View: 6297|Reply: 0
|
Buat gimik pun tak ada orang peduli, Azzam Sham rasa give up nak jadi artis
[Copy link]
|
|
Pengalaman menyanyi sejak kecil dan pernah menjuarai pertandingan bakat ternyata bukan tiket mudah buat Azzam Sham mengecapi kejayaan dalam karier seni.
Malah Azzam atau Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 28, pernah terfikir melupakan kariernya sebagai penyanyi kerana semua perkara dilakukan tidak mendatangkan hasil.
"Saya pernah terfikir untuk berhenti menyanyi tapi sebab saya mula menyanyi dari kecil saya lupakan hasrat itu.
"Saya fikir untuk apa saya berhenti? Sekarang cuma kena lalui dan berusaha sehingga berjaya," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, Azzam yang baru melancarkan single Derita Jiwa mengakui percubaan gimik dilakukan juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.
Mengakui publisiti murahan lebih mudah mendapat perhatian, Azzam bagaimanapun merasakan ada kekurangan pada diri yang membuatkan dia tidak dipandang.
"Saya dah pernah buat gimik untuk lagu Derita Jiwa tapi ia tak menjadi.
"Walaupun saya rasa perkara itu perlu pada zaman sekarang untuk dapatkan perhatian tetap nampaknya tiada kesan.
"Mungkin juga ada kekurangan daripada diri saya juga," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Azzam bakal berkolaborasi dengan penyanyi Ezzad Lazim menerusi lagu Kasih Kekasih nyanyian asal kumpulan In-Team dan Mimpi Laila (Yasin).
Dua lagu berkenaan akan dilancarkan pada bulan Ramadan tidak lama lagi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|