CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6218|Reply: 10

Cantik Betul Gunung Warna-Warni Di Seluruh Dunia! Jom Layan Sekejap

[Copy link]
Post time 13-12-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda dengar mengenai Gunung Pelangi atau Gunung Warna-Warni? Pernahkah anda lihat keajaiban alam semula jadi ini? Jika belum, jom layan gambar di bawah ini.


Untuk itu, ini senarai gunung warna-warni yang bakal mewarnai hari anda. Moga hari anda lebih indah setelah melihat keindahan dan keunikan pergunungan ini.


1. Zhangye Danxia, China


Foto: Google




Kawasan pergunungan yang mempunyai keluasan 322 kilometer persegi ini, meliputi kawasan pergunungan warna-warni dengan campuran pasir merah dan mineral yang telah terbentuk sejak 24 juta tahun yang lalu lagi. Ia merupakan antara tempat tumpuan dan terkenal di dunia dan telah tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO.

Foto: Google




2.Rainbow Mountain, Peru

Foto: Google



Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca /Yauricunca ini terletak di kawasan Pegunungan Andes.  Untuk sampai ke sini,  ianya agak mencabar. dan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sini. Bagi anda yang sukakan cabaran, mungkin anda boleh cuba memulakan ekspedisi anda ke sini.

Namun dikatakan tidak seperti yang digambarkan, sebaliknya hasil warna di sini lebih semula jadi dan tidak terlalu terang seperti di gambar ini.




Foto: Google




3. Brennisteinsalda, Iceland


Foto: Google




Brennisteinsalda adalah kawasan gunung berapi yang  masih kelihatan  aktif dengan mata air sulfur panas dan wap di sisinya. Ia merupakan gunung paling cantik di Iceland kerana bentuk muka buminya yang  berwarna hitam dan biru yang berpunca dari  abu dan lava. Kemudian, warna merah datangnya dari kandungan besi dan warna hijau pula adalah lapisan lumut yang meliputi kawasan batu pergunungan ini.

Foto: Google





4. Painted Hills di Oregon, Amerika Syarikat


Foto: Google


Pergunungan ini terletak di Wheeler County, Oregon, Amerika Syarikat. Gunung ini dipanggil Painted Hills, kerana warnanya kelihatan seperti dicat. Dikatakan, Painted Hills dibentuk lebih daripada 35 juta tahun oleh lapisan abu gunung berapi, ketika kawasan ini masih menjadi sungai.







Foto: Google



5. Cerro de los Siete Colores, Argentina


Foto: Google



Mount Cerro de los Siete Colores juga  dikenali sebagai The Hill of Seven Colors kerana mempunyai 7 lapisan warna berbeza. Pergunungan ini terletak di kawasan Quebrada de Purmamarca, Argentina. Pergunungan ini terbentuk dari kesan geologi kompleks termasuk seperti sedimen marin, pergerakan tasik dan sungai yang dinaikkan dengan pergerakan plat tektonik.


Foto: Google


6. Seven Coloured Earths, Mauritius


Foto: Google

Seven Coloured Earths atau dikenali dengan Terres des Sept Couleurs, terletak di daerah Chamarel, Daerah Rivire Noire, di selatan Mauritius.Ia adalah kawasan bukit pasir kecil yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza seperti merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning. Apa yang menarik, pasir berwarna yang berbeza ini secara spontan akan menetap di lapisan yang berlainan mengikut warnanya.  
Malah, jika  anda cuba mencampurkan semua pasir di sini,  secara perlahan-lahan ia akan memisahkannya sendiri mengikut warna masing-masing. Wah, Lain macam betul!

Foto: Google



Cantik bukan? Kepada Kaki Travel, dah ada yang pernah sampai ke gunung warna warni ke? Atau ada niat untuk ke sini? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike subhanallah..cantik betul view
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq beb. Terapi mata dan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 01:03 PM | Show all posts
cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 01:32 PM | Show all posts
tp kalau pakai phone cap ayam nampak kelabu je lah. nasib badan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 02:56 PM | Show all posts
Amat cantik dan unik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik macam lukisan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Subahanallah.. Salah satu sbb nak pegi peru sbb gunung tulah, selain dari nak tengok macu picu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Out of 6 places, satu je dpt pergi .. Alhamdullilah .
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:50 AM | Show all posts
betul betul cantik ya macam surga. ayo kumpulkan uang tuk kesane
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 10:29 PM | Show all posts
belum pernahnampak kawan2 kaki travel datang ke sini.. cantiknyaaa subhanallah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.647162 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list