View: 3203|Reply: 6
|
Koleksi Di Sebalik Tabir Kehidupan
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan salam hormat buat rakan-rakan yang dihormati...
Di sebalik tabir kehidupan merupakan garapan pemerhatian, kupasan ilmu juga teori yang diikuti penulis dalam bidang kaunseling. Ianya menyingkap sebahagian lagi rencam kehidupan manusia yang tidak lepas dari dugaan dan pahit getiir yang melanda... Semoga pengisian juga tips-tips motivasi mampu memberikan suntikan dan juga semangat dalam mengaharungi cabaran...
Adakalanya apabila DOA kita tidak berjawab....dugaan sering melanda INI TIDAK BERMAKNA ALLAH TELAH MENINGGALKAN KITA TETAPI SEBENARNYA "DIA" MEMPUNYAI PERANCANGAN YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA...Allah punya banyak cara untuk membuktikan kecintaan dan kasih sayang terhadap hambaNYA cuma apa yang berlaku kita sering kali melupakannya... |
|
|
|
|
|
|
|
KAUNSELING & ANDA [size=85%]....
Lama aniz tidak menulis....rindu juga sebenarnya namun hambatan waktu dan rutin setelah kembali bergelar pelajar membataskan segalanya. Alhamdulillah, dengan izin Allah aniz kini meneruskan INTERNSHIP PRAKTIKAL KAUNSELING di Talian Sahabat, Pusat Kaunseling Negeri Selangor ~ berminat untuk menghadiri sesi boleh menghubungi talian sahabat 03-55190500 / 600. Perkhidmatan khidmat runding cara mahupun kaunseling disini diberikan secara PERCUMA. (Al-kisahnya pusat ini telah beroperasi hampir 17 tahun...namun KEHADIRAN dalam masyarakat negeri selangor sendiri pun masih ramai yang belum tahu...contoh yang paling nyata diri saya sendiri kalau tidak kerana tuntutan pengumpulan credit hours internship saya sendiri pun tak tahu...bukan apa lazim yg seperti diketahui umum PERKHIDMATAN KAUNSELING lazimnya berbayar...maka disebabkan berbayar ramai yang menidakkan keperluan kaunseling dalam menghadapi hari-hari sukar dalam perjalanan hidup insan malah tak kurang juga menganggap ianya HANYALAH untuk individu yang mempunyai gangguan mental...silap sebenarnya...KAUNSELING ADALAH UNTUK INDIVIDU YG NORMAL manakala yang mempunyai gangguan kesihatan mental pula perlu merujuk kpd pschytrist))
Contoh paling nyata sekiranya kita sakit, demam, batuk , selsema dan sebagainya kita terus pergi mendapatkan rawatan Doktor AKAN TETAPI tanpa disedari sekiranya EMOSI, PEMIKIRAN mahupun POLA KEHIDUPAN KITA TERGANGGU DISEBABKAN KONFLIK, DUGAAN MAHUPUN MUSIBAH YANG MELANDA....tahanlaa dok berendam ayaq mata, kepala berdenyut-denyut menahan sakit memikirkan insiden mahupun dugaan yang hadir...bukan takattu sahaja tahu-tahu tanpa disedari GANGGUAN EMOSI tadi tudia....LOW BLOOD PRESSURE tup-tup pengsan ketika beratur nak membayor hutang bank, aptidaknya tak boleh nak jamah nasik langsung bila mendapat tahu suami ada hubungan sulit....ini cthnya...tidakpun itudia....HIGH BLOOD PRESSURE sebab tak boleh tidur malam, tunggu suami balik pie meeting sampai jauh malam tak balik-balik....ngupanya pie dating....ini contoh-contoh yang berlaku di persekitaran...
