View: 1044|Reply: 1
|
[SABAH] Lebih 100,000 pekerja asing belum jalani saringan COVID-19 di Sabah
[Copy link]
|
|
Wan Zulkifli (kiri) menyerahkan notis kepada wakil pengurusan kilang dalam operasi berkenaan.
KOTA KINABALU: Hampir 112,000 pekerja asing di negeri ini dikenal pasti masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah Wan Zulkifli Wan Setapa berkata, jumlah pekerja asing dari pelbagai sektor di negeri ini seramai 115,157 orang membabitkan sebanyak 7,578 majikan.
Menurutnya, setakat ini hanya 3,200 pekerja asing melibatkan 700 majikan yang memberikan komitmen untuk menjalankan ujian saringan COVID-19.
Katanya, sebagai negeri yang mencatat kes harian COVID-19 tertinggi setiap hari, pihaknya mahu semua majikan di negeri ini melaksanakan ujian saringan terutama melibatkan pekerja asing.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan operasi penguatkuasaan tanggungjawab majikan untuk melakukan ujian saringan COVID-19 yang menggaji pekerja asing sekitar bandaraya di sini.
Wan Zulkifli berkata, majikan yang belum membuat ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja asing diminta berbuat demikian bermula 11 Januari hingga 28 Februari depan.
Menurutnya, tindakan berkenaan selaras dengan arahan kerajaan yang mewajibkan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja asing.
Wan Zulkifli berkata, majikan boleh didakwa di bawah Akta 342 di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan No 9 2020 Perkara 10) sekiranya gagal melakukan ujian terbabit selepas 28 Februari.
oleh
Siti Aisyah Narudin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai nyer
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|