|
firstly, ni bukan nak kutuk direct pada orang yang duduk kedai kopi.
dulu sebelum besar dan ada otak yang mampu pikir jauh skit
mmg pandang serong pada depa nih.
now, datang soalan dlm diri sendiri
dan tertanya2 kenapa dorang dok kedai kopi
dan, dah 2 minggu buat ekperimen sendiri.
dan dpt dok perhati, ada beberapa jenis peringkat usia
yang dok kedai kopi nih
ada yang mmg tujuan nak makan minum etc
selalunya yang paling ramai waktu pagi laaa
kalau ahad, lagi ramai.
apa yang dpt dgr apa dorang dok sembang
pasal apa yang berlaku kat msia nih
tapi bercampur2 laaa
ada yang citer pasal kampung
now, kedai kopi banyak dah pasang astro
so, dorang punye topik perbincangan pun berkisah pada prog tv tu laaa
hmm...agak2, apa yang dorang sembang lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni hao,
Sembang dikedai kopi lebih dari sekadar omelan, rungut dan sungut, gosip liar dan panas atau cakap ringan lagi kosong. Ia suatu tempat pertemuan yang neutral, sesiapa sahaja bebas datang bertandang, memenuhi hajat masing-masing sambil menikmati sedikit makanan ataupun secawan/segelas minuman pilihan.
Segala isu, kecil dan besar boleh diperkatakan didalam ruang yang tersedia. Malah, telah terbukti didalam sejarah sesetengah perancangan politik yang penting dan juga perniagaan telah tercetus, hasil dari secangkir kopi/teh didalam kedai-kedai kopi seperti ini. Jangan tertipu dengan persekitarannya yang enteng dan biasa-biasa. Kerana itulah, ia kerap menjadi pilihan para pujangga mencari ilham, mengamati kehidupan. Juga menjadi tempat persinggahan soldadu politik mengumpan undi, mengorek rahsia lawan dsb. Atau kalau mahu, tempat untuk mengadu kasih dan menagih sayang.
Syaratnya cuma satu - menjaga tertib dan rukun. Asal berkata-kata (baik hal sensitif dan rahsia) atau apa sahaja pun, jangan sesekali menghimpit, menyambar ruang orang lain. Setiap seseuatu ada caranya - bak kata orang "pandai makan, pandailah simpan" Telinga ini sudah lali mendengar caci-umpat orang lain. Tak seronok didengar tapi mahu menutup telinga di kala khalayak? Buat tak tahu ajelah... : )
tangtut1 - pengunjung setia segala macam kedai kopi di serata dunia |
|
|
|
|
|
|
|
saya baru belajar
nak makan minum kedai kopi
sbb saya nk alami sendiri
dgr sendiri, amati sendiri
suasana kedai kopi tuh
tpt tuh mcm tpt perjumpaan kawan2
mungkin sembang pasal semalam skit, pagi nih skit
dgr jerk..tak berani pandang muka dorang lama2
kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Budaya kedai kopi ni kira satu escapism gak bg sesetengah individu. Melepaskan tension atau boring yg terdpt di rumah.
Sekarang sudah menular kepada budaya cyber cafe. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|