Sememangnya tidak dinafikan TAHAP STRESS individu mempunyai pengaruh terhadap imnunisasi tubuh...banyak dalam artikel-artikel saya yang lepas mengupas tentang perkaitan STRESS dan KESIHATAN....Jalani cara hidup yang sihat, berfikiran positif, hargai dan berikanlah HAK yang diamanahkan dalam kehidupan ini sebaiknya...Takde masalah jangan carik masalah...tidakpun dah memang ada masalah jangan suka hati....jalan-jalan carik pasal menambah masalah yang sedia ada....Maaflaa, saya bercerita tapi ceritanie memang VERSInya tidak banyak berubah rata-rata pemerhatian saya terhadap masalah rumahtanga sama ada pesakit yang mendapatkan khidmat runding mahupun bantuan dari ayah mahupun pihak klien yang menghadiri sesi....lazimnya menyentuh KEEGOAN seorang suami. Adakalanya dengan mudah memutar-belitkan fakta untuk menutup kelemahan diri...sbg cth, keadaan ekonomi memang meruncing nak beli susu anak pun takde duit tapi si suami masih punya hati untuk menjalin hubungan dengan pihak ketiga...tahan si isteri balik kerja bertungkus-lumus mencarik pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan anak-anak buat MLM, jual insuran mahupun unit trust...tak cukup dengan itu...suami buat hutang isteri melangsaikannya...macam manalaa statistik penyakit-penyakit kronik tak meningkat dewasanie...kanser, darah tinggi, sakit jantung, diabetes...dll...STRESS....badan jadi asidic dan menganggu imunisasi tubuh....dapat pula yang jenis pendam....sabor....sabor....simpan sendiri akhirnya makan diri dalam diam. (Ada plak yang marah saya nanti aik "bias" nampak kaunselor sorangnie tapi memang betul punkan???...
Apapun kehidupan berumahtangga menuntut PERSEFAHAMAN, TOLERANSI, KASIH SAYANG, AMANAH, KEJUJURAN & INGAT BAHAWASANYA KEHIDUPAN DI DUNIA MERUPAKAN UJIAN...syaitan dah memang kerjayanya menghuru-harakan hidup manusia dengan tipu muslihatnya yang licik MAKA KITA INSAN HEBAT YANG DIBEKALKAN ILAHI DENGAN NIKMAT FAKULTI IMAN DAN AKAL...AL-QUR"AN & SUNNAH JANGAN SEWENANGNYA KITA TIDAKKAN KEHADIRAN & SUMBANGANNYA....itu azimat...senjata kita.
Manakala dari segi pertahanan AURA...disebabkan STRESS juga aura tubuh yang tidak harmoni di stesen CHAKRA individu menyebabkan EMOSI & PSIKOLOGI TERGANGGU...MALAH JIKA TIDAK DILAKUKAN INTERVENSI MAHUPUN RAWATAN BOLEH MENJEJASKAN PERKEMBANGAN PERSONALITI YANG MENGAKIBATKAN INDIVIDU CENDERUNG BERSIFAT PENDENDAM, PANAS BARAN, HILANG KEPERCAYAAN PADA DIRI DAN ORANG LAIN, LOW SELF ESTEEM, KELIRU, EGO YANG TIDAK BERTEMPAT, NEGATIF THINKING YG MENEBAL, PASIF AGRESIF, MURUNG DAN SEBAGAINYA.
Bukan itu sahaja disebabkan EMOSI MAHUPUN PEMIKIRAN NEGATIF YANG MENGUASAI DIRI... turut mengesani organ tubuh di tujuh pusat chakra serta kelenjar utama dimana ia TIDAK BERUPAYA MEMANCARKAN GELOMBANG AURA TUBUH YANG CANTIK & HARMONI.(Ingat lagik tak , agaknya kekawan tentang perkaitan AURA, 7 PUSAT CHAKRA, 7 KELENJAR UTAMA dan KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN dan PERMASALAHAN YANG MELANDA...InsyaAllah ada rezeki nanti kita ulangkaji, semuanya telah siap kami compilekan dalam file PDF....buat yang berminat boleh hubungi kami)
Menarik sebenarnya bila kita MENEROKA ILMU TENTANG AURA, CHAKRA , KUASA MINDA....LEBIH CANTIK DIPERKUKUHKAN DENGAN NILAIAN YANG ADA DALAM AGAMA KITA....ISLAM...memang benar & tepat sekali...kejadian alam & persekitaran juga ilmu yang diterokai membuktikan KEKUASAAN ALLAH...syukur alhamdulillah...kita antara insan terpilih dikalangan hambaNYA untuk meneroka kehebatan dan kekuasaan Allah dlm bidang ini..
Apapun apa yang dapat disimpulkan untuk kita melewati hari-hari yang indah ceria....dan pastinya juga dalam redha, rahmat dan naungan kasih sayang Allah...KITA KENA BANYAK MUHASABAH DIRI...BERTAUBAT...KENAL DIRI DAN KENAL ALLAH (nantikan kupasan ini...insyaAllah moga dipermudahkan Ilahi untuk saya mengupas topik RAHSIA MENGENAL DIRI ini)...bersangka baik dengan Allah juga manusia...InsyaAllah, saya PERCAYA SEKIRANYA ILMU INI SUDAH KITA KUASAI....insyaAllah perjalanan menuju kejayaan sama ada dalam bisnes, kerjaya, hubungan suami isteri, ibubapa, rakan taulan dan seumpamanya pasti akan berlangsung dengan gemilang, cemerlang dan lancar di luar dugaan...ianya berkait rapat dengan KEIKHLASAN, KEJUJURAN DAN BICARA TENTANG KEBERSIHAN QALBU @ HATI...InsyaAllah tiada lagi kata-kata hati yang bersifat mazmumah mudah menguasai...spt sifat tamak, buruk sangka, takutkan persaingan dan seumpamanya...
