CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18371|Reply: 35

KAYAP/SHINGLES

[Copy link]
Post time 2-10-2006 10:30 PM | Show all posts |Read mode
AKU TERKENA KAYAP pada hari jumaat lepas
adoi sakit giler
aku dah ubat cara kampong guna air kris/pedang orang yang mati dibunuh tp tak menjadi gak
so aku pg klinik kulit
dr tu bagi krim n ubat tahan sakit dan tahan gatal
maslahnya sakit ni buat badan aku panas seperti dililit sesuatu yang senang kata rasa disapu ngan cili kat badan
Dr tu kata ada ubat tp harga RM150.00 siap tanya aku nak posa ka nak sakit
cinabeng punya doktor



[ Last edited by  blackmore at 13-5-2007 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 10:36 PM | Show all posts
kesiannya....
miki bersimpati ngan nape?tak caya?

ayah ngan makcik miki pun pernah kene kayap...
bahaya ni...kalau jumpa doktor mmg dia bg ubat...
tp lebih baik buat cara tradisional....
jumpa sapa2 yg pakar bab2 kayap ni....
makcik miki berubat cara kg je...
alhamdulillah baik...tp kene sabar la sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 10:42 PM | Show all posts
yer ker..
aku coba gak cara kampong ni
semalam aku gi mintak ngan satu makcik yang ada pedang yang diguna untuk membunuh orang pada masa lalu

dia bagi air putih letak lam botol tp tanpa penutup n masukkan air tersebut dalam tempurung kelapa dan lap ngan kapas n sapu kat kena tu..

pada mulanya aku ingat kena sengat binatang ( lebah or something ) then besok sakit bahagian atas dada terutama waktu tengahari

nasib lehtahan lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 10:52 PM | Show all posts
Kayap ni lebih kurang macam chicken pox ke?
Tapi rasanya kayap ni lebih extreme kan. agak ssh sikit nak baik
Tapi kalo ikhtiar insyaAllah baik

Kalau boleh cuba minum air kelapa muda banyak2
Elok untuk keluarkan penyakit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 10:58 PM | Show all posts
tp minum air kelapa muda ni bikin perut masuk angin n kembong
tp aku kan coba
kayap ni adik beradik chicken fox la kata doktor tu
tp orang kampong kata kena pegang dek antu wakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 03:57 AM | Show all posts
Kayap ni yang ada biji biji halus tu ke? -- kayap ayam kot kalau tak silap.

Pergi kedai sinseh cina - tunjuk tempat kayap tu nanti dia orang bagi ubat sapu. Try lah. Tak mahal pun ubat ni. Satu lagi masa pergi klinik ada tak doktor bagi ubat utk gatal gatal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 04:05 AM | Show all posts

Reply #5 Nape?Tak caye?'s post

chicken chop adik badik gak ke :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 05:39 AM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 2-10-2006 10:58 PM
tp minum air kelapa muda ni bikin perut masuk angin n kembong
tp aku kan coba
kayap ni adik beradik chicken fox la kata doktor tu
tp orang kampong kata kena pegang dek antu wakakakak

iye tu..betull

Tapi kena alternative nk berubat cepat...sebab kalau biarkan,merbahaya
Apatah lagi kalau kayap ni balut satu badan ko.... kayap ular kot yang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 2-10-2006 10:30 PM
AKU TERKENA KAYAP pada hari jumaat lepas
adoi sakit giler
aku dah ubat cara kampong guna air kris/pedang orang yang mati dibunuh tp tak menjadi gak
so aku pg klinik kulit
dr tu bagi krim n uba ...


Kayap yang paling paling famous ada dua jenis, iaitu:

1)  Kayap tapak kaki kucing (bentuk sebiji macam tapak kaki meow-meow...); dan
2)  Kayap ular/naga (jenis menjalar mengikut bentuk seekor ular @ naga dan ianya boleh membawa maut).

Puncanya tak pasti tetapi mengikut kata orang-orang tua, ianya adalah sejenis kuman datang dari kulit ayam...mostly ayam jenis cucuk. Tu sebab aku rasa dalam agama Islam, kulit ayam tak dibenarkan sama sekali dijadikan lauk untuk dimakan (bila basuh tu buang kulit terus...).

Standardnya, lawan untuk kayap ialah "ayam" tu sendiri dan selalunya kalau perubatan tradisional, bulu ayam jantan akan digunakan, disapu sedikit ngan minyak kelapa dan seterusnya disapu pada tempat2 yang kena kayap kat kulit badan. Malam tu gerenti tak leh tidor sebab bisanya keluar dan memang perit tahap maksimum. Malam seterusnya akan rasa berkurangan dan 2-3 hari lepas tu OK dah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:55 AM | Show all posts
Akum,

Kayap ni ikut medical term.nya orang panggil Herpes zooster dan biasanya ia berpunca dari kuman chicken
pox. Saya adalah pengamal homeopathy dan biasa merawat masalah ini.
Nape? Tak caya? tinggal kat mana??? Kalau nak cuba bolehlah datang ke klinik saya di sek.11 shah alam dekat dengan Istana Kayangan. Insyaallah penyakit ini dapat dirawat dengan segera dan cepat sembuhnya. tq

[ Last edited by  blackmore at 5-10-2006 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by wgd4082 at 3-10-2006 10:00 AM


Kayap yang paling paling famous ada dua jenis, iaitu:

1)  Kayap tapak kaki kucing (bentuk sebiji macam tapak kaki meow-meow...); dan
2)  Kayap ular/naga (jenis menjalar mengikut bentuk seek ...

orang kat sini kata kayap bunga ...aku rasa kayap tapak kaiki meow lah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by cikmaziah at 3-10-2006 11:55 AM
Akum,

Kayap ni ikut medical term.nya orang panggil Herpes zooster dan biasanya ia berpunca dari kuman chicken
pox. Saya adalah pengamal homeopathy dan biasa merawat masalah ini.
Nape? Tak cay ...

