View: 873|Reply: 1
|
Mostafa bantu Mesir catat keputusan seri menentang Gabon
[Copy link]
|
|
Johannesburg: Mostafa Mohamed menjaringkan gol pada minit terakhir untuk membolehkan Mesir mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan F ketika terpaksa bermain 10 orang di Gabon selepas Jim Allevinah meletakkan tuan rumah di depan.
Pertembungan itu membabitkan pertarungan antara penyerang Liga Perdana Inggeris berprofil tinggi Pierre-Emerick Aubameyang bersama Gabon dan Mohamed Salah bersama Mesir.
Drama dalam perlawanan bermula pada 19 minit terakhir di Franceville, apabila pemain pemain tengah Mesir, Omar Gaber dilayangkan kad merah selepas meraih kad kuning kedua.
Allevinah meletakkan Gabon di depan dua minit kemudian menewaskan penjaga gol Mohamed el Shenawy dari dalam kotak penalti selepas pelawat gagal melakukan sepakan percuma.
Jurulatih Mesir, Hossam el Badry kemudiannya memasukkan Mostafa 13 minit sebelum masa tamat dan penyerang Galatasaray berjaya meledakkan gol penyamaan penuh dramatik.
Salah terlepas aksi kemenangan ke atas Angola Rabu lalu kerana Mesir berada dalam senarai merah United Kingdom dan dia perlu menjalani kuarantin 10 hari selepas kembali ke Kaherah.
Sementara itu, Namibia berada di puncak Kumpulan H selepas melakarkan kejutan menewaskan Togo 1-0 hasil gol menakjubkan dari Elmo Kambindu.
Selepas dimasukkan dari bangku simpanan ketika mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Congo Brazzaville tiga hari lalu, Kambindu disenaraikan sebagai pemain utama oleh jurulatih Bobby Samaria untuk perlawanan di Lome. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
MOSTAFA Mohamed ledak gol penyamaan. -FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|