InsyaAllah kita akan lebih bijaksana dalam mengatur keutamaan dalam kehidupan MALAH dengan sendirinya kita diberikan GERAK HATI @ INTUISI YANG BENAR...atau dengan lain perkataannya langkah kita dipelihara Allah & REDHANYA....perjalanan dengan sendirinya menjadi lebih mudah.(InsyaAllah ingin mendalami ilmunie boleh berguru dengan kami....ilmu merupakan antara ASET yang kami ada untuk dipanjang dan wariskan untuk kemakmuran di bumi Allah...itulaa QASAD saya di dalam hati melalui proses-proses pembelajaran dalam kehidupan. Inilaa dakwah saya...inilaa nadi saya meneruskan penulisan saya...saya bukan mencari nama , saya bukan mencari masyhur tapi REDHA ALLAH....DAN ini merupakan sebahagian BUKTI PENZAHIRAN KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG ALLAH pinjamkan...bukan pangkat, bukan harta tapi ingin melihat saudara sesama Muslim bangkit...mencari makna dan bahagia sementara ruang hayat izin diberikan ILAHI...(maka saya berharap sungguh pada barisan pentadbir mahupun moderator penulisan saya tidak diputuskan talian hayatnya, saya gembira dan syukur melihat Faizah, Nurkasih, Kak Misah, Kak Rapiah,Ida, Pn Honey juga yang lain melalui detik ceria & bahagia...melalui pengalaman mengenal diri dan menduplikasikan mencari bahagia itu pada rakan-rakan yang lain...produk juga perniagaan merupakan secebis sahaja daripada strategi lebih dalam dan jauh dari itu matlamat saya untuk sama-sama kita membina insan dan ukhwah dalam mencapai REDHA ALLAH)
Musuh paling ganas dalam dunia ini sebenarnya bukan orang lain TETAPI diri kita sendiri sebenarya....kata hati kita yang kononnya kata..."APA ORANG LAIN KATA" padahal orang lain bukan kisah apapun...hidup kau aku peduli apa....(seronok lak bercerita apapun cukuplaa tinta ilmu pada kalinie saya kira....insyaAllah nanti kita sambung lagi yer...bebanyak kang tepu otak nak digest)
Semoga kehidupan kita terus dinaungi dengan kasih sayang, NUR juga pimpinan ILAHI....jangan biarkan kita kufur nikmat, alpa dan leka akan kurniaNYA yang maha ESA...bersihkan hati kita dari sifat tamak, buruk sangka, iri hati dan sombong diri...Sesungguh kami mohon RAHMAT, RESTU DAN REDHA-MU dalam setiap langkah perjalanan kami.Amin...
[size=85%]LiFe Is SaCred JoUrNeY卽sah kita cemari perjalanan ini
[size=85%]Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Aniz's post
TIPS KEHIDUPAN
Sekejap masa berlalu...bagi aniz sendiri tak sangka juga pejam-celik-pejam celik dah mencecah era 30-an.Alhamdulillah, syukur pada Ilahi di atas limpahan rahmat dariNYA....dugaan, cabaran, pahit, manis semuanya terakam indah dalam memori.
Latar belakang ayahanda yang terlibat dalam perawatan Islam lebih 25 tahun serta bidang pengajian yang diikuti...memberi keinsafan, peringatan dan ikhtibar buat aniz. Masalah rumahtangga, kasih suami isteri yang pudar, kehadiran orang ketiga, pengabaian hak, penceraian, anak remaja, ponteng sekolah, merokok, lari dari rumah, stress, kemurungan, putus cinta, kerjaya, masalah ekonomi tak kurang juga budaya menyalahkan orang lain, sihir, gangguan jin, iblis dan syaitan....dan bermacam-macam lagi, semua ini cukup memberikan pengajaran buat aniz agar lebih berhati-hati melewati kehidupan dan tak lupa betapa bersyukur atas kurnia Yang Maha Esa...
Selalu berdiskusi dengan dengan abah , bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan kami memperolehi beberapa kesimpulan tentang kelemahan yang menjadi punca permasalahan yang melanda masyarakat kita pada hari ini, reung-renungkan sejenak...
i) Urusan duniawi dan ukhrawi "ditarikan" secara terpisah. Dalam menangani sesuatu permasalahan seharusnya kita melihat sesuatu isu secara matang, jujur dan holistik, demi kelangsungan hidup yang sejahtera dan diredhai Allah di dunia dan akhirat.
