View: 1026|Reply: 1
|
Khairul, Sham lepas jawatan dalam Perak FC
[Copy link]
|
|
Ipoh: Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed mengesahkan akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Perak FC serta Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Malah menurutnya, seorang lagi BOD kelab bolasepak itu, Datuk Sham Mat Sahat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu turut mengambil tindakan sama dengan meletak jawatan dalam kedua-dua entiti terbabit.
"Salam. Seperti mana (berita) yang tersebar, saya dengan YB (Yang Berhormat) Datuk Sham (Mat) Sahat akan meletak jawatan dalam Perak FC dan PAFA," katanya ringkas melalui pesanan WhatsApp ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, urusan peletakan jawatan secara rasmi akan dibuat selepas selesai tempoh kuarantin iaitu pada Khamis ini yang dikenakan hampir kepada kesemua Adun yang mengikuti persidangan Dewan Undangan Negeri yang berakhir Isnin minggu lalu.
"Selesai sahaja kuarantin pada Khamis ini, akan diuruskan secara rasmi (peletakan jawatan)," katanya.
Ditanya sama ada peletakan jawatannya mempunyai hubung kait dengan 'penurunan pangkat' Perak FC yang hanya akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan, Khairul Shahril sekadar menegaskan memang sudah lama beliau berhasrat meletak jawatan.
Terdahulu, terdapat hantaran yang ditularkan peminat Perak FC berkenaan paparan tangkap layar perbualan di WhatsApp mengenai hasrat Adun Bota itu meletakkan jawatan dalam kancah bola sepak negeri ini.
Menerusi hantaran itu, beliau memohon maaf atas sikap berdiam diri serta mengaku turut bertanggungjawab atas kegagalan pasukan itu. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed |
|
|
|
|
|
|
| |
|