\mulaikum salam
Saya jauh lah cik Dr.
dah call td tp masih ada pesakit
kalo leh rekomen lah ubat nyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by mr_mrs_smith at 3-10-2006 04:05 AM
chicken chop adik badik gak ke :hmm:

tu nenek dia
heheheheh
wakakakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 3-10-2006 03:57 AM
Kayap ni yang ada biji biji halus tu ke? -- kayap ayam kot kalau tak silap.

Pergi kedai sinseh cina - tunjuk tempat kayap tu nanti dia orang bagi ubat sapu. Try lah. Tak mahal pun ubat ni. Satu  ...


ya ada yang bijik bijik halus dan ada yang kembang begitu sahaja seperti lepas gigitan lebah. Nanti saya coba pg TQ Dar
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 08:48 PM | Show all posts
saya pun ada dengar kayap nie kalau dibiarkan boleh bawa maut. contoh kalau kena kat pinggang dia akan megelilingi satu pinggang dan bila ia bercantum ia akan membawa maut. member saya husband dia ada kena cam tu hampir nak bercantum bila dia berubat alhamdulliah da baik sekarang nie. esok saya tanya dia yeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by fiktee at 3-10-2006 08:48 PM
saya pun ada dengar kayap nie kalau dibiarkan boleh bawa maut. contoh kalau kena kat pinggang dia akan megelilingi satu pinggang dan bila ia bercantum ia akan membawa maut. member saya husband dia  ...

ok tanya k pastu bag tau saya

sengal sengal rasa badan ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 02:45 PM | Show all posts
kayap ni omputeh panggil shingles...

dia disebabkan oleh virus yg namanya herpes zoster.. virus yg adik beradik chiken pox or campak besar...

org yg pernah kene chicken pox boleh dapat kayap sbb..

sbb virus ni masa kene chiken pox dulu menyorok dalam sel2 saraf..

bila sistem badan lemah, virus ni keluar jadi kayap..

kayap ni sakit.. dan tempatnya limited pada saraf yg  affected..

yg bahayanya kalau kene kat mata.. boleh dpt glucoma

like other viral illness .. badan kita fight sendiri tak perlu antibiotik (unless kalau blister tu dapat jangkitan bacteria)

ada orang lepas dapat kayap ni .. kulit yg bekas kayap tu jadi pedih dan sakit ..

selalunya boleh diatasi dgn painkillers..

org yg immunosuppressd or yg mengandung ada juga doktor prescribed antivirus ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by rebas at 4-10-2006 02:45 PM
kayap ni omputeh panggil shingles...

dia disebabkan oleh virus yg namanya herpes zoster.. virus yg adik beradik chiken pox or campak besar...

org yg pernah kene chicken pox boleh dapat kayap ...

memang pedih
sekarang ni alhamdulillah setelah coba berbagai obat
saya akhirnya param ngan pucuk ubi kayu
alhamdulillah lega ...
sebahagian dah ok tp ada lah pedih dan panas sikit sikit kat bahagian lain....
Reply

Use magic Report

xqzt_lil_tart This user has been deleted
Post time 5-2-2007 03:04 PM | Show all posts
nak tambah skit..kayap ni juga di kenali sebagai shingles in english. dia nih adalah menifestation of chicken pox...basically saper yang pernah kena chicken pox ader kemungkinan akan mengalami kayap sometimes later in life. punca nyer gini when we catched chicken pox masa kecik2 virus (herpes vericella zooster) akan duduk diam2 dalam saraf kiter...once we catched chicken pox virus tu akan duduk dalam badan kita selama lama nyer. sometimes later in life the virus will reactivate dan akan keluar ker kulit badan kita yang melalui saraf badan. biasanye dia akan keluar kat sebelah saja badan...sebab ikut saraf yang dilalui...inilah yang di katakan kayap. bisanye orang2 tua yang bisa dapat kayap sebab immune sytem dah x kuat. tapi ader kemungkinan oarng muda pun leh dapat kayap. kayap akan keluar sekali sahaja dan x kan keluar lagi. it's not contagious.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by wgd4082 at 3-10-2006 10:00 AM


Puncanya tak pasti tetapi mengikut kata orang-orang tua, ianya adalah sejenis kuman datang dari kulit ayam...mostly ayam jenis cucuk. Tu sebab aku rasa dalam agama Islam, kulit ayam tak dibenarkan sama sekali dijadikan lauk untuk dimakan (bila basuh tu buang kulit terus...).



err.. ff:  sat noo.. ye ke kulit ayam tak bley makan? me suke kulit ayam.. kdg tu siap goreng lagi.. err.. maafkan la aku yg jahil ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.086715 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list