(Well, tak dapat dinafikan inilah sebahagian impak 'sekularisme' yang diwariskan penjajah)
ii) Sebagai khalifah setiap waktu dan detik kita seharusnya berusaha untuk menghampiri kesempurnaan diri sebagai individu, masyarakat dan dunia fisikal persekitaran kita.
iii) Sebagai khalifah kita dibekalkan Allah dengan nikmat iman, fakulti akal juga Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan tatacara hidup. Dan tidak lupa kehadiran jin, iblis dan syaitan dengan kerjaya tetap untuk menghuru-harakan manusia seharusnya DISEDARI oleh kita yang bernama khalifah.
~ Banyak dlm penulisan saya sebelum ini yg menyentuh & memberi PERINGATAN tentang hal ini...sifat-sifat negatif, mazmummah itu jalan masuk syaitan...malas, iri hati, dengki, prasangka, cenderung mencari kesalahan orang lain, sombong, bongkak, ego, ujub & bangga diri, selfish, tamak yang memakan diri, tak kurang juga sikap mudah berputus asa, mudah mengalah, "melihat tapi tak nampak", alpa, berfikiran negatif dan seumpamanya merupakan elemen yang akan merosak dan membunuh kita dalam senyap.
~ Kita harus berani dan jujur untuk melakukan koreksi diri dalam mencari PENGIKTIRAFAN ALLAH SWT ~ dalam ertikata lain kita harus bijaksana mengenal diri kita dan mengatur keutamaan dalam hidup. Saya percaya sekiranya kita berjaya menundukkan musuh paling ganas dalam dunia ini iatu DIRI KITA SENDIRI & BIJAKSANA mengatur keutamaan dalam hidup...insyaAllah pencarian hidup yang lebih teruja, harmoni dan bahagia berada dalam genggaman.(Terutamanya dlm konteks rumahtangga ~ takdelaa jadi isu suruh isteri beranak rapat-rapat pastu bila isteri macam lipas kudung & tak kering kain melayan anak-anak dan kerenah rumahtangga sang suami yang kurang kasih sayang & perhatian senang hati mencari hiburan di luar...jadilaa si isteri macam org gaji @ hamba tebusan dalam istana yang dibina.Tambah lagi tuntutan kerjaya yang tidak kurang hebatnya menuntut komitmen dan pengorbanan...itu tak masuk lagi isu-isu lain...adik-beradik, ipar duai dan sebagainya.Pendam...pendam dan pendam akhirnya memakan diri...tiba-tiba shj tanpa ujung pangkal air mata mudah mengalir, hati jadi very the sensitif...ada juga yang tak pasal jadi mudah naik angin...nak-nak kalau time dapat MC tak boleh solatkan....(meriah gitu syaitan mencucuk...stress, runsing, sensitif melulu...kalau tak paham perjalanan syaitan harus gitu perang besar melanda rumahtangga....teringat aniz komentar salah seorang penceramah tersohor negara menurut komen dan kajian beliau antara insiden yang mencetuskan penceraian berlaku ketika si isteri dalam keadaan haid...so waspada...haa! Nampak tak skangnie..perjalanan syaitan, licik kan...so berhati-hati... )
iv) Seperkara lagi tangnie memang cukup favourite gitu semacam budaya...kalau sakit, lemau sana-sini mudah sangat segelintir masyarakat kita menyalahkan orang lain...sinonim sungguhlaa...si A sihir...si B pedajal tutup rezeki dan macam-macamlaa lagi...Kadang pening kepala juga melayan kerenah manusia sptnie...Ya , saya akui sebagai umat Islam unsur jin, iblis dan syaitan itu memang ada dan hadir dalam kehidupan AKAN TETAPI janganlaa semuanya GOLONGAN SPESIS BERTANDUKnie...itu dah memang kerjaya mereka...Teringat cerita kisah Pak Guru...Kiyai dari Indonesia..."Kesian kok, asyik-asyik syaitan yang dipersalahkan"...Ya tak ya sedangkan pada hakikatnya tanpa disedari individu itu sendiri yang mengundang maupun menternak syaitan dalam dirinya..., tak gitu?
~ Kalau dah kewajipan sbg Muslim diperlekeh....solat, puasa, ibadah dsbgnya dianggap enteng apa tidaknya...tak cukup dengan itu QALBU / NAWAITU tidak bersih dan dijaga lagilaa...senanglaa terjerat...
