KUALA TERENGGANU 7 Ogos - Kerajaan negeri mengucap tahniah kepada seorang lagi pelajar anak negeri, Mohammad Faiz Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan dengan memperoleh Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berharap kecemerlangan yang dicatatkan di salah sebuah universiti terkemuka itu menjadi inspirasi kepada anak-anak negeri yang lain bagi memajukan diri.
Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dan Wan Suhubbiah Wan Abdillah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan cemerlang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
“Pemuda kelahiran Terengganu ini tentunya membanggakan ibu bapa apabila mengikut jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang pesara jurutera jurutera.
“Setinggi penghargaan kepada Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan berterusan anak lelaki mereka.
“Kecemerlangan anak sulung daripada empat beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adiknya tetapi dapat dijadikan pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,”ujar Dr. Samsuri. -UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/mohammad-faiz-lakar-kejayaan-di-united-kingdom-1.724454
|