CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 2

[SABAH] Peluru lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui dalam tand

[Copy link]
Post time 13-10-2020 12:22 AM | Show all posts |Read mode
LABUAN: Polis menjalankan siasatan ke atas penemuan 24 butir peluru yang melibatkan 22 butir berukuran 7.62 mm dan dua butir berukuran 20 mm.



Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata, peluru lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua itu ditemui pekerja pembersihan Perbadanan Labuan di tandas awam Anjung Ikan Bakar Kg Lubok Temiang pagi tadi (12/10).

"Keadaan peluru yang masih disaluti tanah dan berkarat itu dipercayai telah dijumpai seseorang di tempat lain lalu membawa dan meninggalkan peluru itu di tandas berkenaan," katanya.

Menurut Farid, pihaknya menerima laporan penemuan peluru dalam tandas itu dari pekerja wanita di tandas berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi Isnin.

Dalam laporannya, pekerja berkenaan menyatakan ketika hendak membersihkan ruangan tandas lelaki, dia menemui beberapa objek seperti peluru yang terletak di atas lantai.

Justeru, pihak polis menasihatkan mana-mana individu yang menjumpai objek mencurigakan agar segera memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Farid menjelaskan, laporan kepada polis akan dapat mengelak sebarang perkara yang tidak diingin berlaku khususnya yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2020 12:35 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2020 12:37 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047307 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list