CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 737|Reply: 1

[Sarawak] Anggota RELA Miri tampil tuntut gaji tertunggak

[Copy link]
Post time 22-8-2021 07:04 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seramai lebih 20 anggota Jabatan Sukarelawan Sarawak (RELA) di sini mengadu masih belum menerima gaji dan elaun selama tiga bulan.

Kebanyakan mengadu tidak menerima gaji sejak Mei setelah ditawarkan berkhidmat membantu anggota keselamatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka ditempatkan bertugas di pusat kuarantin, rumah mayat Hospital Miri,  terlibat dalam operasi sekatan jalan raya serta kawasan kediaman.

Mereka tampil menyuarakan masalah kepada pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri dan berharap gaji tertunggak dapat dijelaskan sekali bayar.

Kerana tiada pendapatan, ramai telah  mencari pekerjaan lain untuk melunas hutang bulanan dan bayaran tanggungan lain.

Eleda Wong, 36, berkata, beliau telah ditugaskan membantu polis melaksanakan operasi sekatan jalan raya bermula Februari lalu.

"Saya belum menerima gaji dan elaun pada bulan Mei dan Jun. Saya telah menyuarakan perkara ini kepada pihak atasan Rela Miri tetapi jawapan yang diberikan adalah sama iaitu masih dalam proses (gaji)," jelasnya.

Menurutnya, dia bekerja hampir setiap hari dengan bayaran RM8 untuk satu jam selama lapan jam.

Untuk sebulan, seorang anggota boleh menerima gaji sebanyak RM1,900 bergantung kepada hari bekerja.

Selain itu, sebagai petugas barisan hadapan, setiap mereka juga menerima elaun RM200.

Robin Sila, 47, berharap kerajaan negeri memiliki peruntukan tetap dan mencukupi untuk pembayaran gaji anggota Rela.

"Dengan adanya peruntukan tetap ini dapat mengelak masalah ini dari terus berulang," jelasnya.

Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo berharap pembayaran sekali bayar dapat disegerakan untuk membantu anggota Rela yang turut terkesan pendapatan ketika waktu sukar sekarang.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Peter Hee berkata DAP akan sedia membantu anggota Rela  sekiranya mereka dikenakan tindakan disiplin kerana tampil mengadu hal tersebut.

Bantuan termasuk pembelaan dari aspek undang-undang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 07:05 AM | Show all posts
semoga di permudahkan urusan ...

kesian mereka ... mereka pun terdedah juga dengan bahaya bila bertugas ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.660092 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list