-kadang sampai RM10.


Kalau pergi secara backpacking, pergi ke tempat parkir, tengok kaunter teksi, bayar tiket dengan harga tetap. Elakkan kereta sapu melainkan anda memang dah biasa tawar menawar.


Harga dari airport ke Thamel Road, sekitar 700-750 NPR. Kalau sampai malam, jangkakan untuk dicaj lebih sebanyak 100 NPR. Boleh kongsi 4 orang, itu pun kalau beg tak banyaklah.


Boleh pakai buff atau penutup mulut bila nak keluar dari lapangan terbang kerana Kathmandu dikenali dengan persekitarannya yang berdebu.


2) Thamel Road



MASJID JAMEK NEPAL DI KATHMANDU YANG WARNA HIJAU

Foto - The Vocket



Tempat ini popular untuk pelancong kerana anda boleh dapat pelbagai barang seperti peralatan mendaki, pashmina, cenderahati dan kedai makan halal.


Untuk lebih senang anda boleh menggunakan aplikasi Tootle yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Store. Apps ni macam  Uber, tapi naik motosikal. Harga tetap dan kita dah tahu harga masa menempah.


Naik motor ini lebih efisien kerana jimat masa. Jenis motor yang digunakan adalah jenis Scooter atau Pulsar. Maknanya selesa juga naiknya. Untuk guna aplikasi ni, kena ada kad sim tempatan sebab nanti empunya motor akan telefon pelanggan.


Jadi kenalah beli kad sim dan disarankan beli telco NCell yang dimiliki oleh Axiata. Harga kad sim adalah 100 NPR dan 500 NPR untuk data 2.5 GB dan boleh digunakan untuk sebulan. Jumlahnya adalah 600 NPR. Carilah kedai yang tawarkan dengan harga tersebut.


Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan muka depan Passport
ii. Salinan Visa Nepal
iii. Sekeping Gambar ukuran passport


Satu pasport boleh beli 2 kad sim, jadi sediakan lagi satu salinan dan gambar.


3) Kedai makanan halal di Thamel


ANATOLIA RESTAURANT

Foto - The Vocket



Berikut adalah senarai kedai makan halal yang anda boleh pergi:


● Anatolia Restaurant
● Lanzhou Muslim Restaurant
● Syafqat Restaurant
● Al Madina Restaurant
● Ismail Restaurant


Belakang Masjid Jamek:
● Pakiza Restaurant


Labim Mall:
● KFC
● Mango Chilli
● La Marche


Masjid:
● Masjid Jamek Nepal
● Masjid Kashmiri Nepal


Surau di Thamel:
● Berdekatan Anatolia
● Tingkat 4, atas Ismail Restaurant, Chinatown

4) Pemilihan hotel


Foto - The Vocket



Anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan hotel dengan harga yang berpatutan seperti bilik berdua dengan sarapan hanya sekitar USD25. Ada juga 24 jam air panas.


Kalau nak kelainan boleh tinggal di Dorm sekitar USD5-8 setiap seorang. Nak mudah lagi boleh tempah di Booking.com


Kalau nak hotel mewah dalam Thamel boleh cari Royal Penguin, Kathmandu Guest House dan Marshandi Hotel. Rate USD50 dan ke atas. Tengok musim juga.


5) Kedai kopi popular


Himalayan Java di Mandala Street atau di Tridevi Marg.


Jadi bagaimana? Mudah bukan kerana sudah ada tips ringkas. Apa tunggu lagi bolehlah rancang untuk ke sini nanti. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2018 02:52 PM | Show all posts
flight ke kathmandu dari kuala lumpur - MAS, Malindo & AirAsia ...

MAS once daily - sampai 1030pm & balik ke KUL midnightt dr KTM,
MAlindo twice daily - pagi & petang dari KUL
Air Asia once daily - pagi dari KUL


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 10:11 AM | Show all posts
teringin nk ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2018 09:32 PM | Show all posts
what about info on trekking?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040392 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list