|
LUNDU: Seorang wanita dan dua lelaki ditangkap ketika sedang khayal dadah di sebuah dusun buah Kampung Tabuan Dayak di sini.
Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata kesemua suspek dicekup dalam serbuan yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu kira-kira 10.15 malam tadi.
"Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu seberat 83.83 gram dan 33 biji pil Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM8,450," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Damataries berkata hasil soal siasat, suspek wanita berusia 39 tahun dan kedua-dua suspek lelaki berusia 28 tahun mengaku sudah terlibat dalam penyalahgunaan dadah selama dua tahun.
Tambahnya, seorang suspek lelaki berusia 28 tahun dari Kampung Tabuan Lundu yang juga penganggur mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki dikenali dengan nama Alex.
"Suspek akan berhubung dengan Alex untuk mendapatkan bekalan dadah jenis syabu," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39( Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952 dan akan dipohon reman hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|