|
MUKAH: Semua aktiviti melibatkan perhimpunan orang ramai di Dalat dekat sini ditangguhkan serta-merta, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah (gambar).
Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata tindakan itu diambil berikutan 17 kes COVID-19 dikesan di Daerah Dalat pada Isnin.
"Walaupun ia berlaku di rumah panjang dan sekatan jalan raya telah diadakan, semua pihak harus terus berjaga-jaga dan mematuhi Prosedur Operasi Standard," katanya menerusi satu kenyataan.
Antara program yang ditangguhkan adalah Program Back To School anjuran Pusat Khidmat DUN Dalat di Oya Square dan di Tebingan Sungai Dalat yang dijadualkan pada lusa (14 Januari 2021).
Selain itu, Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Oya/Dalat pada 16 Januari 2021, aktiviti perniagaan di Pekan Sabtu, BazaarNita, kiosk belia di Tebingan Sungai Dakat juga turut ditanggubkan ke satu tarikh yang akan diumjmkan kelak.
oleh
Mohamad Achil Norrlatep
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|