|
Khazanah lama koleksi pilihan Rusli
![](http://www.utusan.com.my/pix/1998/0307/Utusan_Malaysia/Gaya_Hidup/ls2_big.jpg)
BARANG-BARANG antik berusia kira-kira satu kurun ini adalah warisan nenek moyang Md. Rusli Ismail yang disimpan di rumahnya di Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang.
--------------------------------------------------------------------------------
Katanya, era tradisi ke arah Melayu baru dan perubahan budaya akan pantas berlaku tetapi Melayu lama dikenali dengan warisan asalnya.
Warisan asal sesuatu bangsa pada asasnya termasuk bahasa, budaya dan seni. Banyak antaranya akan berubah dan seni pun akan turut pupus, cuma gelaran Melayu sahaja tidak akan lenyap di dunia.
''Warisan nenek moyang yang ditinggalkan kepada saya akan menjadi kenangan. Dengan koleksi artifak yang saya simpan, sedikit sebanyak dapat membantu saya mengenali budaya hidup mereka di masa silam,'' kata Md. Rusli.
Kebanyakan koleksi itu diwarisi daripada nenek moyang hingga ke ibu bapanya dan berusia di antara 100 dan 120 tahun, semuanya tersimpan dengan selamat hingga kini.
''Saya hanya suka menyimpan khazanah lama keluarga sahaja. Selain simpanan saya sendiri, sanak saudara yang lain turut banyak menyumbang,'' tambah beliau lagi.
Menurut Md. Rusli, sahabat beliau di Johor Bahru, Mafa Adib Musa, yang juga seorang arkeologis persendirian, ba-nyak merangsang minatnya mengumpul khazanah Melayu lama dan cara-cara mengenali sejarah silam yang berkait de-ngan sesuatu artifak.
Mafa juga telah menghadiahkan kepadanya sebilah ke-ris bersarung tembaga dengan tulisan ayat-ayat suci di atasnya. Menurut Md. Rusli, keris berisi kersani itu telah dibawa oleh peniaga Parsi pada suatu ketika dahulu. Keris lama itu telah menjadi kemegahan panglima-panglima Melayu Melaka dahulu kala. Bukan sahaja ia digunakan sebagai senjata tetapi juga untuk bergaya apabila disisip di pinggang.
Antara khazanah lama yang menarik dalam simpanan Md. Rusli ialah mukun tembaga berusia di antara 100 dan 120 tahun yang diwarisi daripada datuknya.
Mukun itu digunakan untuk mengisi nasi manis ketika datuk dan neneknya belayar ke Mekah dahulu kala.
Bekalan nasi manis itu boleh tahan selama satu atau dua bulan. Keturunan keluarganya yang sebelumnya juga membawa bekal nasi manis di dalam mukun tembaga itu. Orang tua-tua kemudiannya menyimpan daun-daun sirih di dalamnya.
Md. Rusli juga ada menyimpan sebuah mukun atau pinggan tembikar berusia kira-kira 120 tahun bertulis nama lapan sahabat Nabi berserta simbol Islam bulan dan bintang. Mukun itu dibawa oleh ayahnya dari Terengganu. Dikatakan ia digunakan untuk mengisi air dan diminum pada hari mandi Safar dahulu kala.
Kononnya setelah membersihkan badan di bulan Safar itu, air di dalam mukun itu diminum untuk membersihkan dalaman tubuh pula.
Sebuah katawak tembaga pejal berusia lebih daripada 130 tahun lamanya tersimpan di bawah rumah Md. Rusli.
Katawak itu berat dan mempunyai sejarah tempatan masyarakat lampau. Ia dipalu untuk mengumpul orang kampung bagi penghebahan sesuatu berita atau pengisytiharan atau amaran.
Kononnya katawak itu pernah terdengar berbunyi sendiri ketika berlaku sesuatu kecemasan yang ketara, umpamanya tatkala tercetus pergaduhan yang besar di kampung atau serangan musuh yang tiba-tiba atau kematian sese-orang pembesar kampung.
Oleh: SAFIULLAH KN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|