|
UALA NERUS, 30 Jun (Bernama) - Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.
"Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri...selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri.
Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan 183 pasangan pengantin dalam majlis Walimatulurus Perdana 2018 yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.
http://bernama.com/bm/news.php?id=1476074
|
|