CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 5

Pesakit disahkan positif Covid-19 di cari.

[Copy link]
Post time 11-10-2020 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 di kawasan Telipok, petang semalam diminta untuk menyerah diri di mana-mana klinik kesihatan berdekatan dalam kadar segera.

Suspek melarikan diri setelah diminta untuk menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu untuk dibawa ke hospital selepas mendapat keputusan ujian di Klinik Kesihatan Telipok.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan perkara ini ketika dihubungi wartawan RTM di Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Menurutnya, suspek, lelaki berusia 53-tahun adalah warga tempatan dan beralamatkan Taman Puterajaya, Telipok. Suspek telah membuat ujian berkenaan sehari sebelum itu.

ACP Habibi memaklumkan, pihak Klinik Kesihatan Telipok juga telah menghubungi suspek namun suspek tidak menjawab panggilan.

Pihak Polis dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu kini giat mengesan suspek bagi tindakan lanjut. Setakat ini, suspek masih lagi belum dapat dikesan. Siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, ACP Habibi meminta orang ramai untuk berhati-hati dan melaporkan keberadaan suspek sekiranya mengenali suspek.

Kes diklasifikasi dibawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2020 08:12 AM | Show all posts
dah ada Update ...


Untuk makluman semua pihak. Pihak KKM sudah mendapat maklumat tempat dan pengesahan dari Pegawai Kesihatan yg bertanggungjawab dari insiden ini.

Pesakit sudah telefon pihak KKM utk datang ambil dgn ambulans, pesakit tak bermaya utk bergerak disebabkan demam yang terlalu panas dan sejarah kesihatan yang lain.

Utk info, pesakit tidak melarikan diri, tetapi ketika datang ambil keputusan test covid, FAIL kesihatan hilang dan para staf kesihatan mungkin terlepas pandang kpd pesakit tersebut. Sehingga menyebabkan pesakit menunggu terlalu lama dalam keadaan tak larat dan terpksa balik kerana pengurusan lambat dan pesakit tidak tahan dgn demam yg dialami.

Pesakit balik dan minum ubat demam dan ubat batuk, apa yg dimaklumkan, pesakit ttidur beberapa jam dan pihak klinik cuba telefon namun tiada yg angkat. Pihak pesakit juga sudah menghubungi beberapa kali sehingga petang semalam barulah pihak klinik menjawab dan sudah mengesahkan status terkini.

Pesakit menunggu ambulans dari pihak kkm agar tidak ada berlakunya sebarang perkara yg tidak diingini berlaku.

Disini saya nak maklumkan, tiada istilah melarikan diri, perkara sudah settle. Pihak kkm dan penguatkuasa sudah ambil maklum. Tq


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
emm kesian pulak pesakit dah la tak larat kena tuduh melarikan diri pulak. ttapi kan result covid19 kena amik sendiri ke? dia tunggu kat area mana tu? bukan ke patut pihak hospital je gi jemput yg positif? mcmn kalau ada yg berjangkit dari dia hari dtg amik result tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 09:12 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 11-10-2020 08:58 AM
emm kesian pulak pesakit dah la tak larat kena tuduh melarikan diri pulak. ttapi kan result covid19  ...
tu la heran ...

bukan sepatut nya bila hospital dapat result ... akan d hantar orang untuk ambik pesakit tu...

atau mungkin sekarang ni kat sana dah kekurangan tenaga kerja penyelamat ... sebab tu kot minta yang kompom positive ni datang sendiri...
tapi kalo gtu... bahaya lah huhuhu...
sepanjang perjalanan tu..?


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada doktor yang dah positif. Tenaga kerja tak cukup dan terlepas pandang pak cik ni. Kesian dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 08:06 PM | Show all posts
MissVixen replied at 11-10-2020 09:27 AM
Ada doktor yang dah positif. Tenaga kerja tak cukup dan terlepas pandang pak cik ni. Kesian dia.
tu la pasal...

DG pun dah bgtau ... tambahan tenaga kerja doktor2 dan nurse dari Sjung ...

semoga cepat la reda


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.097167 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list