View: 683|Reply: 0
|
Jabatan Tanah dan Survei mampu bawa perubahan landskap perkhidmatan awam ke arah
[Copy link]
|
|
KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak diyakini dapat memacu sebagai sebuah agensi kerajaan yang boleh membawa perubahan ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 berdasarkan hasil inovasi yang dicatatkannya sehingga kini.
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Dr. Sabariah Putit, Jabatan itu telah berjaya menghasilkan 150 inovasi daripada 14 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
"JTS Sarawak telah menggunakan sistem yang lebih maju dan diiktiraf secara global di mana dari segi transformasi digital, jabatan ini telah menghasilkan 150 inovasi setakat ini.
"Dengan mempunyai pasukan 14 KIK yang berdaya saing, pada tahun-tahun mendatang, saya ingin melihat lebih banyak hasilan inovasi daripada anda (JTS Sarawak)," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion pada majlis penutupan program Cabaran Kreativiti Dekorasi Kek Anugerah Konvensyen Inovasi Penjawat Awam (SCSICA) dan Ceramah Profesion Juruukur: Inovasi dan Transformasi sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam 2020 anjuran JTS Sarawak di sini, hari ini.
Sabariah berkata, JTS Sarawak telah memilih untuk melakukan transformasi digital pada peringkat awal.
“Dengan usaha bersama dan kepemimpinan jabatan, saya percaya JTS Sarawak berpotensi untuk membantu membawa perubahan pada landskap perkhidmatan awam negeri Sarawak,” katanya.
Sehubungan itu, beliau gembira kerana JTS Sarawak telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa program itu dijalankan dalam situasi wabak COVID-19 yang melanda ketika ini.
Beliau berharap program itu akan diteruskan pada masa hadapan memandangkan ia memberi makna yang besar dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan penjawat awam.
Terdahulu, Pengarah JTS Sarawak Abdullah Julaihi berkata, pihaknya telah mengadakan program sama di Lawas minggu lalu untuk zon utara Sarawak sempena Hari Integriti dan Inovasi Tanah dan Survei Sarawak 2020.
Beliau berkata, program yang diadakan di bandar ini (untuk zon selatan) sedikit berbeza memandangkan para peserta dikehendaki menjadi kreatif.
"Cabaran Kreativiti Dekorasi Kek SCSICA 2020 memerlukan peserta untuk merancang lebih awal, memutuskan reka bentuk kek yang mereka mahukan, serta menyediakan bahan-bahan dan alatan yang mereka perlukan.
"Kesemua ini memerlukan pemikiran kritikal dan diharapkan mereka dapat mempraktikkan pemikiran ini dalam tugasan harian di tempat kerja masing-masing,” katanya.
oleh Marlinda Marzuki
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|