~Kesibukan duniawi diutamakan...pangkat, harta, kemewahan, kemahsyuran & pengiktirafan manusia dikejar secara membuta-tuli sedangkan PEMILIK AGUNG itu dilupakan...emm, nantikan saja PERINGATAN TERBAIK DARINYA...mujur baik diberi hidayah sebelum rumah kata pergi rumah kata mari jika sebaliknya....Nauzubillahminzalik...
~ Adakalanya dugaan, musibah mahupun penyakit yang hadir itu ada baiknya...cthnya...kan janji Allah "Penyakit itu penebus dosa'...bila sakit kita diberi peluang untuk berehat so time inilaa kita banyakkan muhasabah diri, bertaubat... BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN KOREKSI DIRI SEBELUM TERLAMBAT...bersangka baik pada persekitaran dan juga Allah, insyaAllah jalan penyelesaian & ketenangan itu akan terbuka luas...
~Bak kata guru saya Master Hazil & komentar ayah , adakalanya individu yang ditimpa musibah ini bukannya disebabkan BUATAN ORANG tapi salah diri sendiri mungkin beliau pernah menganiayai orang...pulaktu doa orang dianiayakan dimakbulkan Allah....maka sbg KIFARAH...rasakan "KEADILAN" Allah itu...sebabtu kena beringat jangan menganiayai org lain....JANGAN BUAT-BUAT LUPA, MENGANIAYA KEHIDUPAN ORANG LAIN SAMA MAKSUDNYA KITA MENGANIYAI KEHIDUPAN KITA SENDIRI...TAK SEMPAT DI AKHIRAT DI DUNIA PUN KADANG ALLAH DAH TUNJUK...renung-renungkan sejenak???
v) Seperkara....DOA...DOA ITU SENJATA MUKMIN...Ingattu!!! Penting sekali kita berdoa...memohon keampunan, kesejahteraan, taufik & hidayah serta REDHA & RESTU ILAHI dalam setiap langkah perjalanan kita...kurniakan kita iman , akal dan kesihatan yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat...tidak lupa hiasi rumahtangga kita kasih sayang & rahmat Allah...jadikan kita, zuriat dan keturunan kita sbg hamba Allah yang beriman, berilmu dan bertaqwa...tidak lupa memberi kelapangan dan kesejahteraan buat ibubapanya...InsyaAllah setiap detik & solat kita panjatkan...mudahlaa perjalanan kita...InsyaAllah takdelaa pening kepala diduga Allah dengan anak-anak maupun suami isteri yang memeningkan kepala...
vi) Bahagiakanlaa orang tuamu...InsyaAllah perjalanan akan lebih mudah & berakah lagi...KEREDHAAN ALLAH BERADA DI DALAM KEREDHAAN IBUBAPA, KALAU IBUBAPA TIDAK REDHA...bahaya hidup kita...(maksudnya disini kita tengok jugalaa isu apa yang bersangkutan maklum shj dunia punya cerita ada juga yang kadang tak kena gaya kalau diturutkan kehendak ibubapa...kena jelaslaa KEUTAMAAN & MATLAMAT kita...macam baru-barunie kenalan lama mengadu adik lelaki beliau dihalau dari rumah mertuanya disuruh bercerai padahal si isteri dlm berpantang...campurtangan yang tak sihat begini tak perlulaa diberi perhatian maka kenalaa BIJAKSANA mengambil keputusan...janganlaa melulu tunduk pada keadaan)
vii) Tak kurangnya kami perhatikan EKONOMI menjadi pencetus masalah dalam kehidupan...tak kiralaa sama ada terkurang mahupun terlebih...semuanya membawa isu dan cerita yang tersendiri. Kalau terkurang pun boleh jadi gaduh kalau terlebih pula boleh buka peluang sang suami mengintai-intai "investment baru" tak kena gaya lagi kalut...jeling-jeling, pandang-pandang hati terpaut anak isteri di rumah haru-biru dibuatnya... Dalam konteks ini MENGENAL HAK & AMANAH YG PERLU DIBERIKAN KEUTAMAN & KEBERKATAN itu penting...( dalam bicara membina keberkatan dalam rumahtangga lewat tahun lalu ada saya kupaskan tentang isu ini....antara pendekatan yang boleh diambil...sikap toleransi, persefahaman, jujur, berbelanja mengikut keutamaan ~ ukur baju dibadan sendiri, elakkan hutang jika tiada kepentingan...maklum shj unsur riba' itu dibenci Allah , bila dibenci Allah maknanya jalanmasuk syaitan maka NATIJAHNYA...rumahtangga bisa kucar-kacir jadinya...solat berjemaah seisi keluarga utk membina kasih sayang, solat dhuha dll)
~ Maklum saja 3 ta...takhta, harta & wanita ini ancaman besar tanpa disedari. Jika dihalusi TUNTUTAN PENGISIAN yang harus diberikan sbg seorg ayah juga suami sudah cukup BERAT amanah yang perlu disi...bukan sekadar kemewahan, makan, minum , pakai dan tempat tinggal tetapi konteks yg lebih besar untuk MENYEDIAKAN mereka agar SELAMAT DI DUNIA & AKHIRAT...(kalau setakat makan, minum , tempat tinggaltu.....tak ubahlaa macam ayam kat rebantu, betul tak? baik takyah kahwin menganiayai hidup org lain dan membuka jalan ke neraka...menganiaya diri jugak akhirnya...tak gitu...inilaa sebahagian komentar rakan-rakan yg menghadapi masalah rumahtangga)
Panjang pula aniz bercerita...apapun semoga nukilan ini memberi manfaat dan ikhtibar buat kita semua...Ingat-memperingati antara satu sama lain...ada ilmu kalau tidak diguna berdosa juga...
