CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3010|Reply: 5

Perluaskan peranan kaunselor

 Close [Copy link]
DARSITA_Bitch This user has been deleted
Post time 18-2-2007 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Perluaskan peranan kaunselor
Pendapat
PROGRAM Satu Keluarga Satu Kaunselor telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Tertinggi UMNO.

Masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja kian meruncing. Pelbagai masalah yang menghimpit remaja jika tidak cuba diatasi dengan sebaik mungkin akan membuat usaha untuk memperkasa agenda sosial negara menemui jalan sukar.

Pihak kerajaan sedar bahawa peranan keluarga dalam pembentukan individu yang sihat adalah sangat penting. Keluarga sebagai satu unit sosial sangat berpengaruh dalam perkembangan hayat individu. Ahli-ahli psikologi tanpa mengira pendekatan teori yang digunakan ramai bersetuju bahawa keluarga sangat penting dalam pembentukan psikologi, emosi, mental dan kognitif individu.

Seringkali juga masalah sosial yang berlaku berpunca daripada keluarga. Berlandaskan ini, program ‘Satu Keluarga Satu Kaunselor’ ingin melihat setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya seorang ‘kaunselor’.

Usaha ini tentu sekali satu usaha yang baik. Ia mengiktiraf bahawa bidang kaunseling iaitu satu bidang membantu memang penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan individu.

Bagaimanapun, mengamalkan kaunseling bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kemahiran dan ilmu kaunseling dalam usaha membantu individu lain. Jelasnya, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai kaunselor memerlukan individu yang mempunyai penguasaan mengenai ilmu kaunseling, kemahiran dan juga penguasaan teknik-teknik yang akan digunakan dalam sesi kaunseling tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


khay This user has been deleted
Post time 20-2-2007 07:29 PM | Show all posts
kauselor mesti seorang yang penyabar
dan luas pengetahuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 09:03 AM | Show all posts
memang banyak cabaran menjadi kaunselor
tak boleh terburu-buru sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 10:11 AM | Show all posts
being a counselor is not easy,where u have to abide by code of ethics when dealing with clients...for example,never engage in sexual relationship with clients,and never fall in love with them..one more thing,right of confidentiality;counselors should never disclose or reveal the personal information of the clients to public...
but the role of counselors is so important especially in helping the clients to overcome problems in their life...mcm mane nk tenang kn diri waktu tertekan...breathing technique yg betul...conselors should be able to calm people when they are under pressure...
Reply

Use magic Report

DARSITA_Bitch This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2007 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by forfavor at 24-2-2007 10:11 AM
being a counselor is not easy,where u have to abide by code of ethics when dealing with clients...
for example,never engage in sexual relationship with clients,and never fall in love with them..on ...


yess , it is not easy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #1 DARSITA_Bitch's post

:setuju:

peranan caunselor perlu diperluaskan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.200701 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list