CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 1

Itali lebar rekod selepas ikat Switzerland

[Copy link]
Post time 7-9-2021 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Basel, Switzerland: Itali meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada 36 perlawanan dalam aksi kelayakan Piala Dunia apabila seri tanpa jaringan menentang Switzerland yang menyaksikan mereka kini menguasai kedudukan Kumpulan C dalam laluan ke final 2022 di Qatar.

Juara Eropah bimbingan Roberto Mancini melakarkan keputusan seri menentang Sepanyol dan Brazil serta seri 1-1 dengan Bulgaria pada Khamis lalu.

Itali yang mencatatkan kemenangan luar biasa bermula dengan kekalahan 0-1 kepada Portugal pada September 2018 dan kemudiannya mengekalkan penguasaan Kumpulan C dengan 11 mata dari lima perlawanan.

Switzerland empat mata di belakang namun masih mempunyai dua perlawanan di tangan.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan, peluang datang pada separuh masa kedua apabila pemain Chelsea, Jorginho mengambil sepakan penalti.

Itali merasakan saat yang dinanti tiba apabila VAR memberikan keputusan untuk menghadiahkan penalti selepas Ricardo Rodriguez melakukan kekasaran ke atas Domenico Berardi.

Namun penjaga gol Yann Sommer merebahkan badan ke kiri bagi menghalang sepakan berkenaan dan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan.

Sommer memainkan peranan besar dalam perlawanan itu yang mana pemain Bundesliga menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pada jam pertama.

Itali akan berdepan Lithuania pada Rabu ini dengan Switzerland akan bertemu Ireland Utara. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 07:52 AM | Show all posts

YANN Sommer bertindak cemerlang menjaga benteng Switzerland. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082047 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list