CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

Kelly akui bakal berdepan cabaran di Tokyo

[Copy link]
Post time 4-8-2021 08:41 PM | Show all posts |Read mode

KELLY mengakui bakal berdepan cabaran dan kesukaran untuk bersaing pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun ia bukan penghalangnya untuk menjelmakan pingat buat Malaysia.

Kelly akui bakal berdepan cabaran di Tokyo


PEMAIN golf wanita negara, Kelly Tan mengakui sudah tidak sabar untuk memulakan aksi pada pusingan pertama yang akan berlangsung di lapangan Kelab Golf Kasumiga-seki hari ini.

Dia yang meletakkan sasaran untuk memenangi pingat pada penampilan ke-duanya di Sukan -Olimpik, bagaimanapun berdepan bebe-rapa cabaran sepanjang berada di sana.

Katanya, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tokyo kerana terpaksa mengharungi penerba-ngan jauh dari Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Selain itu, Kelly menjelaskan, dia tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak di perkampungan sukan kerana keadaan katil yang dianggap terlalu keras.

“Memang saya berdepan ba-nyak cabaran di sini. Saya tinggal di perkampungan sukan, namun setiap hari perlu datang ke lapangan untuk melakukan latihan dan ia memerlukan masa sejam setengah.

“Selain itu, saya rasa tidak selesa pada bahagian leher ke-rana katil yang disediakan sangat keras. Oleh itu, saya tidak dapat tidur dengan nyenyak.

“Saya juga berangkat dari AS untuk datang ke sini, jadi masih ada kelesuan jet. Bagaimanapun, saya akan cuba lakukan yang terbaik esok (hari ini),” katanya.

Pada masa sama, Kelly yang pernah beraksi dalam Siri Jelajah LPGA AS percaya mereka akan berdepan cuaca tidak menentu sepanjang saingan meskipun sudah tidak sabar untuk beraksi.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075287 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list