Akhir kata...sehingga bertemu lagi...JAGA DIRI...HIASI PERIBADI...
"LiFe Is SaCreD JouRnEY"...usah kita cemari perjalanan ini
[ Last edited by Aniz at 14-2-2007 11:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Aniz's post
PERFECTIONIST SUATU ANCAMAN
Alhamdulillah malamnie diizinkan Allah utk sama-sama kita mengupas tabir kehidupan...serta isu-isu di persekitaran kita yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan...
Adakah "PERFECTIONIST" suatu ancaman???...Anda seorang yg PERFECTIONIST???Suatu isu yang menarik untuk kita kupas bersama...Bagi pandangan peribadi saya sendiri tidak salah untuk kita BERSIKAP PERFECTIONIST...teliti, peka, prihatin ~ suatu sikap yang baik untuk diamalkan DAN sememangnya itulah juga yang dituntut dalam Islam...sebagai KHALIFAH DI BUMI ALLAH kita dituntut untuk menghampiri kesempurnaan diri...Namunnn...
Namun PERLU DIINGATKAN JANGAN SAMPAI "KESEMPURNAAN YANG DICARI" memudarat @ memakan diri anda dalam senyap....Saya bercerita atas pengalaman dan kelemahan diri...Saya sendiri akui saya seorang yang mementingkan KESEMPURNAAN...well, I was train like that in my family...cerapan itu yang saya ambil dari ibu & ayah...but then melalui proses UNIVERSITI KEHIDUPAN saya belajar being perfectionist perlu ada BOUNDARY & BIJAKSANA. UNTUK "BLENDKAN DIRI" or else U'll get caught...terperangkap dalam DUNIA PERFECTIONIST U tanpa disedari....Dan lazimnya juga tanpa disedari ada hati yang terluka, tersinggung mahupun bengang tahap gaban....gara-gara PERFECTIONIST anda...Tak caya???? Cuba renung-renungkan kembali insiden berkaitan tuntutan PERFECTIONIST yang anda cari...minggu lepas, bulan mahupun tahun lepas??? Pasti ada insan yang terluka hati...sakit hati...bosan...benci dan seumpamanya gara-gara PERFECTIONIST anda...( CTH ~ dlm hubungan suami isteri, majikan & pekerja, ibubapa & anak dan seumpamanya)
Dan apa yang PALING TAK BESTNYA...tanpa disedari bila TERLALU PERFECTIONIST...kita MENJADI INDIVIDU YANG RIGID...tak boleh bertolak-ansur mahupun kompromi...tak mudah mengalah...sukar menerima pandang orang lain...adakalanya tertutup...merasakan diri kita sahaja yang bagus....paling sempurna orang lain 'hampeh"...tak kurang juga gara-gara PERFECTIONIST kita...badannie dah tak larat...tapi disebabkan nak gak sampai cuba MENEPATI PIAWAIAN DIRI yang ditetapkan...kita terperangkap dalam STRESS DIRI yang ditempah....(ohh! man...favourite word my little hero...erman hakiem bila tak dapat toys yg diidamkan dari ibu & ayahnya)
Ingat dulu-dulu zaman-zaman kurang ilmu....jahil tak pergi mengaji kaunseling lagik masatu... selalu gaklaa melalui STRESS tanpa disedari...kadang macam OBSESSIVE COMPULSIVE lak...cthnya dah menyapu I mesti nak lap lantai...bukan mop tau tapi lap lantai macam zaman-zaman ceeta Oshin dulutu...cayalaa, punyalaa nak bersih, suci..gunakan tanpa was-was...Haa! bayangkanlaa satu ngumah U nak kena buat camtu...hee...end up encik abang roomate pun pening kepala, hawatlaa gefren aku lagunie...naik rimas gaklaa gamaknya cik abg kita...itu satu isulaa...Lagi satu isu bila U penat...boleh senyum ker...???Sure onelaa muka jadi masam & nak marah...banyak yang serba tak kena...Haa...inilah sebahagian sindrom ibu-ibu juga para isteri di luar sana.