View: 985|Reply: 1
|
Cools mahu manfaatkan pengalaman di UCL
[Copy link]
|
|
Oleh Firdaus Hashim
[email protected]
Kuala Lumpur
Pengalaman beraksi di pentas tertinggi Eropah seperti di saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan beraksi dengan kelab ternama seperti Club Brugge serta FC Midtjylland mahu dimanfaatkan sebaiknya bersama 'ubi muda' tempatan.
Jelas pemain kacukan negara, Dion Cools, dia berhasrat untuk membuka akademi bola sepak di Malaysia suatu hari nanti bagi melahirkan lebih ramai bintang masa depan bagi eksport ke luar negara.
Ujarnya lagi, pengalaman bersaing dengan kelab terbesar sama ada di Belgium mahupun Denmark, akan dicurahkan kembali bersama pemain muda negara dengan penekanan kepada aspek bola sepak moden.
"Ya (mahu buka akademi bola sepak di Malaysia)…sudah pasti dan saya berharap dapat melakukannya suatu hari nanti," katanya di laman sosial miliknya.
Cools, 25, yang didedahkan sejak kecil dengan suasana bola sepak Eropah pastinya sarat dengan ilmu yang mampu membantu perkembangan pemain muda negara.
Malah, dia yang ketika ini muncul antara tonggak utama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dilihat sebagai ikon baru buat ubi muda negara mengikut jejaknya bermain di Eropah.
Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang pemain profesional, seseorang itu haruslah berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri.
Katanya, tiada apa yang mustahil untuk pemain dari Malaysia berkelana ke Eropah asalkan sanggup belajar perkara baru dan berkorban demi kerjaya.
"Berlatih lebih keras daripada yang lain. Perlunya kesabaran dan nikmatilah setiap saat, serta menerima dan belajar memperbaiki kelemahan.
"Ketahuilah akan banyak pengorbanan untuk berjaya. Jangan pernah bersikap negatif apa pun yang anda lakukan. Yang paling penting percaya pada diri sendiri," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
COOLS berhasrat untuk membuka akademi bola sepak di Malaysia. FOTO NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|