CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4535|Reply: 16

Ini 4 Bandar Terindah Dan Unik "No Roads, No Cars"

[Copy link]
Post time 31-10-2018 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Sebagai manusia biasa, yang pernah melalui kehidupan di bandar penuh kesesakan lalu lintas dan asap kenderaan, sudah pasti ada yang mengimpikan suasana aman tanpa menghidup udara kotor atau bunyi hon yang membingitkan telinga. Namun apa yang anda idamkan, belum tentu  dapat direalisasikan kerana  kini kita di era arus kemodenan dan teknologi. Mustahil untuk hidup tanpa kenderaan moden.


Namun begitu,  tahukah anda, masih ada bandar yang tidak perlu melalui kehidupan  seharian sebegitu? Tahukah anda masih terdapat bandar tidak menggunakan kenderaan seperti kereta atau bas sebagai pengangkutan  seharian mereka tetapi kehidupan masih lancar seperti biasa. Wah! Hebat.

Maka, ini adalah senarai bandar tanpa kenderaan kereta atau bas yang memiliki suasana indah dan buat anda bikin anda jatuh cinta.

Giethoorn, Netherlands


Giethoorn sebuah perkampungan yang indah dan unik tanpa jalan raya dan pengangkutan awam seperti kereta atau bas. Ia terletak 120 kilometer daripada bandaraya Amsterdem, Belanda dengan jumlah penduduk kira-kira 2600 orang. Apa yang menarik mengenai Giethoorn adalah  menggunakan bot bisik atau whisper boats sebagai pengangkutan utama. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat indah yang begitu mendamaikan. Bertapa beruntungkan kita, kalau dapat ke sini dan melihat kehidupan seharian penduduk di sini, mesti menarik bukan?



Musim-musim di Giethoorn. Ice skating di laluan air ketika musim salji. Imej dari internet.




Antara rumah-rumah di Giethoorn


Venice , Italy






Venice adalah sebuah bandar di utara Itali dengan jumlah penduduk lebih 270,000 orang. Ia merupakan sebuah bandar sangat tua yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk melihat seni bina dan juga terusan-terusan (laluan air) yang unik dan menarik. Bandar ini terdiri daripada 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan (laluan air). Penduduk  di sini menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan. Tak mustahil lah andai bandar ini diperkatakan orang ramai sebagai salah satu bandar paling cantik di dunia.



Keindahan di Venice,Italy. Imej dari internet.




Pengangkutan utama di sini, iaitu Gondola. Kelihatan juga struktur bangunan merupakan perumahan penduduk di Venice. Imej dari internet.




Keceriaan lampu malam kelihatan setiap saat waktu hampir gelap. Cantiknyaa...



Mackinac Island, Michigan, US



Di sini, undang-undang tempatan melarang penggunaan mana-mana kenderaan bermotor di pulau ini membuatkan ia menjadi pulau yang unik. Penduduk di sini hanya boleh  berjalan kaki, berbasikal, atau menaiki kuda sahaja kecuali beberapa pengangkutan tertentu dibenarkan, seperti kenderaan kecemasan, kerusi roda elektrik bagi mereka yang kurang upaya, kereta salji di musim sejuk, dan kereta golf untuk penggunaan tertentu sahaja.





Suasana di  Mackinac Island. Kelihatan basikal, kereta kuda dan kereta salji sebagai pengangkutan utama penduduk di sini.




Waktu malam di Mackinac Island



Hydra, Greece



Terletak di Laut Aegean, antara Saronic dan Argolic Gulfs.  Hydra merupakan bandar Yunani klasik dengan seni bina berkonsep rumah putih yang meliputi bukit-bukit di kawasan itu. Lautannya yang bersih dan kawasannya yang indah membuatkan pulau ini menjadi antara destinasi pelancongan yang diminati. Apa yang disimpan di pulau ini dianggap sesuatu yang murni kerana undang-undang pemeliharaannya yang tidak membenarkan pemasangan bangunan-bangunan baru yang boleh menghilangkan penampilan asal bandar itu. Selain itu, Hydra juga tidak mempunyai kenderaan bermotor kerana jalannya yang terlalu sempit dan curam. Jadi, Hydra masih kekal berada dalam keadaan yang sama seperti 50 tahun yang lalu.






Terserlah ketenangan  di kota Hydra Greece , Malah kawasan ini juga berlatarkan lautan biru.




Waktu malam di kota ini tiada kurangnya. Sesuai betul kepada anda yang ingin mencari ketenangan.





Indah betul tempat tanpa kenderaan bermotor ni kan? Rasa-rasa mana satu pilihan anda? - CARI


Sumber : skimackinac, Wikipedia/Hydra, businessinsider.com, metro.news, Wikipedia/Venice
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 12:18 PM | Show all posts
greece is beautiful, ade kan beberapa lautnya yg dapat pengiktirafan UN , NIce? - i teringat Venice i teringat  - FRANK TUPELO

hahahahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:25 PM | Show all posts
Aku teringin nak gi Venice tu.. tapi diorang cakap Venice tu indah khabar dari surat khabar tak tau la ye ke tidak.. aku pun tak pernah gi cuma tgk dalam Tiwi.. aku ni suka amek gambau...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak kesemua tempat tu. Paling nak pegi Netherlands tu. Tengok mcm byk oxygen je, haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:36 PM | Show all posts
buragazz replied at 31-10-2018 04:25 AM
Aku teringin nak gi Venice tu.. tapi diorang cakap Venice tu indah khabar dari surat khabar tak tau  ...

iols pun pernah dengar orang cakap, air kat terusan tu kotor & berbau. tak tau la betul ke idokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:36 PM | Show all posts
Themilo replied at 31-10-2018 12:36 PM
iols pun pernah dengar orang cakap, air kat terusan tu kotor & berbau. tak tau la betul ke idokkkk ...

Ha ah sama la meols pun dengar benda yang sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 12:47 PM | Show all posts
Kesemuanya cantik dan unik ada keistimewaan tersendiri susah nak kata mana yang paling best.  Jadi pergi je kesemuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 12:54 PM | Show all posts
cantiknya tempat tempat ni..macam gambar lukis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 01:28 PM | Show all posts
Air kt terusan tu mmg berbau pun. Lagi2 selepas hujan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya mesti tenang jah hidup tinggal kat tempat indah camtu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok nya kat Giethoorn tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 04:27 PM | Show all posts
agak2 mahal x cost berjalan kt netherland tu eh...damainye
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 11:37 AM | Show all posts
teringat one piece kat venice tu..water 7
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:28 PM | Show all posts
uiiii..cantiknya!! tenang idup kalau p tempat cam gini
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 08:10 AM | Show all posts
cantiknye.. teringin nak pegi tempat2 yang cantik2 mcm ni. tapi ape kan daya kewangan tak mengizinkan. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2018 11:29 PM | Show all posts
pernah pegi Venice tahun 2014, banyak penduduk dah berpindah keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Venice memang cantik dan susunatur bangunannya menarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.948508 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list