(kita serupaaa..ala-ala lagu headwind, gitu)..Tapi alhamdulillah selepas melalui proses celik akal & intervensi siaran langsung dr Pensyarah ( Ada hikmahnya juga dapat Pensyarah yang born to be a counselor anak murid tak boleh nak tipu ibaratnya sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina masuk kuliah kalau 'lain macam' emmm siaplaa diterokanya kita sampai beres "unfinish bisnes" pendek kata....teranglaa dunialaa...Ohhh! Patutlaa PERFECTIONIST I TAK KENA PADA TEMPATNYA kesannya menyusahkan diri so kenalaa kurangkan darjah PERFECTIONIST...BELAJAR UNTUK MENERIMA KELEMAHAN MAHUPUN MENGAKUI LIMITASI YANG HADIR)... Buat apalaa nak menyusah & menyesakkan diri buat itu..buat ini sedangkan FIZIKAL U cannot take it...fitrah Allah tak molek dilanggar tak kena gaya akhirnya memudaratkan diri...al-maklum tubuh ini juga amanah Allah...bukan robot...ia juga perlukan ISTIREHAT...tambahan pula ada komitmen lain yang perlu diberikan perhatian...so takyahlaa nak menyusahkan diri sangat...bikin stress jek buat apaa...betul tak???
Alhamdulillah...daripada situ saya belajar untuk berusaha menghampiri KESEMPURNAAN DIRI YG LEBIH CUN, gitu...yang tidak menyusahkan diri sendiri....muhasah...berani melakukan KOREKSI DIRI...be rasional...relax...tenang & enjoy...lepas CELIK AKAL tersebut rumah bersepah sket...tak sempat nak sedetail dahulu berkemas I can take it...namanya pun mak orang yang pie mengaji, bekerja, bisnes lagi so harap maklum sahajalaa...MEMANG BESTLAA!!! Takde rasa terbeban lagi...takde lagi rasa tension kalau idak...serba tak kenalaa banyaknya...masalah kadang takdelah selesai mana tapi tensionnya yang lebih-lebih...memang benar & tepat sekalilaa...MIRACLES FROM ALLAH....ILMU ITU PELITA HIDUP....bila kita ada ilmu kita kenal kelemahan diri...perbaiki...mempermudahkan lagi perjalanan seterusnya....
Begitu juga dalam konteks PERFECTIONIST yang lain...cthnya...si teruna mahupun si daralaa lazimnya....KUNUN-KUNUNNYA nak cari pasangan hidup yang mempunyai CIRI-CIRI A,B,C,D pendek kata harus sampai Z pun tak abizlaa berjela CIRI YANG DICARI...nak yang cantik, hensem, takde jerawat, yang putih melepak, hitam manis, macho, sopan-santun, bijak, menghormati orang tua, pandai masak, menghias rumah, pandai menjahit....gitu-gini pendek kata CIRI YANG DILETAKKAN itu ala-ala cerita dongeng cinderella, snow white....SEMPURNA gitu! Tapi dalam masa yang sama SI EMPUNYA DIRI LUPA....ala-ala hilang ingatan sekejap gitu (tidak berlaku JUJUR DGN DIRINYA SENDIRI SEBENORNYA) bahawasanya EMPUNYA DIRI JUGA BUKANLAH SEORANG INSAN YANG SEMPURNA mana...so tak kena gaya , silap aribulan, silap perkiraan serta hisab tambahannya...HARUS GITU BERGELAR ANDALUSIA...MAHUPUN BUJANG TERLAJAK...(opsss...oppss!!!! boleh brek alhamdulillah...jangan tunggu lelama & jangan lupa jemput akak kalau makan nasik minyak nanti yer manataukan nak dijadikan cerita selepas baca artikel akaknie langsung diberi hidayah oleh Allah untuk U dirikan masjid...alhamdulillah ada saham akhirat akak )haa...renung-renungkan sejenak kekawan???Fikir-fikirkan...buat adik-adik mahupun kekawan yang telah bertemu dengan idaman hati ...disemak, dicongak, dikali, darab..bahagi...pembezaan...apalagi kebarangkalian...(teringat zaman sekolah plak...add math...cikgu Cina yang pelat lidahnya "Gelakkan kawasan belolek" which suppose gerakkan kawasan berlorek...pecah perut menahan senyum...macam mana tak GELAK...tul tak??? Gelakkan kawasan belolek...) ...selingan jap terkenang semasa dahulu...Back to the isu yang mana dah jumpa ...kalau dah bertemu pasangan dapat markah 7/10 itupun dah patut bersyukur...molek sangattu jangan tunggu lama-lama....cepat-cepatlaa diusahakan pembinaan masjid itu...jangan tunggu lama nanti lama-lama dia diambil orang...lagu blues gang plak, gitu....cukup-cukuplaa dok mensia-siakan usia & masa yang berlalu...kan....satnie ada gak anak yang stress kena ejek dek kekawan mahupun sering diajukan soalan oleh kekawan...."Is that your daddy or your grandfather yang hantar U pie sekolah???"...Jangan tak caya, ini kisah benarrr...nie...so takkan U nak menambahkan lagi stastitik kisah benar ini??? Renung-renungkanlaa sejenak....
Masih ragu-ragu...pening-pening...buatlah ISTIHARAH...mohon petunjuk dari Allah...perkara yang mudah janganlaa disusah-susahkan...BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN TIPS & CARA ISTIHARAH YG TERBAIK & TEPAT...boleh hubungi kak aniz...mudah jer yang penting jangan tinggal solat, banyakkan bertaubat, paling cantik sebelum buat istiharah puasa dahulu...why???nantilaa kita ceeta satu topik nanti, insyaAllah...besides MIMPI ada cara lain yang lebih mudah sebenarnya untuk mendapatkan petunjuk...dengan menggunakan Al-Qur'an...(Ilmuni saya belajar dari ayahanda tercinta alhamdulillah ramai dah kekawan saya turunkan ilmunie...dan hasilnya alhamdulillah)...Ceeta pasal jodoh, teringat pesakit-pesakit yg hadir ke teratak kami...alhamdulillah yerlaa "makam" @ kelebihan seseorang dlm soal jodoh, permainan sihir, gangguan jin, iblis & syaitan , anak yang degil, masalah rumah tangga ~ suami mahupun isteri yang curang ada hubungan ketiga merupakan KEPAKARAN ayahanda tercinta...kadang teringin juga sehebat beliau...bukan buat apa pun...berbual dgn pesakit...buatkan air, solat hajat alhamdulillah masalah orang/pesakit beliau selesai ( kita sbg kaunselor kadang bersessi-sessi kadang klien tak gak insaf-insaf, gitu tak dapat celik akal..itu komen kaunselor yg lebih seniorlaa...me???dlm kategori budak baru belajar lagik) malah bukan golongan sebarangan adakalanya MUFTI, ULAMAK , TAHFIZ, PROFESOR, DOKTOR, TOKOH KORPORAT sendiri pula kadang menjadi ayahanda sbg pakar rujuk...
Itulaa kehidupan..untuk kita saling lengkap-melengkapi...teringat peribahasa ibu mertua aniz...katanya..macam mana hebat pun seseorang itu adakalanya "HABUK YANG MASUK MATA KITA, KITA TAK BOELH MENGELUARKANNYA SENDIRI...PERLU BANTUAN ORANG LAIN"...itulaa hakikat kehidupan..seorang doktor perlu juga untuk berjumpa doktor untuk merawat diri yang diluar bidang @ kepakarannya...seorang kaunselor perlu juga untuk berjumpa seorang kaunselor yg lain untuk meredakan tekanan yang dialami...namanya kita manusia tiada siapa kalangan kita sempurna...betul tak?Begitu indah dan cantik sekali kejadian Allah untuk kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.... |
|
|
|
|
|
|
wlw307 This user has been deleted
|
Puan Aniz, bole akak tanya soklan? Cam na akak bole bantu adik akak yg dah berusia 32 tahun mendapat jodoh? Sedih gak nengok cousins yg lain ghamai dah berumahtangga...Dia ada karier, lepasan ijazah. Ada yg dia suka org tak suka begitu sebaliknya. Dia belum pernah jumpa kaunselor/dukun[ tak tau la tanpa pengetahuan akak].Apa peranan akak dalam hal ni coz' mak akak dah meninggal-ada mak tiri. |
|
|
|
|
|
|
|
aniz thank you for the useful infomation.
website address pls, if any. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 wlw307's post
dh cube buat solat hajat?
cube la...who knows kan...Allah is the most merciful |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|